Blade termenung mengingati Qayyum yang sudah seminggu tidak sedarkan diri. Entah bila adik lelakinya itu mahu sedar daripada koma pun dia tidak tahu. Malah Jason sendiri tidak dapat mengagak perkara itu bila akan berlaku.
Namun dia tetap bersyukur Qayyum masih diberikan umur yang panjang. Itu pun sudah memadai untuk dirinya.
"Blade, waktu lunch dah. Kau tak nak pergi hospital ke?" Tegur Elan apabila menyedari Blade masih termenung jauh.
Bukan hari ini saja sudah seminggu sejak Qayyum di sahkan koma, Blade kerap termenung. Kadang kala perkara itu agak merisaukan dirinya dan juga yang lain. Dia tahu Blade tidak tenang selagi Qayyum tidak mencelikkan mata.
Blade tersedar daripada lamunannya. Dia melihat jam di dinding pejabatnya.
12:06 p.m.
Allah...
Terus dia mengemas mejanya. Wallet, kunci kereta dan Iphonenya di capai.
"Thanks bro, sorry selalu susahkan kau." Blade mengeluh dalam hati. Dia seperti menyusahkan Elan saja. Setiap kali waktu lunch Elan terlebih dahulu datang ke pejabatnya untuk memastikan dia sudah pergi ke hospital atau pun belum.
"It's okay, kau jangan termenung macam tu sampai abaikan kesihatan kau. Ambil lah cuti, sir pun tak kisah kalau kau ambil cuti. Dia faham." Kata Elan berbaur nasihat.
Blade mengukir senyuman nipis.
Dia tahu Steve memang akan bagi dia cuti bila dia minta tapi dia tak nak mencampur adukkan hal peribadi dan hal kerja. Cuma kadang-kadang dia tak dapat kawal fikirannya yang asyik teringat pada Qayyum. Dia tidak putus berdoa supaya Qayyum cepat sedar daripada lenanya yang panjang.
"It's okay, kalau aku cuti siapa nak back up kerja aku? Kau? Kerja kau pun berlambak. Chann? Lain bidang. James? Mahu menangis budak tu nanti." Blade cuba menceriakan suasana antara mereka berdua tidak mahu Elan terlalu risaukan dirinya.
Elan tertawa kecil.
"Biar dia yang buat kerja kau. Banyak main je kerja dia tu. Biar sel-sel otak dia cepat berhubung bila buat kerja-kerja kau tu." Kutuk Elan selamba.
Blade ketawa.
"Aku gerak pergi hospital dulu."
"Blade, actually kitorang bertiga pun nak pergi melawat Qayyum. Jom lah gerak sekali dengan kitorang. Aku dah minta izin sir mungkin kita lewat masuk and you know sir bagi kita balik terus lepas lunch. Baik betul sir kita tu, rugi siapa yang khianat orang sebaik sir tu." Kata Elan serta memuji sikap Steve yang sangat prihatin pada pekerja-pekerjanya walaupun muka dingin macam tu.
Blade ketawa.
Steve nampak je kejam tapi dia memang baik kalau dengan mereka berempat je. Dengan orang lain jangan harap!
"Wait, how about your work? Tak ganggu kerja-kerja korang bertiga ke?"
Elan mengukir senyuman sinis.
"Well, itu lah yang kau tak tahu. Kitorang bertiga memang dah rancang nak pergi hospital dengan kau harini lawat Qayyum. So, kitorang decide nak siapkan segala kerja-kerja yang kitorang kena siapkan harini dan serah pada sir. Sebab tu sir tak kisah." Itu pun salah satu punca kenapa Steve membenarkan mereka kerja separuh hari saja.
Baikkan Steve. Jarang dapat majikan baik macam tu. Bila dapat hargai lah ya asalkan jangan sampai buat dia mengamuk.
Blade ketawa lagi tapi dalam masa yang sama dia terharu kerana mereka bersungguh-sungguh menyiapkna kerja-kerja mereka kerana mahu menemaninya melawat Qayyum. Padahal dia tahu kerja-kerja mereka terlalu banyak untuk disiapkan dalam masa sehari saja.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...