"Awak, naik dululah. Saya nak pergi beli barang kejap." Kata Izy.
"Nak ikut." Rengek Myra.
"Eh. Saya nak beli barang. Kejap je. 7eleven selang berapa kedai je ni." Tolak Izy.
"Saya pun nak beli barang."
"Awak nak beli apa?"
"Pad." Bisik Myra ke telinga Izy.
"Jom Zayn kita naik. Nak muntah tengok ibu dengan ayah kamu ni." Kata Puan Salma mengusik anak dan menantunya.
Izy ketawa. Myra juga.
"Ni kunci bilik ibu. Lift kat sana. Boleh ke ibu naik berdua dengan Zayn ni?" Tanya Izy sambil menghulur kad untuk bilik Puan Salma dan Zayn.
"Boleh." Jawab Puan Salma sambil mengambil kad ditangan Izy.
Namun, Izy dan Myra tetap mengikut langkah Puan Salma dan Zayn. Izy membawa semua beg mereka. Bukan berat pun. Pakaian cukup untuk semalam tidur saja. Lagipun, kali ini mereka tak jalan jauh. Hanya di Shah Alam.
Usai meletakkan beg ke bilik Puan Salma dan Zayn, mereka masuk ke bilik mereka. Letak beg dan mereka turun.
"Kenapa tak bagitahu period. Rugi betul." Kata Izy. Lebih pada mengusik.
"Sampai hati. Habis tu, kalau period tak boleh duduk hotel ke?" Balas Myra.
Izy memeluk pinggang Myra.
"Boleh. Tapi, kalau kat hotel je boleh dengar my baby moan." Bisik Izy ditelinga Myra. Dia gigit tudung yang dipakai oleh Myra.
Myra memukul lengan Izy dan dia membuka pelukan Izy. Dia terus berjalan mendahului Izy. Dia segan diperlakukan sebegitu didepan khalayak. Walaupun tak ada orang dihadapan mereka.
Izy ketawa kuat. Tahu Myra memang begitu. Mujur sejak nikah ini, Myra mahu menyimpul tangan berjalan dengannya. Jika dulu, jangan harap. Siap jalan berjarak.
Mereka masuk ke kedai serbaneka 7eleven. Izy hanya membiarkan Myra mengambil segala yang dia inginkan. Dia hanya mengikut dibelakang.
"Meggi tak payah lah, baby." Kata Izy.
Entah kenapa. Meggi seperti makanan wajib untuk Myra ambil setiap kali mereka duduk dihotel. Alasannya, nanti lapar. Ajaibnya, meggi pasti habis jika dibandingkan dengan makanan lain.
"Heh. Boleh caya ke awak tak nak?" Ejek Myra.
"Ye la. Malam ni kan. Tidur je. Awak period. Bukan boleh berentap." Balas Izy.
Myra mencebikkan mukanya. Mengusik Izy.
Izy ketawa.
"Ye la. Tau aja baby saya ni." Kata Izy sambil mencuit hidung Myra.
Myra ketawa.
Usai itu, mereka terus ke kaunter untuk bayar. Izy membawa barang-barang yang dibeli. Saat keluar dari 7eleven.
"Izy." Satu suara menegur.
"Myra." Suara itu menegur Myra juga.
"Eh. Rosma." Sahut Myra.
Myra mengenali Rosma. Aidid pernah membawa Rosma berjumpa dengannya sebelum ini. Rosma 5 tahun lebih muda darinya. Pernah dia menyakat Aidid. Takkan nak panggil Rosma kakak.
Myra senyum.
"Lama tak jumpa, kan? Myra nikah hari tu, tak sempat nak datang. Mana suami?" Tanya Rosma.
Myra menunjukkan ke arah Izy.
"Izy?" Tanya Rosma.
Myra angguk.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.