Bab 62

1.6K 208 60
                                    

"Awak masak apa tu Mardhiah?"

Mardhiah yang sedang mengacau bubur dalam periuk terkejut apabila Asyraf menegur dirinya.

"Saya masak bubur, Qayyum demam. Alang-alang awak ada ni cuba awak rasa bubur ni, sedap tak?" Mardhiah mencedok satu sudu bubur yang panas bersama ketulan ayam yang di potong kecil pada Asyraf.

Asyraf mengambil dan meniup perlahan sebelum rasa bubur tersebut.

"Sedap!" Puji Asyraf.

Makin lama Mardhiah semakin pandai memasak. Semuanya berkat atas usaha Mardhiah sendiri yang sering kali menolong Qayyum masak di dapur.

Mardhiah senyum apabila di puji.

"Tadi awak kata Qayyum demam, panas sangat ke badan dia?" Tanya Asyraf ingin tahu.

"Saya tak pasti pula sebab saya takde sentuh dahi dia ke apa. Awak tolong tengok keadaan Qayyum boleh? Sebab malam tadi kami video call dengan Blade dan Qaisha sampai larut malam. Habis video call tu Qayyum macam nak rebah. Saya nak tolong dia tapi dia kata takpe dia boleh bangun jalan masuk bilik sendiri. Risau pula saya. Nak masuk bilik dia tapi saya segan." Jawab Mardhiah dengan serba salah.

Dia nak masuk bilik Qayyum tapi dia macam tak manis pula nak terjah masuk bilik Qaayum macam tu je. Yelah dia perempuan, Qayyum pula lelaki. Walaupun niatnya hanya mahu menjengah tapi walau apa pun mereka bukan mahram.

"Faham, takpe saya naik atas dulu okey. Awak masak apa yang patut nanti bawa naik ke atas."

Mardhiah mengangguk kecil. Dia melihat Asyraf yang beredar keluar daripada ruang dapur.

Api dapur di tutup setelah memastikan daging ayam lembut untuk di kunyah. Daun sup dimasukkan ke dalam periuk bubur itu  lalu di kacau beberapa saat.

Dia mengambil gelas dan di isi dengan air suam. Siap semua dia meletakkan gelas dan mangkuk yang berisi bubur atas dulang untuk dia bawa naik ke atas.

Tok tok tok

Tiada sahutan.

Asyraf terus memulas tombol pintu bilik apabila tiada sebarang suara yang menyahut. Masuk saja terus dia melihat Qayyum yang berselubung dalam selimut.

"Qay..." Sentuh saja dahi Qayyum, membulat mata Asyraf kerana dia rasa sangat panas.

"Qay, bangun Qay. Kau demam panas ni. Bangun bangun bangun.... Kita pergi klinik sekarang." Tubuh Qayyum di goncang perlahan supaya Qayyum bangun daripada lena.

"Hmmm, jangan kacau lah. Aku pening nak tidur." Tutur Qayyum dengan perlahan. Terasa agak sukar untuk dia bercakap kerana tekaknya terlalu kering.

Dia langsung tidak membuka matanya malah menarik selimutnya hingga menutup kepalanya. Sejuk.

"Bro, kau demam ni. Bangun-bangun, kita pergi klinik." Asyraf menarik selimut yang menyelubungi tubuh Qayyum. Langsir tingkap di buka supaya bilik ini di sinari dengan cahaya matahari. Suhu aircond diturunkan supaya tidak terlalu sejuk.

"Jangan lah sejuk....." Dia mencari-cari selimut yang terlerai daripada menyelubungi tubuhnya.

"Asyraf, macam mana keadaan Qayyum?" Tanya Mardhiah yang baru saja masuk ke dalam bilik Qayyum sambil menatang dulang makanan.

"Mardhiah, minta tolong boleh? Minta sesiapa yang ada dekat bawah naik atas sekejap. Tolong saya papah Qayyum ke bawah. Saya nak bawa Qay ke klinik. Badan dia panas sangat ni." Pinta Asyraf pada Mardhiah.

"Allah! Sekejap ya." Dulang makanan diletakkan atas meja yang berhampiran dengannya. Tidak membuang masa dia berlari turun tangga untuk meminta tolong seperti yang di pinta oleh Asyraf.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now