Jason memakirkan motornya di tepi pondok markas Steve setelah dirinya diberi kebenaran untuk masuk.
Pada mulanya agar sukar untuk dia masuk memandangkan identitinya tiada dalam senarai ahli kumpulan Eagle Eyes dan hampir-hampir saja dirinya mahu di tembak kerana di tuduh untuk memecah masuk ke dalam tanpa izin.
Mujur lah ketika itu salah seorang daripada mereka mengenali dirinya kerana wajahnya dengan wajah Jackson hampir sama. Disebabkan itu lah dia dapat juga masuk ke dalam setelah membuat panggilan video pada Jackson sebagai bukti.
Dirinya bukan lah seorang mafia mahu pun orang-orang Steve. Dia tidak suka keganasan. Nak membunuh jauh sekali. Dia kenal Steve serta ahli Eagle Eyes pun semasa dia datang ke Malaysia buat kali pertama untuk berjumpa dengan Jackson, abangnya atas permintaan Jackson sewaktu Jackson hendak masuk Islam.
Memandangkan dia hanya datang sebentar di Malaysia, Jackson mempelawa dirinya tinggal di markas Steve untuk beberapa hari sebelum pulang ke Turki semula. Daripada situ lah dia baru tahu Blade, abang sepupunya merupakan orang kanan seorang ketua mafia. Daripada hari itu lah dia berkenalan dengan orang-orang terkuat dalam Eagle Eyes.
"Jason?" Chann yang baru keluar daripada pintu masuk markas terkejut apabila melihat Jason yang berdiri terpacak di hadapan markas mereka.
Mula-mula dia tidak cam tetapi setelah dia perhati lama, baru dia cam wajah Jason itu. Terus dia melangkah mendekati lelaki mix Turki-Chinese itu sambil mendepakan tangannya dengan senyuman lebar.
"Yow Chann!" Mereka saling berpelukan beberapa saat sebelum bersalaman gaya lelaki. Berlaga penumbuk.
"Lama betul aeee tak jejak sini, mimpi apa tiba-tiba terpacak dekat sini?" Soal Chann dengan senyuman.
"Takde mimpi apa pun, entah tiba-tiba terasa nak datang ke sini. Melawat." Jawab Jason.
"Ceh, melawat lah sangat. Eh, alang-alang jom lah masuk Blade pun ada dekat dalam tu." Kata Chann sambil memaut bahu Jason.
Jason mengangguk sahaja. Mereka berdua memang akrab berbanding dengan yang lain walaupun hanya beberapa kali saja bertemu itu pun beberapa tahun yang lalu.
"Guys, cuba teka siapa yang datang?"
Elan dan James yang sedang santai tengok movie di ruang tamu menoleh ke arah Chann yang sedang memaut bahu seorang lelaki. Berkerut wajah mereka berdua melihat wajah lelaki itu.
Macam kenal je. Muka macam Jackson.
"Jason!"
Jason menjulingkan matanya ke atas. Ceh, lambat betul nak cam muka dia. Ambil masa seminit tiga saat.
"Bro! Long time no see." James berlari mendapatkan Jason lalu dipeluk tubuh Jason seketika.
Jason berdecit sebelum ketawa kecil. Dia membalas pelukan James itu.
"Bro." Elan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jason.
"Makin tinggi kau." Tegur Jason.
Elan mengukir senyuman sinis. Nak perli lah tu. Mentang lah dulu dia pendek daripada Jason. Tapi pendek sikit je okey.
"Well, see my level."
Terangkat kening Jason.
Ceit, see my level konon. Yucksss....
"Mimpi apa tiba-tiba terbang ke Malaysia ni? Takkan semata-mata datang nak melawat? Ke tengah holiday?" Soal James dengan pelik.
Jason tersengih sebelum menoleh ke arah Chann.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...