Blade datang ke Star Night untuk memulakan tugasnya seperti yang di pinta oleh Jackson. Disebabkan banyak perkara yang terjadi dia menangguhkan perkara tersebut.
Setakat apa yang dia tahu perempuan yang bernama Qaisha itu bekerja di bahagian bar. Gambar yang pernah Jackson beri padanya entah di mana dia letak sehingga dia tidak jumpa gambar tersebut.
Masuk saja ke dalam kelab malam itu, bunyi muzik yang rancak menyapa halwa telinganya. Ia sungguh membingitkan. Dia melangkah masuk ke dalam dengan langkah yang bersahaja menuju ke arah sebuah bar yang terletak di satu sudut tepi tidak jauh daripada anak tangga ke tingkat atas.
Matanya tertacap pada susuk tubuh seorang perempuan yang sedang menuang air ke dalam gelas pada seorang lelaki yang duduk di hadapannya. Wajah perempuan itu tidak kelihatan dengan jelas.
Dia mengorak langkah menghampiri perempuan itu. Dia duduk di bahagian paling hujung jauh daripada pelanggan-pelanggan yang lain. Dia tidak suka orang lain berada dekat dengan dirinya malah dia tidak mahu orang lain mengenali dirinya.
"Yes sir, drink?"
Blade mengangkat wajahnya daripada menunduk. Matanya bertembung dengan anak mata perempuan itu. Mereka berdua sama-sama terkejut.
Tak silapnya, bukan kah dia...
"If i'm not wrong, you are the same guy i meet at mosque right?" Soal Qaisha sedikit ragu.
Dia masih ingat raut wajah lelaki bertatu yang dia jumpa di hadapan masjid tempoh hari. Cuma dia inginkan kepastian daripada lelaki di hadapannya ini saja. Mana lah tahu dia salah orang, pelanduk dua serupa ke kan?
Tersungging senyuman di bibir Blade.
"You still remember me huh?" Tak sangka pula perempuan ini masih mengingati wajahnya walaupun mereka hanya bertemu sekali dan berbual seketika.
Blade menongkat wajahnya menatap Qaisha yang berpeluk tubuh sambil merenungnya dengan pandangan kosong. Sukar untuk dia meneka apa yang difikirkan oleh perempuan itu.
Dia memerhati pemakaian yang di pakai oleh Qaisha sekali imbas saja. Tidak ketat dan sangat tertutup tapi masih kelihatan seksi pada matanya. Rambutnya pendek paras bahu membuatkan wajah perempuan itu kelihatan sangat matang.
Inikah Qaisha yang perlu dia lindungi?
"Of course i remember your handsome face." Balas Qaisha bersahaja.
Blade mengukir senyuman sinis. Tak sangka perwatakan perempuan ini berlainan tidak seperti sewaktu kali pertama mereka berjumpa.
"So, what are you doing at here? Nak minum?" Soal Qaisha sambil mengambil sebuah gelas lalu di letakkan di hadapan Blade.
"Give me orange juice." Pinta Blade.
Arak? Dia tidak minum air mabuk itu. Bukannya dia tidak pernah cuba, pernah tapi ia amat memeritkan tekaknya. Itu pun atas paksaan Chann dan James. Katanya sedap tapi bila dia minum terasa seperti minum asid.
Baginya minum arak hanya membuatkan fikiran seseorang tidak waras saja. Contoh terdekat tuannya, Steve. Sebelum tuannya itu masuk Islam, Steve sering minum arak. Perkara itu yang akan menyebabkan fikiran Steve semakin bercelaru dan kemarahannya naik memuncak hingga tidak dapat mengawal emosinya dengan baik.
"Two minutes." Kata Qaisha.
Tangannya lincah membancuh orange juice seperti yang di pinta oleh Blade. Tidak hairan jika lelaki itu tidak memesan minuman beralkohol memandangkan dia tahu tentang lelaki itu serba sedikit daripada lelaki itu sendiri.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...