Sejak daripada petang semalam, Qaisha melihat saja Blade yang asyik termenung itu. Tidak perlu beritahu dia pasti Blade sedang memikirkan keadaan Qayyum yang sedang demam.
Dia juga perasaan wajah Qayyum yang kelihatan pucat tidak bermaya. Semasa mereka bersembang di video call suara Qayyum turut lain.
"Nak balik Malaysia tak?"
Blade tersentak. Dia terus mengangkat wajahnya melihat Qaisha yang sudah duduk di hadapannya.
"Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"
"Yelah daripada kau termenung macam ni risaukan keadaan Qayyum, why not kita balik Malaysia je."
"It's okay, Elan ada tengok-tengokkan Qay. Asyraf dengan Fahri pun ada." Kata Blade dengan senyuman kecil.
Walaupun dia risau pada keadaan Qayyum tetapi dia tidak mahu merosakkan honeymoon dia dan Qaisha seperti yang dikatakan oleh Qayyum semalam. Sempat lagi mengusik dia supaya honeymoon mereka ini membuahkan hasil.
Choiiii
Nakal sungguh adik lelakinya itu. Demam pun masih kuat mengusik.
"Are you sure?" Tanya Qaisha ingin kepastian.
Blade mengangguk.
"Okay, then kita nak pergi mana harini?" Qaisha tidak sabar mahu keluar berjalan di Istanbul semula.
Seharian duduk di rumah tanpa buat apa-apa amat membosankan dirinya. Nak tengok televisyen, dia bukannya faham pun bahasa Turki. Melepu sungguh dia. Mujur Amelya sentiasa whatsapp dirinya takde lah dia terlalu bosan.
"Kaki kau dah sihat? Tak cramp dah?"
"Kau perli aku ke apa? Come on lah kaki aku okey dah hah, nak suruh aku berlari pun boleh." Kakinya di tepuk-tepuk menandakan kakinya sudah okey. Tidak kejang seperti semalam.
"Pandaikan aku urut." Blade mengangkat keningnya dengan senyuman.
"Ceh, minta kena puji la tu. Iyaaa my husband ni memang pandaiiii mengurut. Semua benda pandaiii..."
"Puji ke perli?"
"Both." Qaisha ketawa mengekek melihat wajah Blade yang berubah masam.
"Tiba-tiba rasa malas nak keluar harini. Tidur pun okey juga ni bukan senang dapat tidur lama-lama." Blade bangun sambil merenggangkan urat-urat badannya.
Qaisha sudah melongo.
"Eh, mana boleh macam tu. Kata nak keluar kan harini."
"Cakap je tak janji pun."
"Alaaaa jangan lah macam tu. Jom la keluar." Qaisha sudah memuncung.
Blade buat tidak dengar. Sengaja.
"Blade...."
"What?"
"Jangan lah macam tu...."
"Jangan macam mana apa?"
"Blade....."
"Yes honey....."
"Eiiiyyyyy main-main lah!"
"Main apa?"
Qaisha beristighfar panjang.
Blade ketawa geli hati.
"Yelah, nak pergi mana harini?" Dia kembali duduk di sofa berhadapan dengan Qaisha. Monyok sudah isterinya itu
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...