"Abang, tak tidur lagi?" Tanya Encik Fuad bila dia tersedar dari mimpinya.
"Abah mimpi adik?" Tanya Aidid bila mendengar suara serak abahnya.
"Adik tengah menangis, abang. Call dia, abang. She need someone to talk to." Kata Encik Fuad.
"Tapi,"
"Abah tau abang tau kat mana adik." Kata Encik Fuad.
Aidid diam.
"Abah kenal anak-anak abah." Kata Encik Fuad lagi.
Aidid diam dan mendail nombor telefon Myra. Sebaik talian bersambung, terdengar suara Myra yang sedang menahan tangis.
Setelah bertanya keadaan Myra, Encik Fuad terus mengambil telefon bimbit Aidid. Dia membuka loudspeaker.
"Adik bukan minta dia kahwin dengan adik. Adik minta dia hormat adik. Dari dulu. Tu yang adik nak. Adik tak minta pun dia sayang kat adik. Walaupun tu yang adik harapkan. Tapi, apa dia fikir. Nak kahwin dengan adik kalau Zayn anak dia. Nampak sangat. Dia bukan nak pun kat adik. So, nak buat apa sampai nak kahwin? Kesian? Rasa bertanggungjawab?" Luah Myra bersama tangisan yang makin jelas.
Encik Fuad memberi isyarat supaya Aidid berinteraksi dengan Myra seperti biasa.
Aidid yang masih tergamam dengan tindakan Encik Fuad yang merampas telefon bimbitnya, hanya memandang. Otaknya tak tahu apa mahu dibalas. Kosong. Tiada apa.
Encik Fuad mengambil telefon bimbitnya dan menaip soalan kepada Myra dan dihulurkan kepada Aidid.
"Adik sebenarnya, nak ke tak kahwin dengan dia?" Tanya Aidid. Membaca soalan abahnya.
"Abah ke tu?" Tanya Myra bila Aidid bertanya soalan itu.
Aidid angkat kening bertanya.
"Ya. Abah ni, adik." Jawab Encik Fuad.
Myra terus mematikan talian.
Encik Fuad memandang Aidid.
"Betulkan apa abah fikir selama ni? Adik tak lari sebab apa yang kak long cakap. Kan?" Tanya Encik Fuad kepada Aidid. Nadanya lebih pada mengugut dan mengertak.
Aidid tunduk.
"Sampai bila nak sorok macam ni?" Tanya Encik Fuad.
"Adik tunggu masa saja nak balik. Dia masih kumpul kekuatan nak balik." Jawan Aidid.
"Jadi, adik lari sebab dia mengandung?" Tanya Encik Fuad.
Aidid geleng.
"Dia tak nak keluarga kita aib. Dia tak mampu nak tengok muka abah dan ibu kecewa. Dia tak nak kita dipandang hina oleh keluarga kita yang lain." Balas Aidid.
"Kenapa masa buat tak fikir semua tu?" Tanya Encik Fuad.
"Dia fikir, abah. Tapi, dia manusia. Sebab tu, dia minta kita nikahkan dia. Dia minta kita carikan dia jodoh. Tapi, kita yang pelekehkan dia. Kita rasa dia bergurau. Kita kata dia dah gatal biji. Hakikatnya, memang dia dah gatal biji. Sebab tu, dia nak buat dengan cara yang betul. Tapi, kita yang tak serious. Jadi, dia cari sendiri. Tapi, yang dia jumpa, hanya nak tubuh dia. Dan dia, tak mampu nak lawan. Hormon dia dah spike. Dan dia curious nak tahu." Balas Aidid.
Terduduk Encik Fuad.
"Kalau nak salahkan, salahkan kita. Kita yang tak ambil serious permintaan dia. Berkali-kali dia minta untuk jauh dari kita. Ikut abang ke Melaka. Tinggal disana. Tapi, semua tak bagi. Sebab takut nanti tak ada siapa nak kawal dia. Padahal, dia minta nak ikut abang sebab dia nak lari dari budak lelaki tu." Cerita Aidid.
"Kenapa abang tak bagitahu?" Tanya Encik Fuad.
"Kalau abang bagitahu masa tu, abah rasa, apa ibu, along dan abah akan buat? Kurung adik? Macam kita buat dia selama ni? Kita tak bagi dia berkawan dengan lelaki. Kita tak bagi dia keluar dengan sesiapa pun, walaupun dengan kawan perempuan dia. Kalau pun, kita bagi dia keluar, setiap jam, ibu akan call. Suruh dia balik. Kalau abang bagitahu hal ni, apa jadi kat adik? Dia boleh jadi gila, bah. Bukan gila nak seks atau budak lelaki tu. Tapi, dia boleh jadi gila dengan perangai kita yang overprotective." Balas Aidid.
"Abah. Kita yang salah, bah. Islam ajar, bila anak perempuan baligh, carikan suami untuknya. Sebab benda ni. Kita untung. Adik lewat nak menggatal. Adik lambat hormone spike. Tapi, sebab tu, kita ingat adik memang tak ada hati nak kahwin. Sebab dia pun tak ada serious berkawan dengan mana-mana lelaki, kita rasa dia milik kita. Padahal, kita yang tak bagi dia berkawan dengan sesiapa pun. Baik lelaki atau perempuan. Kita sekat kebebasan dia. Kita lupa, dia pun manusia. Ada nafsu. Ada keinginan. Ada perasaan ingin dibelai dan dimanja. Terutama dia perempuan." Sambung Aidid.
"Biarkan adik, abah. Abang bagitahu abah sebab abah lebih rational dari yang lain. Ini, kalau along dapat tahu, mesti dia akan parang lelaki tu. Akan dipaksa kahwin dengan adik. Adik tak nak tu semua. Abah dengarkan adik kata apa. Sebab adik tu realistic. Dan dia nak lelaki tu kahwin dengan dia sebab dia. Bukan sebab Zayn." Kata Aidid.
"Kenapa adik bodoh sangat? Dah tahu lelaki tu hanya nak tubuh dia. Kenapa jumpa? Bila masa dia jumpa? Bila masa dia buat maksiat tu? Sampai ada anak?" Tanya Encik Fuad.
"Sedikit kebebasan yang kita bagi, dia guna masa tu untuk mencari sedikit kegembiraan untuk diri dia. Dia tahu, dia salah. Dia tahu, apa yang dia buat tu dosa. Dia ingat Allah. Dia ingat kita. Tapi, bila nafsu dah menguasai diri. Adik kalah, abah. Sebab fikirkan kita, adik tak bagi lelaki tu pecahkan dara dia. Tapi, dia silap. Geselan batang ke cipap dia, tetap bawa masuk sperma ke dalam rahim dia. Dan dia termengandung walaupun dia masih dara." Kata Aidid.
"Adik cerita semuanya ni?" Tanya Encik Fuad.
Aidid angguk.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.