"So, how? Apa patut kita lakukan?" Amelya memicit kepalanya apabila Jackson memberitahu perkara yang tidak di sangka olehnya.
Sam Smith mahukan Qaisha.
Makin lama makin sukar keadaan di sini dan semuanya kerana Qaisha. Apa yang dia tidak faham Fang Lee berkeras tidak mahu menjual atau pun melepaskan Qaisha pada sesiapa. Seolah-olah Fang Lee menyembunyikan sesuatu yang mereka tidak tahu.
Jackson menongkat dagunya dengan mata yang terpejam. Dia pun tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini. Blade? Sepupunya itu turut mempunyai masalah lain selain mengenai Qaisha.
Serba salah pula apabila dia melibatkan Blade dalam hal ini tetapi dia sudah tiada pilihan lain selain meminta bantuan daripada lelaki itu sendiri. Hanya Blade saja lelaki yang dia percaya setakat ini.
"I don't know love hurmmm...." Tutur Jackson dengan nada lemah.
Bukan dia tidak cuba untuk membantu mengeluarkan Qaisha tapi sangat sukar kerana Fang Lee berkeras tidak mahu melepaskan Qaisha walaupun dia menawarkan harga yang sangat tinggi. Dia pun sebenarnya tidak faham kenapa orang tua itu tidak mahu melepaskan Qaisha pada sesiapa.
"What are you guys talking about?"
Amelya dan Jackson tersentak. Mereka berdua menoleh ke arah Qaisha yang berdiri tegak di belakang mereka dengan wajah yang mendatar.
Amelya meneguk liurnya dengan payah. Sejak bila Qaisha ada di belakang mereka?
"Nothing. Why you at here hurmm?" Soal Jackson pula. Dia tidak mahu memberitahu perkara ini pada Qaisha.
"Lie. I know both of you hide something from me." Tajam mata Qaisha merenung mereka berdua dengan perasaan yang bercampur-baur.
Dia tak tahu apa butir bicara mereka tetapi entah kenapa dia merasakan mereka berdua sorok sesuatu daripada pengetahuannya.
Buktinya Amelya dan Jackson berada dalam bilik yang tersorok yang sering menjadi tempat Jackson melepak sedang berbincang sesuatu dengan raut wajah yang serius secara sembunyi-sembunyi.
Pada mulanya dia mencari Amelya kerana wanita itu tertinggal handphone di meja barnya. Memandangkan Amelya tidak membuat mood silent jadi bunyi panggilan masuk membingitkan telinganya. Sebab itu lah dia membuat keputusan untuk mencari Amelya apabila handphone wanita itu acap kali berbunyi dan ia membuatkan dirinya berasa amat terganggu.
Entah kenapa terdetik di hatinya mahu menuju ke bilik yang sentiasa menjadi tempat lepak Jackson untuk berehat. Semasa dia buka pintu dia ternampak Amelya dan Jackson sedang bercakap sesuatu yang dia kurang jelas dengar dengan raut wajah yang tegang.
Perasaan ingin tahunya yang tinggi membuatkan dia terus menegur mereka berdua. Reaksi terkejut mereka berdua membuatkan dirinya semakin curiga. Bila dia tanya Jackson seolah-olah ingin mengelak daripada menjawab pertanyaannya. Bertambah lah rasa curiga dalam hatinya.
Amelya menjeling Jackson yang sudah mati kata. Wajahnya dikawal sebaik mungkin agar tidak nampak riak wajah gelisahnya.
"Urmmm actually we planning about our wedding." Jawab Amelya spontan.
Terus Jackson menoleh memandang wajah Amelya dengan wajah yang sangat terkejut.
What? Wedding? Seriously?
Qaisha juga turut memberi reaksi yang sama seperti Jackson. Terkejut besar.
"What? You not agreed about my planning? You didn't love me huh?" Tajam Amelya merenung wajah Jackson yang jelas terkejut, terkaku mendengar pertanyaan luar biasanya.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...