"I want married with her." Tangan sang kekasih di pegang lalu menunjukkan cincin yang tersarung pada jari manis mereka berdua.
Krik krik krik
Elan menoleh ke arah Chann. Chann menoleh ke arah James. James menoleh ke arah Fahri. Fahri menoleh ke arah Asyraf. Asyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dah kenapa pula main toleh-toleh ni?
Blade yang berada di hadapannya di pandang. Tenang saja wajah orang atasannya itu. Begitu juga dengan Steve. Sangat tenang.
Qaisha dan Mardhiah hanya berdiri tegak saja di hujung sofa tempat mereka berkumpul tika ini. Mereka berdua di panggil oleh Blade untuk turut berkumpul sama di ruang tamu markas ini. Entah apa yang mereka mahu katakan dia sendiri tidak tahu.
"Are you serious, bro?"
Semua mata menoleh ke pintu ruang tamu. Kelihatan Qayyum dan Jason yang masih lengkap berkemeja memandangkan mereka baru sahaja pulang daripada tempat kerja.
Mereka berdua bercadang mahu melawat Mardhiah dan melepak di sini sekejap sebelum pulang ke rumah tapi tak sangka pula perkara lain yang berlaku.
Mata Qaisha dan mata Qayyum bertembung. Qayyum mengerutkan dahinya.
Siapa pula perempuan tu? Kenapa muka dia dan Mardhiah seakan-akan sama?
Matanya jatuh pula pada perempuan yang di sebelah Qaisha itu.
Itu Mardhiah.
Otaknya terus teringat tentang kembar yang di cari oleh Mardhiah selama ini. Tak silapnya nama perempuan tu Qaisha!
"Hah alang-alang korang berdua dah ada dekat sini, aku nak bagitahu yang aku dengan Amelya nak kahwin dalam bulan ni." Ujar Jackson dengan senyuman lebar.
Amelya yang berdiri di sisi Jackson menahan malu apabila Jackson dengan selambanya berkata sebegitu. Wajahnya mulai kemerahan.
"Woahhhh congrats bro! Finally my brother got to married. Aku ingat kau gay sebab tak kahwin-kahwin lagi. Aku ni anak nak masuk empat dah baru kau nak kahwin ye." Kata Jason dengan nada yang teruja.
Terus dia melangkah menghampiri Jackson lalu tubuh abangnya itu di peluk erat menzahirkan rasa gembiranya.
Jackson tersengih. Dia meluku kepala Jason dengan geram.
"What the hell dude? I'm gay? Wrong person bro. Yang gay dekat sini tu hah our little shit cousin, Blade Da Erol." Jackson menunding jari telunjuknya pada Blade.
"What the hell?" Carut Blade.
Dia gay? Eeuuwwww
Terus terburai ketawa semua orang apabila Blade dikatakan gay. Qayyum menahan dirinya daripada ketawa. Nak ketawa tapi tak jadi apabila melihat wajah Blade yang tegang itu.
Steve mengukir senyuman nipis. Air kopinya di hirup perlahan. Mata hijaunya di tala pada Blade. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu.
Blade mengukir senyuman senget. Dia mengerling ke arah Qaisha yang tidak jauh daripadanya.
"Kau ingat kau sorang je nak kahwin bulan ni huh? Aku dengan Qaisha pun nak kahwin bulan ni." Kata-kata Blade berjaya membuatkan mereka terdiam.
"Kau tak melawakkan?" Soal Elan yang penuh terkejut.
Mana tak terkejutnya kalau Blade sendiri mengatakan ingin berkahwin dengan Qaisha. Tak pernah sekali pun dia nampak Blade seakan-akan berminat ingin mempunyai hubungan dengan perempuan. Lelaki itu sentiasa dengan kerjanya.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Storie d'amore[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...