SK 27

1K 62 8
                                    

"Zayn!!! Pakcik sampai dah ni." Myra memanggil Zayn yang sedang bersiap didalam biliknya. Namun, matanya tak lari dari lelaki depannya itu.

"Zayn dah kat sinilah, ibu." Kata Zayn sambil memandang pelik Myra yang sedang merenung Izy.

"Pakcik awak ni dah buang tebiat ke?" Tanya Myra. Matanya masih kepada Izy yang berpakaian badut tapi belum dimake up seperti badut. Hanya berbaju badut.

"Ibu. Ibu. Tengok Zayn ni." Kata Zayn menarik-narik baju Myra agar memandangnya.

"Astagfirullahalazim. Apa hal anak beranak ni?" Tanya Myra. Terkejut Zayn juga turut berpakaian sama.

Izy ketawa dengan reaksi Myra itu. Zayn turut sama ketawa.

"Kami nak pergi kerja." Kata Zayn.

"Kerja apa?" Tanya Myra. Matanya memandang Izy. Keningnya diangkat.

"Ada party. Orang minta service badut untuk hiburkan kanak-kanak. Kawan saya tak dapat buat. Jadi, dia minta tolong saya." Kata Izy.

"Covid ni. Party apa?" Tanya Myra. Tak senang bila Zayn turut sama diajak ke party tersebut. Bahaya.

"Awak jangan nak paranoid sangat. Saya jaga anak kita. Party tu kecil je. Antara ahli keluarga dorang." Balas Izy.

"Still bahaya." Kata Myra.

"Awak..."

"Kalau awak nak buat kerja tu, pergilah. Jangan bawa Zayn. Apa-apa jadi kat dia. Macam mana? Siapa yang susah? Saya juga." Balas Myra.

"Awak. Takkan saya nak bahayakan anak saya. Saya nak dia belajar dari kecil. Jangan malu buat kerja halal. Biar dia belajar susah payah cari duit." Kata Izy.

"Tak."

"Awak...."

"Apa pun, tak. Banyak lagi cara nak dapatkan duit. Jangan nak bahayakan nyawa dia." Kata Myra memeluk kepala Zayn.

"Ibu. Bolehlah. Zayn janji ikut sop." Pujuk Zayn pula.

"Zayn diam. Jangan nak menyampuk. Apa-apa jadi kat Zayn, ibu macam mana? Tak sayang ibu dah ke?" Balas Myra. Suaranya sedikit tinggi.

"Awak." Tegur Izy.

"Awak cakap tak apalah. Apa-apa jadi kat Zayn, saya boleh jadi gila tau tak? Dia je yang saya ada. Susah payah saya mengandungkan dia. Jaga dia. Seorang. Awak ingat senang?" Balas Myra.

"Awak. Dengar cakap saya ni." Kata Izy.

Myra memandang Izy. Kening diangkat. Menunjukkan ke arah tangan Izy yang sedang memegangnya itu.

Izy melepaskan bahu Myra.

"Awak dah buat tugas awak selama ni. Biar saya pula jalankan tanggungjawab saya. Tak apa kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Tapi saya tetap nak jalankan tanggungjawab saya. Ini cara saya nak didik anak kita. Awak kena percaya kat saya. Saya takkan buat anak kita dalam bahaya." Kata Izy. Memandang tepat ke anak mata Myra. Cuba menyakinkan Myra.

Myra diam. Berfikir sejenak sebelum dia memberi keputusan.

"Biar saya ikut. Awak pergilah masuk kereta dulu. Saya nak bersiap." Putus Myra.

Izy angguk.

Dia dan Zayn berjalan turun ke keretanya. Masuk saja dalam kereta, terus Zayn bertanya.

"Pakcik ni bapa kandung Zayn ke?" Tanya Zayn.

"Itu, Zayn kena tanya ibu." Jawab Izy.

Dia mahu kata 'ya' tapi dia sendiri tak pasti. Myra tak pernah berikan jawapan yang pasti untuk soalan itu. Dia yang pilih untuk percaya Zayn anak dia. Kerana rasa sayang Zayn.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now