Bab 66

1.9K 266 56
                                    

"Cukup ke ambil cuti tiga hari je? Tak penat ke nanti?" Soal Blade pada Qayyum.

Qaisha dan Mardhiah yang sedang mengunyah mee goreng hanya diam saja tidak mahu masuk campur perbualan adik beradik itu.

"Cukup je. Pergi Cameron 3 hari 2 malam, okey lah tu. Penat? Apa yang penatnya tiga hari cuti rehatkan minda." Nak cuti lama-lama buat apa? Dia bukannya jenis kaki rayap nak ke sana ke sini.

"Tak lah korang kan pergi sana nak honeymoon. Cukup ke tiga hari tu korang nak dating berdua-duaan. Takkan kau tak faham lagi." Nak jelaskan secara terperinci karang ada yang tersedak mee nanti.

Siapa lagi kalau bukan Qaisha. Tak pasal-pasal kena bebel dengan isterinya itu. Mahu cair tahi telinganya nanti.

"Ohhh hahahaha In Shaa Allah tak penat punya. Aku kan kuat." Qayyum ketawa apabila sudah dapat tangkap maksud Blade yang tersirat itu.

Blade mengukir senyuman sinis.

Kuat huh?

"Korang berdua borak apa ni?" Soal Qaisha dengan wajah yang berkerut. Dia seperti dapat menangkap apa yang mereka bualkan. Matanya mengecil memandang Blade yang beriak selamba itu.

"Nothing, sibuk je nak menyampuk hal lelaki."

Geram pula Qaisha rasa. Hal lelaki la sangat. Menyampah!

Blade dan Qayyum mengukir senyuman nakal.

Mardhiah terpinga-pinga. Kenapa tu?

"Semua barang dah pack dalam kereta? Sure, takde apa yang tertinggal? Wallet, phone, charger phone? Semua dah ambil?"

Qayyum ketawa melihat Qaisha yang tanya dia mengenai barang-barang yang telah dia bawa masuk ke dalam beg. Macam mak-mak yang risau anak dia tertinggal apa-apa.

"Iya semua aku dah ambil letak dalam beg. Don't worry okay."

"Biasa lah orang perempuan memang macam ni Qay. Masa kitorang honeymoon haritu pun Sha yang check semula barang-barang yang kitorang packing dalam beg. Risau ada yang tertinggal katanya." Kata Blade sambil memaut bahu Qaisha.

Qaisha mencebik.

Perempuankan teliti orangnya.

Mardhiah tersenyum kecil.

"Okey lah kalau takde apa-apa kitorang gerak dulu lah. Risau lambat sampai je." Kata Qayyum apabila mereka dah terlalu lama berbual.

"Oh ya, betul juga tu. Baik korang gerak sekarang."

Qayyum bersalaman dengan Blade manakala Mardhiah bersalaman dengan Qaisha.

"Hah yelah, drive elok-elok dah sampai Cameron Highland nanti call aku." Pesan Blade sebelum Qayyum beredar ke keretanya.

"Baik bos!"

Mereka berdua melambai tangan pada Blade dan Qaisha yang setia berdiri di muka pintu melihat ke arah mereka yang berada dalam kereta.

Tingkap kereta diturunkan. Qayyum dan Mardhiah membalas semula lambaian Blade dan Qaisha.

Qayyum pun memandu dengan tenang sambil di temani dengan lagu yang berkumandang di corong radio. Mardhiah yang di sebelahnya teruja tidak sabar mahu sampai ke tempat yang penuh dengan strawberry.

"Awak nampak happy je daripada malam tadi. Awak tak sabar ya nak makan strawberry banyak-banyak." Usik Qayyum.

Senang hatinya melihat wajah Mardhiah yang happy seperti itu. Nampak manis je. Tambahan pula Mardhiah memang sudah bertudung. Nampak manis, comel, ayu eeeiiiii semua lah.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now