SK 33

940 53 10
                                    

Rafa hanya memandang Myra. Dia kemudian memandang Zayn yang sedang duduk berbual dengan Rifqi dan Rania diruang tamu dari arah dapur itu.

Hubungan mereka makin rapat dek kerana dia selalu membawa Zayn datang ke rumah. Sikap Zayn yang peramah dan mudah mesra buatkan mereka mudah rapat walaupun pada mulanya ditolak oleh Rifqi dan Rania.

"Rania selalu tanya Zayn. Lama I tak bawa Zayn datang rumah." Kata Rafa.

Sejak Myra dan Zayn berpindah balik ke rumah keluarga mereka, Zayn tidak lagi dibenarkan keluar dengan sesiapa pun. Termasuklah Rafa sendiri. Malahan, Myra sendiri tak dibenarkan keluar dari rumah. Hanya terperuk didalam rumah.

Kesian melihat nasib Myra dan Zayn. Rasa menyesal berdoa agar Allah buka hati Myra untuk pulang ke pangkuan keluarga. Andai dia tahu ini akan terjadi, pasti dia tidak akan sesekali pujuk Myra untuk pulang. Pasti dia akan hasut Myra untuk terus bersembunyi dari keluarganya.

Farida memandang suaminya yang sedang asyik memandang Myra. Dia tahu kekesalan suaminya itu. Dia faham apa yang suaminya alami. Rasa bersalah dan tak berdaya.

"You datang je sini. Dekat je sini dengan rumah you. Kan?" Kata Myra.

Rafa angguk.

"You okey ke ni?" Tanya Rafa.

Myra senyum. Soalan Rafa setiap hari. Dari dulu hingga kini. Jawapan darinya saja yang selalu lain.

"You datang dengan your family. Buat Zayn happy. I happy. Kesian kat Zayn. Asyik duduk terperap dalam bilik. Cousin sendiri tak nak bergaul dengan dia." Balas Myra.

Kedatangan Rafa dan keluarga tidak disambut baik oleh Amsyah. Cuma ibunya saja yang masih melayan Rafa dan keluarga dengan baik. Amsyah akan duduk dalam biliknya atau keluar setiap kali Rafa datang. Tidak mampu melawan bila Puan Salma menyambut kedatangan mereka dengan baik.

"You dengan Izy?"

Myra angkat bahu.

Zayn yang selalu menghubungi Izy. Dia hanya menumpang jika Zayn menghalakan kamera ke arahnya bila dia dan Izy berpanggilan video. Izy langsung tak pernah menghubunginya. Hanya berkirim salam melalui Zayn.

"Dia tak ada nombor you?" Tanya Rafa bersama dengan ketawa halus.

Myra senyum.

"You masih tak berubah. Kan? Still suka buat dia macam tu." Kata Rafa bersama dengan ketawa kecil.

Farida hanya tumpang senyum. Dia tak faham maksud ketawa suaminya. Tapi, dia gembira melihat suaminya gembira. Cemburu? Tiada. Dia tahu, suaminya hanya berkawan dengan Myra. Tiada perasaan cinta. Jadi, tiada sebab untuknya cemburu.

"Assalammualaikum." Satu suara memberi salam dipagar rumah.

"Waalaikummussalam." Semua yang mendengar menjawab salam.

Myra bangun dan terus menuju ke arah pintu. Dia memerhati sekumpulan manusia yang berbaju batik yang lelakinya dan berbaju kurung yang perempuannya. Dia tak kenal tapi dia tetap pergi ke arah mereka.

Saat dia sampai dipagar rumah, seorang lagi lelaki keluar dari kereta yang baru berhenti dihadapan pagar rumahnya. Dia kenal lelaki itu. Bakhtiar. Kawan Amsyah.

Kumpulan yang tadi memandang Bakhtiar. Bakhtiar hanya senyum.

"Inilah Myra." Kata Bakhtiar.

"Abang Bakh. Masuklah. Nanti Myra panggil along." Kata Myra dan membuka pagar rumah untuk mempersilakan tetamu masuk. Dia meletakkan tangan dibahu tanda salam. Maklumlah. SOP covid perlu dipatuhi.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now