Bab 59

1.6K 215 104
                                    

Qayyum turun ke bawah untuk masak makan malam sebelum dia gerak pergi kerja. Nak masak lauk apa pun dia tak tahu. Masak daging kicap dengan udang goreng pun sedap juga ni. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terbau sesuatu.

Bau apa ni?

Dia mengamati bau tersebut datang dari arah mana. Dari dapur!

Ada orang masak ke? Tapi siapa?

Setahunya dalam markas ni tiada siapa yang pandai masak melainkan dia, Blade dan Steve. Kalau setakat masak megi semua orang pandai.

Dia melangkah ke arah dapur tanpa melakukan sebarang bunyi. Dia mengintai di sebalik dinding untuk melihat siapa yang masak.

Bibirnya automatik menyungging senyuman.

Mardhiah.

"Awak masak apa tu?"

Mardhiah tersentak apabila dirinya di tegur secara tiba-tiba.

"Erkkk Qay-qayyum..." Mardhiah mula rasa tak tentu arah apabila Qayyum mula melangkah mendekatinya.

"Iya saya, awak masak apa tu? Macam sedap je." Tanya Qayyum buat kali kedua. Dia cuba mengintai apa yang di masak oleh Mardhiah.

"Ehhhh jangan tengok!" Gelabah punya pasal Mardhiah menahan Qayyum daripada terus mendekat. Kedua-dua belah tangannya di angkat selaras bahunya supaya Qayyum berhenti melangkah.

Berkerut wajah Qayyum apabila Mardhiah seakan-akan gelisah itu tetapi matanya tertacap pada jari jemari Mardhiah yang berbalut plaster.

"Mardhiah, kenapa dengan jari awak? Awak luka ke?"

Mardhiah tersentak. Terus dia menyorokkan tangannya di belakang badannya.

"Ta-takde apa-apa lah." Dia cuba berdalih.

"Jangan tipu, meh saya tengok." Qayyum cuba mencapai lengan Mardhiah tetapi Mardhiah tetap berdegil tidak mahu menunjukkan jarinya yang d lekat dengan plaster.

"Mardhiah...."

Diam tidak bergerak.

"Awak....."

Masih tidak mahu menunjukkan jarinya yang berplaster itu pada Qayyum.

Geram pula Qayyum apabila melihat Mardhiah degil seperti ini. Sama degil macam Afrina.

"Sayanggg...."

Wajah Mardhiah mula merona merah apabila Qayyum memanghilnya dengan panggilan sayang. Hatinya mula berdebar tidak tentu arah.

Qayyum menahan dirinya daripada mengukir senyuman. Alahai cik tunang kita ni malu-malu pula dah. Eeeiiiii comel betul!

"Okey lah kalau awak tak nak tunjuk tapi awak masak apa tu? Bau sedap je ni." Tidak mahu memaksa, Qayyum mengalih topik mereka. Dia sedar dia ni cuma tunang je bukan suami lagi. Kalau dah sah jadi suami memang dia tarik je tangan Mardhiah tu. Degil!

Mardhiah tersentak. Cepat-cepat dia memusingkan badannya dan tutup api dengan segera. Sudu di ambil lalu dia mencedok sedikit kuah yang di masaknya dan mencicip kuah tersebut setelah meniupnya agar tidak terlalu panas untuk dia rasa.

Qayyum hanya memerhatikannya saja. Daripada warna kuah di sudu tersebut Qayyum mengagak Mardhiah masak lauk lemak cili api.

"Uhukk arghhh pedas pedas pedas...." Mardhiah terus meludah ke dalam sinki dan mengumur mulutnya dengan air paip.

Qayyum terkejut.

"Ehhh awak okey tak?" Spontan dia mengusap lembut belakang Mardhiah. Terbatuk-batuk Mardhiah apabila kuah tersebut sangat pedas dan tawar.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now