Bab 56

1.8K 256 58
                                    

"Yow, mimpi apa tiba-tiba nak duduk sini seminggu? Blade izinkan ke?" Soal James ingin tahu. Walaupun dia telah dimaklumkan oleh Elan yang Qayyum akan tinggal bersama mereka selama seminggu tapi dia mahu dengar daripada Qayyum sendiri.

Bukan kerana dia tidak suka akan kehadiran Qayyum tetapi dia amat gembira dengan kehadiran lelaki itu di markas mereka. Dia yakin pasti setiap hari mereka akan makan makanan yang sedap-sedap. Hehehehe...

Qayyum yang baru saja masuk ke dalam ruang markas meletakkan beg pakaiannya di tepi sofa. Terus dia melabuhkan punggungnya di atas sofa single.

"Hmmm saja je nak duduk sini seminggu. Kalau duduk rumah rasa sunyi pula. So, daripada aku duduk sorang-sorang lebih baik aku duduk sini. Alang-alang tu boleh aku tengok-tengokkan Mardhiah sekali." Jawab Qayyum mengingati pesan Qaisha agar menjaga Mardhiah dengan baik  sebelum Qaisha dan Blade masuk ke dalam kapal terbang.

James mengukir senyuman senget. Tengok-tengokkan Mardhiah yeee....

Qayyum yang perasan senyuman James itu mengangkat keningnya.

"Apa senyum-senyum? Nak kena tampar?" Jeling Qayyum.

"Senyumkan sedekah." Jawab James dengan sengihan.

Qayyum menjulingkan matanya ke atas. Sedekah lah sangat. Macam dia tak tahu senyuman apa yang terukir di bibir James itu. Nak perli dia lah tu macam dia tak tahu.

"Eh, Qay bila sampai?" Tegur Elan yang baru saja turun ke bawah. Rambutnya agak serabai kerana baru sahaja bangun daripada tidur. Itu pun dia masih berasa mengantuk lagi.

"Baru je sampai. Kau baru bangun tidur? Pukul berapa kau tidur malam tadi?"

Elan menguap kecil. Dia duduk di sofa panjang sebelum membaringkan tubuhnya di sofa itu. Mengantuknyaaaa....

"Aku tidur pukul lima. Banyak kerja nak kena siapkan sebelum hantar ke sir. Mengantuk betul aku." Balas Elan dengan mata yang tertutup.

Sudah beberapa hari dia tidur lewat kerana menyiapkan kerja-kerjanya yang di pinta oleh Steve.

Walaupun Steve tidak mendesaknya agar menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan cepat tetapi dia tetap mahu menyiapkannya dengan segera supaya kerjanya tidak bertimbun. Tambahan pula dia akan back up kerja-kerja Blade sementara lelaki itu cuti selama seminggu. Fuhhhh memang sibuk dia seminggu ni.

"Lewat kau tidur. Ni kau pergi kerja ke tak?" Sampuk James yang turut ada di situ. Dia bukannya tahu pun Elan tidur awal ke lambat sebab lelaki itu berkurung je dalam bilik serupa anak dara.

"Kau gila tak pergi kerja? Kerja aku dengan Blade siapa nak buat? Kau? Kau nak buat? Kau nak buat aku okey je tak masuk kerja harini." Ujar Elan dengan sinis.

"No way! Kau masuk kerja aeee aku tak nak buat kerja kau dengan Blade. Kerja aku pun menimbun memang tak lah nak tambahkan kerja aku lagi." Tolak James.

Cukup lah sekali dia dah serik sangat. Baru kerja Blade belum kerja Elan lagi. Agaknya bila dia buat kerja mereka berdua serentak mesti demam panas. Susah gila skop kerja mereka berdua. Tak kena dengan bidang dia. Pening pening....

"Hahahaha James nak buat kerja kau? Lupa ke masa Blade cuti dulu tu? Tak cukup nafas buat kerja Blade." Sampuk Chann yang terdengar perbualan mereka berdua.

Dia yang daripada tadi ada di dapur terus keluar apabila mereka bertiga seakan-akan rancak berborak. Kebetulan perbualan mengenai kerja terus dia menyampuk sama.

Terus mata Elan mencelik. Dia mengingati semula kejadian di mana James terpaksa back up kerja Blade kerana dirinya mempunyai kerja lain yang perlu dia uruskan. Seharian kena buli je dengan Steve padahal ikutkan tak lah banyak mana pun kerja Blade yang perlu James lakukan.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now