"Uishhh sedapnya bau, masak apa tu?" Tegur Qayyum baru saja masuk ke dapur sebaik sahaja usai menunaikan solat isya'.
Qaisha yang berdiri di sisi Blade menoleh ke belakang apabila terdengar suara Qayyum yang menegur mereka.
"Blade masak ayam dengan daging bakar." Jawab Qaisha dengan senyuman lebar.
Mana tak senyum kalau dia minta Blade masak ayam dan daging bakar, Blade terus buat tanpa beri alasan apa-apa. Bukan itu saja malah ada juga beberapa jenis lauk yang Blade masak untuk makan malam mereka bertiga.
"Uihhhhh rajinnya membakar malam-malam ni. Ada apa-apa ke?" Tanya Qayyum dengan pelik.
Susah nak tengok Blade masuk dapur tapi sekali Blade masuk dapur hah memang takde siapa yang dibenarkan masuk untuk tolong Blade masak. Katanya masakan dia lain daripada yang lain dan orang lain tak boleh kacau dia. Berlagak betul.
Tapi tak dinafikan Blade kalau memang masak memang superb! Mantap habis! Memang takkan cari masakan lain gitu! Tetapi semuanya masakan Turki bukan masakan Melayu.
"Takde apa-apa pun cuma ada orang tu teringin nak makan bakar-bakar ni dan kebetulan aku nak pergi ke markas lepas ni. Ada kerja sikit." Ujar Blade pula.
Alang-alang dia masak baik dia masak lebih untuk dia bawa ke markas sekejap lagi. Bukan selalu dia masak macam ni.
Qayyum mengangguk kecil. Patut lah masak banyak macam ni rupanya nak bawa ke markas sekali. Matanya meliar mencari apa-apa yang boleh dia bantu. Buat air ke apa ke kan?
"Tak payah nak meliar sangat mata tu Qay, kau duduk je semua dah siap hidang atas meja. Tinggal ayam dengan daging bakar ni je." Kata Qaisha apabila perasan Qayyum seperti tercari-cari sesuatu.
Dia dah siapkan semuanya semasa Blade sedang membakar. Buat air, hidang nasi, lauk pauk atas meja semua dah siap.
"Oh ye eh? Hehehe okey...." Qayyum tersengih. Dia menuju ke meja makan lalu menarik sebuah kerusi untuk dia duduk.
Dia melihat lauk pauk yang terhidang atas meja. Semuanya amat menyelerakan! Namun ada dua hidangan yang menarik perhatiannya. Terus membuatkan dia kecur liur.
"Blade, kau ke buat ni?" Tanyanya tanpa memandang Blade. Matanya terpaku pada dua hidangan tersebut yang merupakan makanan kegemarannya.
Blade mengukir senyuman kecil. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Qayyum itu. Apa lagi kalau bukan kegemaran Qayyum sejak kecil lagi.
Manti dan kebab daging.
Dua hidangan ini wajib ada pada setiap hari di atas meja semasa mereka sekeluarga makan petang. Haih, rindu sungguh kenangan mereka sekeluarga.
Qayyum tersenyum lebar melihat makanan kegemarannya berada di atas meja makan. Ya Allah, sumpah dia rindu sangat nak makan makanan ini. Entah mengapa matanya bergelinang dengan air mata. Nak nangis je rasa!
Api dapur di tutup. Qaisha membantu Blade membawa pinggan yang berisi daging dan ayam bakar untuk diletakkan atas meja makan.
"Ada masa aeee kau buat semua ni."
"Alang-alang aku masak makan malam, aku teringat yang kau suka makan manti dengan kebab daging that's why aku buatkan. Bahan senang dapat dengan cara buat pun senang tak makan banyak masa." Blade duduk berhadapan dengan Qayyum manakala Qaisha duduk di sebelahnya.
Qaisha memandang masakan yang dinamakan manti itu dengan mata yang terkerbil-kerbil. Sedap ke? Nampak macam sedap tapi kena ke dengan tekak melayu dia? Kalau kebab tu dia biasa dah makan jadi dia tak kisah sangat. Tapi manti? Hurmmm....
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...