Bab 13

2.1K 285 59
                                    

"Urghhh..." Qayyum mencelikkan matanya apabila merasakan dia seperti sudah terlalu lama tidur. Saat dia mahu bangun, wajahnya berkerut menahan sakit yang mencengkam seluruh tubuhnya apabila dia menggerakkan tubuh badannya.

Tangannya yang berbalut membuatkan dia semakin hairan. Apa yang berlaku pada dia? Macam teruk sangat je keadaan dirinya. Nak gerakkan kepala pun payah. Sudahnya dia hanya baring dan merenung siling berwarna  hitam dalam  bilik yang tidak dia ketahui siapa punya.

"Kau dah bangun."

Qayyum cuba menoleh walaupun payah.

"Blade, apa jadi dekat aku? Kenapa aku rasa sakit sangat satu badan?" Soal Qayyum dengan suara yang serak. Perit pula tekaknya apabila bersuara.

Blade yang baru masuk ke dalam bilik Chann sambil menatang dulang yang mempunyai segelas susu panas dan semangkuk bubur yang di masak oleh Steve tadi segera menghampiri Qayyum yang kelihatan agak sengsara untuk bangun.

Dulang tersebut diletakkan atas meja bersebelahan dengan katil lalu dia membantu Qayyum untuk duduk bersandar di kepala katil dengan berhati-hati.

"Ssttt sa-sakit...." Bibirnya di ketap menahan rasa sakit. Terutama pada bahagian dada dan tangannya.

Ketika selimut yang menutup badannya jatuh melorot kerana dia mahu duduk bersandar, terkejut sungguh dia apabila hampir satu badannya berbalut dengan kain kasa.

Apa yang berlaku pada dirinya? Sumpah dia tak ingat apa-apa.

"Sakit kat mana?" Tanya Blade dengan risau.

Aisyah ada menyuruh dia agar membawa Qayyum ke hospital untuk menerima rawatan lebih lanjut sebaik saja Qayyum sedar. Takut ada kesan sampingan yang lain atau kecederaan dalaman yang dia tidak tahu dan tidak nampak.

"Semua. Rasa macam nak mati je heh." Balas Qayyum sambil memejam matanya. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Blade hanya diam dan merenung saja wajah Qayyum yang berkerut sakit itu. Dalam hatinya dia menyumpah seranah pada dirinya sendiri kerana gagal melindungi adik lelakinya sendiri.

Harap saja dia orang kanan mafia tapi adik seorang pun tak mampu jaga. Keluhan berat dilepaskan dalam hati.

"Sorry sebab aku tak protect kau daripada bahaya. Aku rasa diri aku teruk sangat.  I'm loser." Tutur Blade dengan nada kecewa. Kecewa dengan kegagalan diri sendiri sebagai seorang abang.

Qayyum mencelikkan matanya apabila mendengar kata-kata yang meluncur di bibir Blade.

"Hey, apa cakap macam tu. Bagi aku kau lah abang paling terbaik tau. Walaupun aku tak ingat apa yang berlaku tapi melihat keadaan aku yang macam ni aku rasa bersyukur sangat. At least aku belum mati lagi." Balas Qayyum tersengih.

Dia cuba ingat apa yang berlaku tapi tu lah tak boleh nak ingat. Dia ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai dia hilang ingatan?

"Hey, jangan lah mati lagi. Aku tak puas hidup dengan kau lagi."

Qayyum ketawa mendengar kata-kata Blade itu. Ceh, ingat sweet? Sweet lah juga daripada takde kan? Keh keh keh

Blade tersenyum kecil. Dia menggeleng kecil. Haih, mulut tu meminta sangat nak mati. Choiii....

"Ni kau nak mandi dulu ke atau nak makan dulu?" Soal Blade.

Qayyum berfikir sejenak. Nak makan ke mandi? Hmmm....

"Mandi lah, tak selesa pula nak makan tak basuh muka dengan gosok gigi." Jawab Qayyum.

Blade mengangguk kecil.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now