Bab 4

2.9K 320 123
                                    

"Cari maklumat lelaki ni. Apa yang dia buat, dengan siapa dia berjumpa dan aktiviti harian dia." Steve menyerahkan sekeping gambar seorang lelaki pada Chann untuk lelaki itu lihat.

Chann, James dan Elan segera melihat gambar lelaki tersebut dengan wajah yang berkerut hairan.

Siapa pula lelaki ni?

Blade berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding yang mempunyai tingkap kaca tinted. Dapat dia lihat anak-anak Steve sedang bermain di ruang tamu bersama Airin.

Ya, mereka berkumpul di rumah agam Steve memandangkan Steve tidak dapat ke markas mereka kerana anak-anaknya ingin mengikutinya ke sana. Di sebabkan itu Steve memanggil mereka berempat datang ke rumahnya.

"Alright sir." Jawab Chann. Setakat cari maklumat tentang lelaki itu amat mudah untuknya cuma ia menjadi agak sukar jika dia tidak dapat mengetahui nama lelaki itu kerana dia langsung tidak mengetahui siapa lelaki itu.

Musuh baru mereka ke?

"Who he is, sir? Our new enemy?" Soal James dengan perasaan ingin tahu.

Serentak empat pasang mata memandang Steve yang sedang menongkat dagu sambil mata hijaunya tajam merenung mereka berempat satu per satu.

"Maybe." Balas Steve. Dia menoleh ke arah Blade.

"Blade, this night you have mission."

"What it is sir?"

"This guy always at Star Night. So, i want you go there tonight." Arahnya.

Blade mengangguk sekilas.

"Star Night? Wait! Bukan ke Amelya kerja situ?" Ujar Elan apabila dia seperti familiar dengan nama tempat itu.

"Amelya? Oh yeah! Dia kerja situ kan dulu? Dia masih ada ke dekat sana?" James mengusap dagunya sambil berfikir.

Jika di ikutkan sepatutnya Amelya sudah habis kontrak bekerja di sana tahun ini tapi itu cuma kiraannya saja lah. Tak tahu lah kalau wanita itu  masih bekerja di sana atau pun tidak.

"Yup, dia masih ada di sana and Blade kalau boleh minta Amelya bekerjasama dengan kita untuk dapatkan maklumat tentang lelaki itu."

Sudah lama dia tidak bersua dengan Amelya semenjak dia bertemu semula dengan Aisyah, adik perempuannya sewaktu dia dan Ammar bermusuhan suatu ketika dahulu.

Blade mengangguk kecil.

"That's all, korang boleh pergi."

Blade, Elan, James dan Chann berdiri tegak lalu menunduk hormat pada Steve sebelum beredar pergi meninggalkan ruangan bilik kerja Steve yang terletak di tingkat tiga itu.

"Bubbye uncle...." Sapa Zahin dengan senyuman apabila menyedari mereka berempat mahu pulang ke markas manakala Blade akan terus ke Star Night untuk melakukan tugasnya.

"Bye-bye handsome boy...." Balas James sambil melambaikan tangannya pada Zahin.

"Bye...." Chann turut melambaikan tangannya pada dengan senyuman. Sempat lagi dia berlari ke arah Zahin lalu mengusap lembut rambut Zahin.

Zahin tersengih suka.

Blade dan Elan hanya mengukir senyuman pada Zahin.

Zahin memerhati langkah mereka berempat sehingga lah kereta mereka hilang daripada kawasan perumahannya.

"Zahin, mana ibu dengan adik-adik?" Soal Steve apabila kelibat Airin dan anak-anak kembarnya tidak kelihatan. Hanya anak sulungnya saja berada di ruang tamu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now