SK 2

2.5K 98 1
                                    

"Ibu!"

Belum sempat Zayn memberi amaran, Myra sudah jatuh terbaring. Dilanggar oleh sebuah motorsikal sewaktu dia sedang mencari kunci keretanya. Kecuaian yang akhirnya mengundang padah.

Segera Zayn mendekati ibunya. Bercucuran air matanya melihat keadaan ibunya. Risau dan cemas.

"Ibu." Sekali lagi Zayn memanggil ibunya.

Orang-orang yang mengerumuni hanya memandang. Ada yang mengambil gambar. Ada yang buat video. Mereka membuat pelbagai andaian tentang keadaan Myra ketika itu. Tidak kurang yang rasa kesian melihat Zayn.

"Ok tak tu?" Tanya seorang lelaki yang memakai topi keledar.

Zayn melihat lelaki tersebut. Tergamma melihay tangannya luka. Darah mengalir perlahan dari jari jemarinya. Dan ada kesan koyak diseluarnya.

"Pakcik okey ke?" Tanya Zayn.

"Mak kau ke?" Tanya lelaki itu.

Zayn angguk.

"Okey tak?" Tanya dia lagi.

Zayn angkat bahu. Dia tak tahu keadaan ibunya. Ibunya tak menyahut panggilannya. Dan tak juga bangun.

"Panggil ambulan." Cadang seorang lelaki diantara mereka yang melihat.

"Call lah. Takkan cadang je. Tak boleh terus buat ke?" Kata lelaki yang sudah mendekati Myra.

"Apa nama kau?" Tanya lelaki itu.

"Zayn."

"Mak kau?"

"Myra."

Lelaki tu duduk disebelah Myra dengan bersusah payah. Dipangku kepala Myra sebelum dia melakukan pemeriksaan.

"Mak Zayn bernafas lagi. Pengsan kot. Bapa kau mana?" Tanya lelaki itu.

Zayn geleng.

"Kerja?"

Zayn geleng lagi.

"Dah tu?"

Zayn masih lagi geleng.

"Bapa kau tak de? Dah tu? Datuk ke nenek kau ke? Saudara mara kau?" Tanya lelaki itu. Dia menjangkakan Zayn anak yatim.

Zayn geleng.

"Aku rasa mak kau ni kena tahan kat hospital ni. Kalau dia kena tahan kat hospital, siapa nak jaga kau?" Tanya lelaki tu.

Zayn angkat bahu.

"Pastu, ni. Kalau mak kau kena tahan kat hospital. Siapa nak jaga kau?" Bebel lelaki tu.

"Tak sakit ke? Darah dah mengalir tu." Tanya Zayn.

"Kang dia kering lah." Jawab lelaki itu.

"Dah called ambulan ke? Ke tengok je?" Kata lelaki itu kepada mereka yang mengerumuni.

"Dah. Dah. Kejap lagi ambulan sampai." Sahut salah seorang dari mereka.

"Alhamdulillah. Terima kasih. Ada juga yang ada berperikemanusiaan. Bukan hanya tahu merakam. Yang rakam, dah masukkan dalam social media belum? Make sure muka aku jelas tau nampak dalam video korang." Kata lelaki itu bila melihat masih ada yang masih merakam mereka.

Masing-masing terus meletakkan telefon mereka ke bawah. Tidak jadi merakam. Terasa terpukul dengan perlian dari lelaki itu.

Saat itu juga, bunyi ambulan menghampiri mereka.

"Kau macam mana ni?" Tanya lelaki itu kepada Zayn.

"Zayn kena bawa barang dapur balik. Kalau tak nanti, tak ada benda nak makan."

"Mana?"

"Tu."

Zayn menunjukkan kearah troli yang memuatkan barangan dalam plastik berhampiran mereka.

"Korang datang naik apa?"

"Kereta."

"Mana kereta?"

"Tu."

Zayn menunjukkan kearah kereta Myra yang diparkir bertentangan dengan mereka.

"Beri laluan."

Petugas ambulan mendekati mereka. Mereka mengangkat Myra ke atas stretcher dengan bersusah payah memandangkan badan Myra bukan kecil.

"Kunci kereta mana?" Tanya lelaki tersebut.

"Dalam poket seluar ibu." Jawab Zayn.

"Kejap encik." Tahan lelaki itu.

"Pergi ambil." Arah lelaki itu kepada Zayn.

Zayn hanya menurut. Setelah itu, dia mendekati lelaki tersebut.

"Ada waris?" Tanya petugas.

"Encik hantar hospital mana? Nanti saya bawa anak dia ke sana."

"Dia ada insurance ke?" Tanya petugas itu.

Zayn geleng.

"HTAR." Balas petugas tadi dan terus masuk ke dalam ambulan dan terus berlalu.

"Pakcik tak ikut? Tangan pakcik. Kaki pakcik." Tanya Zayn.

"Lepas kita uruskan barang kau tu, kita pergi tengok mak kau. Nanti dorang rawatlah luka aku." Kata lelaki itu.

"Motor pakcik?"

Lelaki itu memadang ke arah motornya yang masih terbalik ditepi jalan. Tiada siapa yang hiraukan motor kapcainya itu.

"Kau masukkan barang dalam kereta dulu. Biar aku uruskan motor aku." Kata lelaki itu.

Zayn angguk.

"Jap. Kau percaya kat aku ke? Bagi aku bawa kereta mak kau ni? Ke kau nak aku order kau grab je?" Tanya lelaki tu.

"Tak pe. Zayn percaya kat pakcik." Balas Zayn.

Lelaki itu kemudian, melintaskan Zayn dengan troli. Kemudian, dia pergi ke motornya dan diparkirkan ditempat letak motor.

"Jom."

"Kejap."

Dan Zayn mengeluarkan first aid kit yang ada didalam kereta dan membersihkan luka lelaki tersebut.

"Mana kau belajar ni?" Tanya lelaki tu sambil melihat Zayn melakukan kerjanya.

"Zayn dah 6 tahun lah. Mestilah kena tahu. Ibu ajar semuanya." Kata Zayn.

"Kau dah 6 tahun? Aku ingat baru 4-5 tahun." Lelaki itu ketawa.

Dia hanya menyakat Zayn. 6 tahun masih kecil untuk tahu semua itu. Fizikal Zayn memang menunjukkan dia masih kecil tetapi caranya seperti budak sudah darjah 5 atau 6.

"Dah. Siap. Jomlah." Kata Zayn dan menyerahkan kunci kereta kepada lelaki itu.

"Siapa nama pakcik?"

"Izy." Jawab Izy. Ringkas.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now