"Aku terima nikahnya Mardhiah Izzani binti Mahmud dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah, bismillah...."
Mereka semua menadah tangan apabila tok kadi memulakan bacaan doa ke atas pasangan pengantin yang baru saja diijabkabulkan ini supaya mahligai istana pasangan suami isteri ini kekal hingga ke syurga Allah.
"Aamiin ya rabbal al-aamiin..."
Qayyum meraup wajahnya setelah bacaan doa habis di baca oleh tok tadi itu. Dia tidak tahan menahan dirinya daripada mengukir senyuman gembira.
Mardhiah yang duduk bersimpuh di belakang Qayyum turut mengukir senyuman kecil. Tidak pernah dia bayangkan dia akan jadi isteri orang dalam hidupnya.
"Tahniah Mardhiah, akhirnya kau dah sah jadi isteri orang. I'm happy for you." Ucap Qaisha dengan ikhlas. Wajah Mardhiah yang ayu bertudung putih itu menambahkan keayuaan dan kecantikkan Mardhiah yang semula jadi itu.
"Terima kasih Qaisha." Air matanya mula jatuh mengalir di pipinya.
Gembira, terharu, sebak semuanya bercampur-baur. Tak tahu macam mana dia nak gambarkan perasaannya tapi apa yang pasti dia sangat gembira.
Qayyum bangun perlahan-lahan lalu menuju ke arah Mardhiah yang duduk bersimpuh tidak jauh daripadanya sambil memegang sebentuk cincin.
Berdebar-debar beb!
Khalif yang di upah sebagai photographer yang tak berbayar terus melakukan tugasnya dengan mengambil gambar detik-detik yang indah buat Qayyum dan Mardhiah. Dia ikhlas ya jadi photographer tak berbayar untuk majlis sahabatnya ini.
Snap snap snap
Khalif meneliti gambar-gambar ya di ambil dari pelbagai sudut.
Cantik siot!
Tak sia-sia dia belajar bidang photographer dulu.
Selesai sarung cincin Qayyum membaca sepotong doa supaya perkahwinan mereka diberkati sebelum menguncup dahi Mardhiah dengan kasih.
Automatik Mardhiah memejamkan matanya. Terasa hangat saja dahinya apabila Qayyum menguncup dahinya.
Snap snap snap snap
"Nice bro!!!" Khalif berpuas hati dengan gambar yang di ambilnya itu. Uuuuu nampak sweet je.
"Akhirnya Qay jadi laki orang juga. Ingatkan dia nak bujang sampai bila-bila." Kata Taufiq dengan ketawa.
"Tu lah aku ingatkan dia takde perasaan dekat perempuan ehhh rupanya ada. Baru nak chop dia gay." Sampuk Lisa pula dengan gurauan.
"Eh korang berdua suka pula ya kenakan Qayyum. Yang korang berdua tu bila nak kahwin? Korang tunang dulu, Qayyum pula yang kahwin dulu daripada korang. Apooo..." Ummi ketawa mendengar kata-kata Haziq yang selamba itu.
"Nak buat macam mana, pihak perempuan nak hujung tahun ni baru nikah. Aku sebagai pihak lelaki ikutkan saja apa yang pihak perempuan nak. Lagi pun tak lama, pejam celik pejam celik dah hujung tahun."
"Betul betul betul, aku tak nak kitorang rushing. Lagi pun aku dengan Fiq tengah survey cari rumah area-area dekat dengan hospital. Senang nanti. So, kita chill-chill je."
Taufiq setuju dengan kata-kata Lisa. Mereka bukannya golongan orang kaya yang berduit. Apa-apa pun mereka kena cari aset untuk mereka hidup lepas kahwin nanti. Takde lah mereka susah di kemudian hari.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...