Bab 7

3.1K 295 119
                                    

Qayyum memakirkan motornya di tempat khas yang di sediakan untuk kaki tangan yang bekerja di hospital itu untuk memudahkan dia dan orang lain parking kenderaan mereka tanpa perlu berebut dengan orang lain.

Terus dia turun daripada motornya lalu helmet di kepala di tanggalkan dan diletak atas raga motornya. Rambutnya di sisir dengan jari jemarinya agar kemas dan tidak serabut.

"Selamat malam Doktor Qayyum." Sapa seorang jururawat perempuan yang kebetulan berselisih dengan Qayyum yang lalu di koridor itu untuk menuju ke lif.

"Selamat malam Cik Seroja." Balas Qayyum dengan senyuman.

Jururawat yang di panggil Seroja itu malu-malu apabila doktor hensem itu membalas sapaannya dengan senyuman.

Aaaaaaa rasa nak jerit je biar semua orang dalam hospital ni tahu bertapa gembiranya dia apabila Qayyum mengukir senyuman padanya. Dia berjalan dengan hati yang gembira untuk pulang ke rumah memandangkan shiftnya sudah pun habis.

Qayyum hanya mengukir senyuman dan mengangguk kecil saja apabila dirinya di sapa oleh beberapa orang doktor dan jururawat yang berselisih dengannya sepanjang dia berjalan menuju ke lif.

Sampai di depan lif terus dia menekan button untuk naik ke atas. Sambil menunggu dia mengeluarkan handphonenya untuk melihat jika ada chat yang masuk dan dia belum reply.

Tingggg

Pintu lif pun terbuka.

Qayyum menyimpan handphonenya dalam poket seluarnya. Dia beranjak ke tepi memberi laluan kepada orang yang mahu keluar daripada lif itu sebelum dia masuk.

"Qayyum jangan tutup lif tu!!!"

Qayyum yang terkejut dengan jeritan tu terus menekan button pintu lif supaya tidak tertutup rapat.

Seorang doktor lelaki tercungap-cungap di pintu lif sebelum masuk ke dalam.

"Terima kasih Qay...."

Pukkkk

"Aduh, sakit lah! Kau dah kenapa pukul kepala aku!" Kepalanya yang di pukul oleh Qayyum di pegang dan di usap.

Qayyum menatap wajah doktor lelaki itu dengan pandangan tajam.

"Kau tu yang dah kenapa? Terjerit-jerit dalam hospital, elok sangat ke huh Doktor Khalif?" Soalnya dengan nada yang mendatar.

Agak-agak lah dalam hospital menjerit lantang macam tu. Kut lah ada pesakit yang ada sakit jantung dekat kawasan situ tadi hah tak ke naya?

Khalif tersengih. Sedar dirinya membuat kesalahan.

"Hehehe tak buat dah." Ujarnya dengan sengihan.

Qayyum menggeleng kecil. Haih, nak marah dah besar panjang.

Mereka berdua tidak bercakap apa-apa. Yelah, nak cakap apa je hari-hari jumpa. Meja kerja pun sebelah menyebelah je.

Tingggg

Lif pun berhenti pada aras 7. Mereka pun keluar menuju ke tempat mereka masing-masing.

"Urghhh laparnya...." Khalif mengeluh sambil memegang perutnya yang mula berbunyi.

"Kau tak makan lagi?" Soal Qayyum.

"Belum, aku terlajak tidur lepas asar tadi. Tahu-tahu je nak maghrib. Tu yang aku kelam kabut datang sini." Terang Khalif.

Qayyum mengangguk kecil. Nak buat macam mana mereka bekerja pada waktu malam. Jadi waktu siang dan petang je waktu mereka tidur dan berehat.

"Aku ada bawa roti sardin lebih ni kau makan lah." Qayyum mengeluarkan bekal makanannya daripada beg sandangnya.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now