"Aaaaa comelnyaaaa...."
Lisa dan Ummi geram melihat seorang bayi lelaki yang sedang tidur dengan lena dalam katil bayi. Haziq, Taufiq dan Khalif menggeleng kecil melihat tingkah mereka berdua itu.
Zuraidah tidak turut serta bersama mereka kerana keadaan wanita itu tidak mengizinkan dirinya untuk bergerak banyak.
"Oiii korang berdua jangan bising lah. Baby tengah tidur tu kan. Suara kalau perlahan tak apa ini suara macam pontianak." Tegur Khalif dengan pedas.
"Ishh, mulut jangan choiii sangat ye. Apa sebut natang tu." Marah Ummi.
Khalif hanya buat pekak saja.
"Hmmm macam kau tak kenal orang perempuan macam mana. Bising lepas tu nak menang je kerja. Spesies annoying." Sampuk Taufiq.
Lisa terus menoleh ke arah Taufiq.
"Apa? Spesies annoying? Amboi amboi amboi, mengata saya ke tu? Kalau perempuan spesies annoying, lelaki pula spesies buaya." Balas Lisa dengan geram.
Taufiq tercengang.
Aik? Apa kena mengena annoying dengan buaya ni? Jap, dia buaya? Heh, kalau boleh memang dia nak je jadi buaya biar Lisa makan hati dengan dia hari-hari. Padan muka muahahahaha....
"Awak jangan nak buat hal ye..." Wajah Taufiq di pandang tajam. Bukan dia tak nampak Taufiq tersengih-sengih. Adalah tu dia fikir bukan-bukan.
"What? I don't say anything."
"Gaduh pula laki bini ni." Keluh Haziq. Orang datang nak melawat yang mereka berdua ni sempat lagi nak bergaduh. Ada yang kena halau keluar ni.
Khalif hanya ketawa sahaja. Malas dia nak masuk campur. Tak pasal-pasal dia kena tempias sama. Lagi-lagi mulut Lisa tu boleh tahan pedas juga bila bersuara. Macam mana Taufiq boleh tersangkut dengan minah tu pun tak tahu lah.
"So, apa nama anak kau tu?" Tanya Qayyum pada Jason yang duduk di sebelah Nurul iaitu isteri Jason.
"Hmmm aku belum terfikir lagi pasal tu. Sayang ada nama tak untuk nama baby boy tu?" Jason menatap wajah isterinya yang masih jelas kepenatan itu walaupun di selindungi dengan niqab. Ya, isterinya seorang berniqab.
Nurul mengukir senyuman kecil di sebalik niqab yang di pakainya.
"Hamzah Bin Jason Wang, boleh?"
"Hamzah, Hamzah... Sedap nama tu. Nama pejuang Islam, Saidina Hamzah." Puji Qayyum. Dia mengerling ke arah ketiga-tiga anak-anak saudaranya.
Uwais Bin Jason Wang, 12 tahun.
Umar Bin Jason Wang, 9 tahun.
Safiyyah Binti Jason Wang, 4 tahun.
Hanya satu patah perkataan saja tetapi nama-nama tersebut sangat hebat maknanya. Bah kan merupakan nama srikandi pejuang Islam. Walaupun mereka bertiga masih kecil tetapi kelakuan mereka sangat baik dan tidak nakal seperti kanak-kanak yang lain.
Qayyum bangga kerana Jason berkahwin dengan seorang wanita yang beriman dan solehah. Lihat sahaja penampilan Nurul walaupun baru saja melahirkan anak tetapi auratnya terjaga rapi. Safiyyah yang duduk di ribanya di peluk. Baik je, tak meragam langsung.
"Baik je anak-anak kau, tak meragam bila jumpa orang." Kata Khalif sambil mencuit-cuit pipi Umar yang sedikit berisi itu. Umar hanya tersengih saja pada dia.
"Tengoklah siapa walid dia, hahahaha...." Riak Jason.
Nurul menggeleng kecil melihat tingkah Jason yang berperangai kebudak-budakkan itu. Pandangannya jatuh pada Qayyum yang tidak jauh daripadanya. Dia masih ingat lagi sewaktu Qayyum menjadi saksi pernikahan dia dan Jason sewaktu ketika dahulu. Tak sangka mereka akan berjumpa lagi.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...