Bab 42

2.1K 257 61
                                    

Qaisha menyalin pakaiannya kepada baju tidurnya. Tubuhnya sedikit segar sesudah mandi. Satu hari ini memang memenatkan dirinya. Adakah setiap pengantin merasakan perkara yang sama atau hanya dia seorang saja yang merasakan perkara sebegini?

Lepas akad nikah, mereka terus makan beradab sebelum sesi mngambil gambar. Tiada sebarang adat seperti bersanding atau apa kerana mereka hanya buat perkara yang wajib saja. Itu pun atas cadangan Blade dan di persetujui oleh Jackson dan Amelya. Dia? Langsung tidak kisah.

Lama juga mereka berada di rumah Jason dan mengemas apa yang patut. Walaupun telah di tegah oleh Aisyah, Raihana dan Airin kerana dia turut mahu menolong membasuh periuk belanga yang di gunakan untuk memasak tapi dia tetap berdegil mahu membantu kerana berasa tidak enak apabila dirinya tidak membuat apa-apa.

Tak sangka dia akan berjumpa dan kenal dengan wanita-wanita yang sangat baik padanya dan melayannya seperti ahli keluarga mereka sendiri. Dia merasakan dirinya mula disayangi.

Qaisha mengukir senyuman kecil. Rambutnya yang basah di keringkan menggunakan towel. Dia tidak gemar menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya. Dia tidak mahu rambutnya menjadi rosak menggunakan alat tersebut.

Setelah itu, dia menyikat rambutnya sebelum memakai serum rambut agar rambutnya kekal terjaga rapi dan berbau harum sentiasa. Susah jadi perempuan ni, semua benda nak kena jaga dengan elok dan baik.

Klak

Terus terhenti tangannya yang sedang menyapu lotion pada lengannya apabila pintu bilik tidurnya di buka daripada luar. Susuk tubuh Blade yang masuk ke dalam bilik menjadi tatapannya. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang.

"Not sleep yet?" Tegur Blade apabila melihat Qaisha masih belum tidur lagi sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia baru pulang daripada rumah Jason.

Bukan melepak tetapi menolong lelaki itu mengemas apa yang patut. Kasihan pula mahu membiarkan Jason mengemas sorang-sorang. Ammar, Daniel dan Steve turut membantu mengemas dan mengangkat barang-barang yang berat.

Tidak mahu membuat Qaisha tertunggu dirinya, dia menyuruh Qayyum membawa Qaisha pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Ya, rumahnya sendiri bukan markas Eagle Eyes. Manakala Mardhiah masih berada di markas dalam pemantauan Asyraf dan Fahri.

Tiada niat mahu memisahkan Qaisha dan Mardhiah tetapi demi keselamatan Mardhiah dan juga orang lain, Mardhiah terpaksa di tahan di markas terlebih dahulu sebelum Qayyum mengahwini Mardhiah.

"Urmmm nope yet. Lambat balik?" Balas Qaisha. Dia menyambung semula menyapu lotion pada lengannya yang tergendala tadi. Jantungnya tidak berhenti berdegup kencang.

Rileks Sha, calm down.

Dia cuba menenangkan dirinya yang mula berasa gugup apabila berdua-duaan dengan lelaki yang sudah bergelar suami. Tidak pernah dia berasa gugup seperti ini.

"Hmmm, lepas ni terus tidur. Lewat sangat dah ni. Tak elok tidur lewat-lewat." Pesan Blade. Butang baju melayu yang telah dia buka pada tengah hari tadi dikeluarkan dalam poket seluarnya lalu diletakkan dalam bekas kecil yang berada di atas meja kerjanya yang bersebelahan dengan meja solek di mana Qaisha sedang duduk di situ.

"Okay." Balas Qaisha. Selesai saja menyapu lotion, dia terus melangkah menuju ke katil milik Blade yang telah menjadi katil mereka berdua.

Oh, damn!

Mereka akan berkongsi katil untuk selama-lamanya. Makin tak tentu arah jadinya.

Melihat Qaisha yang sudah naik ke katil, Blade menutup lampu biliknya. Lampu tidur di sebelah katil bahagian tempat tidurnya di buka supaya ada cahaya untuk dia bergerak ke sana ke sini.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now