Mardhiah Izzyani Binti Mahmud. Mempunyai dua orang kembar seiras dengannya. Afrina dan Qaisha. Tetapi Qaisha terpisah dengan mereka kerana telah di culik dengan orang yang tidak dikenali.
Mahmud seorang bapa yang penyayang tetapi untuk beberapa tahun kemudian bapa mereka pula meninggal kerana serangan jantung. Mardhiah dan Afrina di jaga oleh adik bapanya iaitu Latif.
Malangnya, Latif merupakan seorang lelaki yang sangat tamak. Dia menjaga Afrina dan Mardhiah kerana kekayaan yang di miliki oleh si kembar. Memandangkan si kembar masih kecil, mereka berdua sering menjadi tempat Latif melempiaskan marah. Bukan itu saja kadang kala Latif memang sengaja mahu menyeksa si kembar.
Sehingga lah satu hari Mardhiah di paksa untuk duduk di kerusi renjatan elektrik yang di cipta oleh Latif. Afrina meronta-ronta ingin melepaskan dirinya daripada di ikat untuk menyelamatkan adik kembarnya.
Entah macam mana ikatan tersebut terlerai, Afrina meluru ke arah Mardhiah yang terkena renjatan elektrik dan Afrina tanpa berfikir panjang terus memeluk tubuh Mardhiah. Mereka berdua sama-sama kena renjatan elektrik.
Malangnya keadaan Afrina yang lemah membuatkan Afrina menghembuskan nafasnya terakhir kerana tidak dapat menahan seksaan tersebut. Mardhiah yang tidak dapat menerima kenyataan Afrina meninggal dalam pelukannya terus tidak menyedarkan diri.
Seminggu delepas kematian Afrina, hidupnya menjadi kosong. Dia sentiasa muram dan mengurungkan dirinya dalam bilik. Sehingga lah satu hari dia di seksa seharian sampai lah dia tiada tenaga untuk melawan dan akhirnya dia jatuh pengsan.
Entah macam mana dia tersedar daripada pengsan. Matanya terbungkam saat melihat mayat Latif yang tidak jauh daripadanya dalam keadaan yang mengerikan.
Paling mengejutkan dirinya apabila tangannya penuh dengan darah. Bukan tangan saja tapi wajahnya turut berlumuran dengan darah. Dia tak tahu apa yang berlaku pada dirinya dan juga bapa saudaranya.
Ketika itu lah dia ternampak satu bayang seorang gadis yang seiras dengannya. Rupa-rupanya itu adalah Afrina, kakak kembarnya. Pada mulanya dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat tetapi lama-kelamaan dia percaya bahawa Afrina 'hidup' tapi dalam dirinya.
Dia sedar saat malam hampir menjelma dia akan merasakan dada rasa amat sakit dan warna matanya akan berubah kerana itu tanda-tanda Afrina meronta-ronta ingin keluar dari dalam badannya untuk menguasai dirinya agar Afrina mampu melakukan apa saja yang di mahukannya.
Apabila waktu siang hampir menjelang, Afrina akan kembali masuk ke dalam dirinya untuk 'tidur' dan dia pula yang akan 'berjaga'.
Aisyah membelai rambut panjang Mardhiah yang lena itu dengan senyuman nipis. Tak sangka sebegitu sekali yang perlu dia lalui dalam hidupnya.
Seorang kembar hilang di culik, seorang lagi sudah meninggal tetapi 'hidup' dalam diri perempuan ini.
Split personaliti.
Itu lah yang di alami oleh Mardhiah.
Pada waktu pagi Mardhiah seperti biasa dalam keadaan normal tetapi menjelang pada waktu malam dia akan berubah menjadi ganas dan agresif.
Jika mengikut psikologi, apa yang di alami oleh Mardhiah adalah keadaan mental perempuan itu sedikit terganggu. Kejadian lampau telah membuatkan Mardhiah menciptakan satu ilusi tanpa di sedarinya sendiri.
Tetapi dia tidak salahkan Mardhiah kerana mempunyai masalah itu. Rata-rata orang yang mempunyai split personaliti mempunyai sejarah dan kisah hitam yang menyebabkan mental mereka terlampau tertekan hingga timbul dan menciptakan satu sisinya yang lain.
Air mata yang bersisa pada wajah Mardhiah di usap dengan ibu jarinya. Tak sangka dia akan mendengar kisah yang sangat tragis seperti ini. Sungguh besar dugaan dan ujian yang diberikan padanya.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...