Blade melangkah masuk ke dalam ruang rehat di tingkat tiga Star Night tanpa gentar sambil di temani oleh Ren.
"Don't move or i will shoot you." Lima orang lelaki mengacu pistol ke arah mereka berdua apabila Blade dan Ren dengan beraninya menjejakkan kaki ke tingkat tiga di mana hanya orang kepercayaan Fang Lee sahaja yang dibenarkan untuk naik ke sini.
Blade dan Ren berhenti melangkah.
"Who are you? Ada apa urusan datang sini?" Soal salah seorang daripada mereka dengan keras.
Blade menurunkan hoodie yang menutup separuh wajahnya. Sebaik sahaja mereka melihat wajah Blade mereka mula menurunkan pistol mereka ke bawah.
"Where your bos?" Soal Blade tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Baginya tidak penting untuk lelaki itu tahu urusannya ke sini. Dia hanya mahu berjumpa dengan Fang Lee saja.
"Wait at here." Kata lelaki itu lalu tanpa melengahkan masa terus berlari menuju ke dalam untuk memanggil Fang Lee.
Tidak perlu untuk bertanya lebih, tatu yang terukir pada leher lelaki itu sudah cukup untuk memberitahu siapa gerangan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan ahli Eagle Eyes, kumpulan mafia yang paling di geruni.
Tidak sampai lima minit, Fang Lee muncul dengan lelaki tadi. Jelas terpancar riak wajah kehairanan pada wajah tuanya itu.
"You budak Steve kan? Ada apa mau jumpa?" Soalnya dengan nada pelik.
"I need privacy." Blade menjeling ke arah orang-orang Fang Lee.
Fang Lee yang faham perkara itu terus membawa Blade dan Ren ke dalam sebuah bilik yang satu-satunya terletak di tingkat tiga ini.
"So, ada apa mau jumpa?"
"Aku nak kau lepaskan Qaisha, budak bawah jagaan Amelya. Just tell me what you want and i will give it." Ujar Blade dengan dingin.
Ternaik kening Fang Lee.
"Sorry, if you want that girl i tak boleh kasi sama you but i can give you another girl better than Qaisha." Fang Lee tetap bertegas tidak mahu melepaskan Qaisha pada sesiapa pun walaupun di hadapannya ini merupakan orang kanan Steve, ketua mafia yang paling dia geruni.
Blade yang sudah mengagak jawapan Fang Lee terus mengeluarkan Iphonenya.
"You know her?" Skrin Iphonenya di hala pada wajah Fang Lee.
Fang Lee yang pada mulanya hairan terkejut apabila melihat gambar seorang perempuan yang berambut panjang sedang duduk termenung. Apa yang buat dia terkejut adalah kerana perempuan itu amat dia kenali dan perempuan itu juga lah selama ini dia cari merata tempat sehingga dia mengupah beratus-ratus orang penyiasat malah dia kerahkan juga orang-orangnya semata-mata untuk mencari perempuan itu.
Yang menghairankan dirinya seorang daripada mereka langsung tidak jumpa sehingga kini. Malah kelibat mereka turut tiada seolah-olah hilang sebaik saja dia mengupah mereka untuk mencari perempuan itu. Tetapi bagaimana lelaki ini dapat menemui perempuan itu?
Melihat wajah terkejut Fang Lee, Blade mengukir senyuman sinis.
"Mardhiah Izzyani."
"Mana you jumpa dia?" Soal Fang Lee dengan wajah yang masih tidak percaya.
"My younger brother found her while he want go to work." Iphonenya di simpan semula ke dalam poket seluarnya semula.
Fang Lee mengepal penumbuknya menahan rasa. Geram apabila perempuan yang di carinya berada dalam genggaman Eagle Eyes.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
عاطفية[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...