Bab 29

1.8K 237 60
                                    

Seperti yang hangat di perkatakan, hubungan Qayyum dan Jannah yang dikatakan sedang hangat bercinta menjadi buah mulut para pekerja di hospital itu.

Khalif yang sedang jalan melalui ruang lobby panas telinga mendengar gosip-gosip yang tidak benar itu. Malaun mana yang sebar fitnah ni?

Walaupun bukan namanya yang menjadi bualan mulut orang tetapi dia tetap rasa panas sebab melibatkan sahabat baiknya. Lagi-lagi kaitkan dengan doktor gedik tu. Eeeiiiii rasa nak cili-cilikan saja mulut orang yang sebarkan gosip tu. Memandai-mandai!

"Doktor Qayyum!"

Khalif berhenti melangkah. Tidak jauh daripadanya terlihat susuk tubuh Qayyun yang di datangi oleh tiga orang jururawat perempuan di hadapan lif.

"Ye saya, ada apa ya?" Tanya Qayyum dengan pandangan pelik. Jason yang turut ada bersamanya hanya memasang wajah yang dingin.

Dah kenapa halang laluan mereka berdua ni?

"Betul ke Doktor Qayyum dengan Doktor Jannah bercinta?" Tanya salah seorang daripada mereka.

Berkerut wajah Qayyum.

"Mana awak dengar benda mengarut ni Cik Seroja?" Betul lah apa yang dikatakan oleh Khalif itu. Khabar angin yang mengatakan dia dan Jannah sedang hangat bercinta menjadi topik yang sangat hangat di mulut orang.

Sangkanya itu hanya gosip semata-mata tapi masuk hari ini dah dua hari perkara ini tidak surut. Naik pening kepalanya memikirkan perkara yang tak masuk akal ini. Kalau dia jumpa siapa yang memulakan perkara ini memang dia suntik mulut orang tu biar bibir yang suka bergosip tu besar.

Ketiga-tiga jururawat itu saling berpandangan. Terukir senyuman lega pada wajah mereka.

"Kan aku dah cakap benda tu merepek je. Tak payah percaya apa yang orang cakap tu." Kata Seroja pada kedua-dua orang rakan sekerjanya.

"Mana lah tahu kut-kut lah betul. Hati orang mana lah kita boleh baca. Mulut kata tak suka tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu." Balas Rozita dengan selamba. Bak kata orang jangan benci sangat nanti terjatuh cinta pula. Aaa gituwww...

Jason setuju dengan kata-kata Rozita itu. Dia dengan isteri dia dulu pun saling tak suka antara satu sama lain. Nak pandang muka pun tak nak. Kalau bertembung mula lah nak bergaduh. Last-last mereka terjatuh cinta tanpa sedar. Bila terkenangkan semula rasa kelakar pun ada. Aaaaa rindu betul kenangan masa tu.

"Tapi kira okey lah kita dengar daripada mulut Doktor Qayyum sendiri. Sekurang-kurangnya kita tahu benda ni tak betul. Takde lah kita menjaja perkara yang boleh mengundang fitnah." Kata Khadijah pula.

Qayyum mengukir senyuman kecil.

"Terima kasih sebab tak dengar sebelah pihak saja. Lagi pun saya orang lain yang punya." Ujar Qayyum dengan senyuman kacaknya. Entah mengapa dia teringat pada Mardhiah dan Afrina. Apa khabar lah mereka berdua tu ye?

Kata-kata Qayyum itu menarik perhatian mereka bertiga termasuk lah Jason.

"Doktor orang lain yang punya? Maksud doktor, doktor dah berpunya ke? Siapa?" Tanya Rozita ingin tahu. Seroja dan Khadijah turut menunggu jawapan daripada Qayyum.

"Rahsia, yang penting bukan pekerja dalam hospital ni. Okey lah saya gerak dulu. Jumpa lagi."

Tak sempat mereka mahu bertanya lebih lanjut Qayyum sudah pun melangkah pergi.

"Ala, tak sempat nak tanya lebih lagi." Keluh Rozita apabila pertanyaannya tidak di jawab oeh Qayyum.

"Ish kau ni sibuk je nak tanya hubungan orang." Bebel Khadijah.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now