"Aku rasakan tu kekasih Doktor Qayyum lah."
"Yeke? Takkan Doktor Qayyum minat perempuan free hair? Macam tak kena je."
"Ha'ah Doktor Qayyum takkan lah nak pilih perempuan yang tutup aurat pula kan?"
"Habis tu Doktor Jannah yang tutup aurat tu tak nak pula Doktor Qayyum dengan dia? Apa cerita?"
"Dah perangai dia gedik siapa je nak dengan dia."
"Tu lah aku yang perempuan ni pun tak suka dengan dia. Gedik!"
Perbualan beberapa orang jururawat di kaunter pertanyaan membuatkan Jason berkerut dahi. Lebih-lebih lagi apabila nama Qayyum di sebut-sebut di bibir mereka.
Apa hal ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?
Baru dia mahu bersuara, bunyi dehemen seseorang membantutkan niatnya.
"Ehemmm, korang ni dah takde kerja nak buat? Bergosip je. Pahala tu dah banyak sangat ke sampai nak buat dosa mengumpat orang?" Tegur Khalif dengan sinis. Wajahnya mendatar saja menatap lima orang jururawat yang sedang bersembang di depan kaunter pertanyaan.
Pagi-pagi dah membawang. Banyak sangat agaknya pahala mereka berlima sampai nak sedekahkan semua pahala-pahala mereka pada orang yang di umpat oleh mereka itu.
Terkejut jururawat-jururawat itu apabila di tegur oleh Khalif. Mencicit mereka berjalan laju meninggalkan kaunter pertanyaan itu. Hanya tinggal dua staf sahaja di situ memandangkan mereka berdua bertugas di kaunter tersebut.
Khalif menggeleng kecil. Baru tegur macam tu dah mencicit berlari. Apa nak jadi pun tak tahu lah. Name tag staf penjaga kaunter itu dikerling sekilas.
Laura
Jalilah"Hah awak berdua ni duduk kaunter buat kerja bukan membawang sana sini. Sibuk jaga tepi kain orang. Jaga je lah kain sendiri." Kata Khalif berbaur sindiran.
Jalilah dan Laura diam membisu. Mereka berdua tunduk menekur saja apabila di sindir oleh Khalif. Bukannya mereka tak tahu Khalif kalau bersuara memang menusuk ke dalam hati. Pedas! Lancang! Belum lagi kena maki atau kena tengking, mahu menangis menahan malu.
Nak balas? Jangan di balas kalau tak nak dapat malu. Lebih baik diam daripada menjawab.
Jason menahan dirinya daripada mengukir senyuman melihat wajah takut dua orang staf yang menjaga kaunter itu. Tahu takut rupanya.
"Eh, Jason!" Khalif yang perasan Jason tidak jauh daripadanya pantas menegur lelaki itu. Kakinya laju mengorak langkah ke arah Jason.
Jason hanya mengukir senyuman nipis saja sebagai balasan sapaan Khalif itu.
"Awal kau masuk kerja? Bukan sepatutnya lagi dua minggu ke baru kau masuk kerja? Takpe ke tinggalkan isteri dengan anak-anak kau kat rumah? Siapa ambil Umar dengan Uwais dekat sekolah?" Tanya Khalif kehairanan.
Yelah, tak sampai seminggu Jason jaga Nurul berpantang. Tup tup muncul pula pagi ni. Seingatnya Jason mohon cuti sebulan untuk menjaga isterinya berpantang di rumah.
"Sepatutnya macam tu lah tapi abang dengan kakak ipar aku duduk rumah aku buat sementara ni. Kata diorang, diorang nak jaga Nurul dengan anak-anak dekat rumah sementara aku kerja. Uwais dengan Umar abang aku yang hantar dan ambil diorang dekat sekolah." Sambil berbual, Jason dan Khalif menuju ke arah lif utuk naik ke atas.
"Oh, macam tu faham-faham." Khalif mengangguk faham.
Tinggg
Pintu terbuka, beberapa orang doktor dan jururawat keluar daripada perut lift. Setelah itu mereka berdua masuk ke dalam dan menekan button nombor 6.
YOU ARE READING
OUR BEAUTIFUL FATE √√
Romance[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makh...