"Hmmm, boringnya Kak Zu takde." Ummi menongkat dagunya dengan wajah yang cemberut.
"Apa yang kau keluhkan tu?" Tegur Haziq yang hanya duduk di sebelah Ummi.
Sudah tiga hari Zuraidah dan Jason tiada, sunyi sepi saja suasana kerja mereka. Zubaidah telah berhenti seminggu awal kerana keadaannya tidak mengizinkan dan telah di masukkan ke dalam wad sementara menunggu masa untuk bersalin. Manakala Jason pula cuti sebulan untuk menjaga isterinya yang sedang berpantang.
"Bosan lah Ziq, Kak Zu takde. Takde orang boleh bergosip dengan aku lepas ni."
Haziq ketawa. Sebab tu je? Adehhh...
"Nantikan ada budak ganti Kak Zu. Hah, bergosip lah dengan budak tu nanti puas-puas." Sampuk Taufiq yang terdengar perbualan mereka.
"Tak sama dengan Kak Zu. Kak Zu the best tau." Bukan gosip mengata orang tapi dia suka dengar Zuraidah bercerita. Maklum lah Zuraidah lebih tua daripadanya jadi macam-macam cerita yang wanita itu ada.
"Ini lah orang perempuan suka sangat bergosip benda yang tak berfaedah." Bebel Khalif. Perempuan dan gosip berpisah tiada. Tak faham betul dia.
"Habis tu tengok Running Man berfaedah sangat lah?" Ummi menjulingkan matanya ke atas. Sorry, dia memang tak minat tengok korea-korea ni. Tak kisah lah lagu ke, drama ke, rancangan ke apa memang dia tak minat. Tak minat bukan bermaksud anti ya. Lain tu.
"Eh ehhh jangan nak samakan kau punya gosip dengan Running Man aku okey. Takde kena mengena langsung. Aku tampar kau karang." Running Man, Running Man jangan duk mengata ya. Pantang sungguh bila rancangan kegemarannya dikatakan tidak berfaedah. Ewah ewah ewahhhh....
Haziq menggeleng kecil. Baik gosip mahu pun Running Man, dua-dua sama je takde faedah. Lagha je semua tu. Selagi tidak mengganggu waktu kerja dah waktu ibadah tiada masalah.
"Hah gaduh-gaduh, aku kahwinkan korang berdua ni karang." Kata Lisa dengan geram. Bising betul. Mengganggu dia nak buat kerja.
"Eeiiii tak nak aku kahwin dengan kaki gosip ni. Cukuplah kau dengan Taufiq je nak kahwin. Aku tak nak kahwin dengan budak sama tempat dengan kerja aku. Tak aman hidup aku." Cebik Khalif.
Taufiq tercengang. Aik, dia yang diam pun kena kait sekali?
"Aku pun tak nak lah dengan kaki kpop ni. Eeiiii geli aku." Ummi membuat muka geli.
"Orang tua-tua cakap kalau kerap gaduh ni lama-lama jatuh cinta. Aku harap lah korang berdua ni memang jatuh cinta nanti." Kata Haziq sambil ketawa mengekek.
"Eeiiiuuuuu...." Khalif dan Ummi kata serentak.
"Hah kan jodoh tu." Sampuk Lisa. Dia turut ketawa sama. Terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Terus Khalif dan Ummi pandang sesama mereka dengan pandangan tajam. Tiga saat. Terus di paling ke tempat lain.
"Heh, jodoh ke bodoh?" Khalif menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
"Hoiii, mulut kau memang nak kena jahitkan?" Eeeiiii mulut Khalif tu kalau bersuara memang menyakitkan hati. Apa agaknya mak Khalif makan masa mengandungkan lelaki tu aee? Puaka betul mulut.
Khalif buat pekak. Malas nak layan.
Qayyum ketawa kecil mendengar pertelingkahan mereka berdua. Dua-dua jenis tak nak kalah. Begitu lah jadinya. Dia segera bangun setelah menyiapkan laporannya untuk di hantar ke Doktor Firdaus yang merupakan orang atasan mereka.
"Kau nak pergi mana Qay?" Tanya Khalif apabila tiba-tiba sahaja Qayyum bangun. Nak kata waktu balik, lambat lagi.
"Nak hantar laporan." Jawab Qayyum pendek lalu tanpa membuang masa dia terus melangkah keluar daripada ruang kerja menuju ke lift.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...