"Blade, boleh tak tolong hantar aku pergi masjid hujung taman perumahan ni?" Pinta Qayyum dengan penuh berharap.
Keretanya masih berada di bengkel, esok baru boleh ambil. Motornya pula berada di hospital sebab malam tadi dia tumpang Khalif naik kereta untuk balik ke rumah memandangkan malam tadi hujan turun dengan sangat lebat. Jadi, tidak mahu mengambil risiko dia tidak bawa motor.
Blade yang sedang menaip mengerling sekilas ke arah Qayyum yang berada di hadapannya.
"Sorry Qay but i have work to do right now." Ujarnya tanpa nada. Matanya fokus melihat setiap apa yang di taipnya agar tiada sebarang kesalahan penulisan yang di taipnya.
"Alaaa, boleh lah Blade. Aku dah lambat ni please...." Qayyum membuat muka simpati dengan kedua-dua tangannya di cantum rapat.
"I can't Qay, sorry.... Order grab car okay." Balas Blade lagi. Dia betul-betul sibuk sekarang ini.
Mendengar balasan Blade itu terus wajah Qayyum berubah.
Kerja lagi penting daripada adik sendiri huh? Okay fine!
Malas nak minta tolong lagi, dia terus beredar keluar tanpa kata apa-apa.
Gedegangggg
Blade tersentak apabila pintu rumahnya di hempas dengan kuat. Terus dia menoleh ke arah pintu. Keluhan kecil di lepaskan. Merajuk lah tu.
Siapa kata Qayyum tak reti merajuk?
Baginya Qayyum lah orang yang paling kuat merajuk apabila dengan dirinya. Tak dapat sesuatu mula lah merajuk. Macam tadi, hempas pintu kuat-kuat. Mujur tak tercabut pintu rumahnya.
Dia bukannya tidak mahu hantar tapi kenapa banyak-banyak tempat, masjid juga yang adiknya minta dia hantar ke sana?
Dia tahu ada masjid yang terletak di hujung taman perumahannya. Kerana itu lah dia membeli rumah yang paling hujung agar jauh daripada kawasan masjid itu dan jauh daripada pandangan orang sekeliling.
Keluhan kecil dilepaskan. Laptopnya di tutup lalu dia bangun menuju ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas.
Sweater hitam yang tergantung elok di ambil dan terus di sarung pada tubuhnya. Kunci kereta, dompet dan ipad di ambil sebelum turun ke bawah.
Takpe lah dia akan buat kerjanya melalui ipad sahaja. Alang-alang dia nak keluar baik dia makan di luar terus.
Qayyum mencangkung di hadapan pagar rumah dengan wajah yang cemberut. Dia merenung screen handphonenya yang masih mencari grab car.
Sudah lah panas terik. Maklum lah matahari tegak atas kepala. Kejap je dah berpeluh.
"Eiiii mana grab niiii....." Rasa nak menangis pun ada. Sudah pukul 1:08 petang. Nak masuk waktu solat Jumaat.
Pin pin
Qayyum mengangkat wajahnya daripada menunduk.
Terkerbil-kerbil matanya melihat kereta Blade berada di sebelahnya.
"Come."
Terus melebar senyuman Qayyum. Terus dia bangun lalu membuka pintu kereta sebelah pemandu dan masuk ke dalam.
"Kau kata kau sibuk? Dah siap ke kerja yang penting tu?" Soalnya berbaur sindiran.
Blade tergelak.
"Well, aku tak nak orang tu merajuk. Muncung je mulut tu serupa itik." Balas Blade selamba.
Qayyum membuat muka apabila dirinya di perli sebegitu. Terasa okey!
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...