"Macam mana keadaan Qay, Madam Aisyah?" Soal Blade dengan wajah yang penuh kerisauan.
Sebaik sahaja dia tiba di markas, terus saja dia menghubungi Ammar untuk memberi bantuan pada mereka supaya Aisyah dapat datang untuk membantu merawat kecederaan Qayyum. Memandangkan Elan turut cedera jadi lelaki itu tidak dapat merawat Qayyum.
Mahu ke hospital akan menjadi kesusahan pada mereka memandangkan mereka memilik pistol dan pasti mereka akan di soal siasat. Tambahan pula Qayyum merupakan seorang doktor. Dia tidak mahu rakan sekerja Qayyum tahu tentang ini dan akan menjadi kecoh.
Mujur saja Ammar masih berjaga dan setuju untuk membantunya. Walaupun begitu terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana mengganggu pasangan itu pada lewat pagi sebegini. Tambahan pula Aisyah sepertinya baru saja bangun daripada tidur.
"Alhamdulillah, Qayyum baik-baik saja. Cuma tangan kanannya patah dan badannya penuh dengan kesan luka dan lebam. Tak ada apa yang serius untuk di risaukan." Tutur Aisyah dengan senyuman nipis.
Terkejut sungguh dia apabila Ammar mengejutkan dia daripada tidur untuk membantu merawat Qayyum yang cedera teruk. Bukan itu saja Blade, Elan, Chann dan James turut mendapat luka. Terus saja mereka berdua bersiap dan menuju ke sini. Anak-anaknya pula di tinggalkan dalam jagaan Rizki, Zayn dan Andrew.
Blade melepaskan keluhan lega. Wajah lena Qayyum di pandang dengan redup.
"Thank you madam for help us. I'm sorry for bother you and Master Ammar." Tutur Blade dengan nada serba salah.
Aisyah tersenyum.
"Takpe, apa yang saya boleh tolong saya tolong. Lagi pula awak dengan Qayyum bukan orang asing. Kalau saya tak tolong serba salah pula saya."
Walaupun dia hanya doktor psikiatri atau lebih tepat bekas doktor psikiatri tapi semenjak dia berkahwin dengan Ammar dia sering menjadi doktor untuk merawat ahli kumpulan suaminya itu. Jadi, disebabkan itu dia tidak kekok untuk merawat mereka.
Blade mengukir senyuman nipis. Lengannya yang telah dibalut di sentuh. Rasa pedih masih terasa.
Melihat Blade yang asyik menatap Qayyum, Aisyah segera beredar daripada bilik itu untuk memberi ruang pada Blade.
"Sleep tight, Qay." Rambut hitam Qayyum di usap lembut.
Dia menarik selimut untuk menutup tubuh Qayyum yang berbalut dengan kain kasa itu agar adiknya ini tidak kesejukkan. Setelah itu, dia keluar daripada bilik Chann yang menjadi tempat Qayyum di rawat.
"Thank you Chann bagi Qayyum tumpang dalam bilik kau." Ucap Blade saat berselisih dengan Chann.
"No problem." Balas Chann dengan senyuman. Dia tidak kisah pun biliknya di gunakan untuk Qayyum berehat memandangkan dia jarang tidur dalam biliknya sendiri. Dia lebih suka tidur di ruang tamu dalam markas mereka.
"Macam mana keadaan Qayyum?"
Blade dan Chann berdiri tegak apabila Steve berada di hadapan mereka berdua.
"He's fine. Thank you for coming sir, maaf mengganggu tuan pada lewat malam macam ni." Dia sangat serba salah apabila merasakan menyusahkan semua orang pada waktu-waktu sebegini.
"It's okay, i don't mind. Lagi pun Qay sebahagian dalam group ni, abang kesayangan Airin. Aku patut tolong apa yang patut." Balas Steve.
Sebaik saja dia mendapat panggilan daripada Elan tentang perkara ini, dia terus bersiap-siap menuju ke sini. Mujur Airin tidak kisah dan tidak banyak tanya. Tentang Qayyum dia akan bagitahu esok pagi saja pada Airin.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...