Bab 47

1.9K 264 45
                                    

Qaisha tergesa-gesa menuju ke kaunter pertanyaan dengan wajah yang berpeluh-peluh. Penat dia berlari daripada luar hospital hingga ke ruang lobby hospital ini. Sudah lah agak jauh.

Memandangkan pakir terlalu penuh membuatkan dia tanpa fikir panjang terus keluar daripada kereta berlari masuk ke dalam hospital ini tanpa sempat Asyraf mahu berkata apa-apa.

"Ya cik, boleh saya bantu?" Tanya staf yang menjaga bahagian kaunter itu dengan ramah.

"Boleh saya tahu dekat mana ye bilik Doktor Umair?" Soal Qaisha tanpa membuang masa. Sungguh dia sudah terlewat daripada masa yang telah di beritahu padanya.

Sepatutnya jam 9 pagi dia sudah berada di sini tetapi dia terlewat 20 minit kerana jalan jammed disebabkan ada kemalangan  semasa dia menuju ke sini.

Dia sebenarnya tak kisah sangat lambat sebab dia sendiri tak boleh nak elak perkara yang berlaku tetapi apabila Qayyum memberitahu bahawa Mardhiah berasa amat gugup sehingga langsung tidak mahu membuka mulut membuatkan dia bergegas ke sini. Lantak lah orang pandang pelik ke apa, peduli apa dia.

"Cik ada buat appoinment ke?"

"Takde tapi dengan kakak kembar saya. Mardhiah Izzani binti Mahmud." Jawab Qaisha.

"Sekejap ya, saya check dulu."

Qaisha sabar menunggu. Nafasnya di atur semula supaya teratur.

"Okey baik, bilik Doktor Umair di tingkat 2 nombor 109."

"Okey terima kasih." Tidak menunggu balasan daripada staf itu, Qaisha terus melangkah menuju ke lift. Tak perlu tunggu lama lift terus terbuka sebaik saja dia tekan button naik ke atas. Masuk dalam lift button nombor 2 di tekan.

Tak sampai 30 saat, lift pun berhenti pada tingkat 2. Qaisha keluar sebaik sahaja pintu lift terbuka. Pintu bilik nombor 109 di cari. Tidak sukar untuk dia cari kerana bilik itu betul-betul terletak tidak jauh daripada lift.

Sebelum masuk, Qaisha mengetuk pintu terlebih dahulu.

Pintu bilik dibuka daripada dalam. Wajah Qayyum menjadi tatapannya.

"Oh, kau ke masuk lah." Ujar Qayyum sambil membuka pintu dengan luas supaya Qaisha dapat masuk ke dalam.

Dia melihat Mardhiah duduk berhadapan dengan seorang doktor lelaki yang berkaca mata. Mungkin itu lah kut Doktor Umair, doktor psikiatri di hospital ini.

"Mardhiah dah mula buat rawatan belum?" Tanya Qaisha pada Qayyum.

Qayyum menggeleng kecil. Hampir setengah jam mereka berada di sini tetapi Mardhiah langsung tidak mahu membuka mulut saat Umair tanya beberapa soalan asas seperti nama, umur, tinggal dekat mana, siapa ahli keluarga dan lain-lain.

Walaupun Qayyum sudah memberi dokumen peribadi Mardhiah pada Umair tapi Umair sengaja bertanya soalan-soalan seperti itu supaya Mardhiah menjawab pertanyaan-pertanyaannya itu untuk membuatkan diri Mardhiah selesa dengan dirinya.

"Awak adik kembar Mardhiah ke?" Tegur Umair dengan senyuman.

"Iya saya."

"Jemput duduk Cik Qaisha. Cik Mardhiah saya harap dengan adanya kembar awak di sini saya harap awak selesa dan tidak berasa takut pada saya. Jangan risau saya cuma nak borak-borak je dengan awak." Kata Umair dengan santai tidak terlalu formal.

Qaisha duduk di sebelah Mardhiah yang tunduk menekur saja.

"Urmmm, kau okey tak?" Saat dia memegang tangan Mardhiah, terkejut sungguh dia apabila betapa sejuknya tangan Mardhiah dan betapa menggigilnya tangan kembarnya itu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now