SK 35

986 60 8
                                    

"Menung apa?" Tanya Kimi.

Izy geleng.

"Myra?"

Izy mengeluh.

"Ni nasihat aku. Kalau keluarga dia tak terima, baik tarik diri. Perkahwinan ni, involve 2 hati dan 2 keluarga. Keluarga kau? Okey ke?" Kata Kimi.

Izy angguk.

"Keluarga kau okey pun, kalau keluarga dia tak. Payah. Terutama orang macam Myra. Family person. Apa-apa hal, dia mesti dulukan keluarga dia. Kau yang tertekan nanti. Ini pun, belum apa-apa, kau dah jadi macam ni. Tak payahlah Izy. Lupakan je Myra tu." Nasihat Kimi.

Izy diam.

Kalau semudah itu boleh melupakan Myra, dah lama dia lupakan. Dari dulu. Sebelum dia sedar perasaannya. Sebelum dia tahu kewujudan Zayn.

"Kalau kau fikirkan sebab Zayn, keluarkan sikit duit kau. Buat DNA test. Sahkan betul ke Zayn anak kau? Myra sendiri belum bagi kata pasti. Kan?" Sambung Kimi.

Telefon Izy berbunyi. Segera dia menjawab panggilan video dari Zayn. Terlupa dia waktu ini sepatutnya dia menelefon Zayn. Memikirkan Myra, lupa sebentar tentang Zayn.

"Ayah tak sihat ke?" Tanya Zayn.

"Ayah sihat. Ayah tengah bersembang dengan Pakcik Kimi ni." Jawab Izy sambil menunjukkan kamera ke arah Kimi.

"Hai Pakcik Kimi." Tegur Zayn.

Izy memberikan telefon kepada Kimi. Membiarkan Kimi bersoal jawab dengan Zayn. Dia ke tandas sebentar. Terasa nak terkencing yang tak boleh ditahan.

Keluar saja dari tandas, Kimi sedang menunggunya. Telefon telah terletak dikatilnya.

"Zayn kata, paklong dia panggil." Kata Kimi tanpa ditanya.

Izy mengeluh.

Kesian dengan nasib anaknya yang seorang tu. Zayn selalu bercerita tentang paklong yang selalu menghinanya. Tentang Amsyah yang selalu menjerit dan menengkingnya. Tentang sepupunya yang selalu mengejeknya.

"Kenapa?"

Izy geleng. Tak baik menceritakan tentang keburukan perangai keluarga Myra. Andai dia dan Myra berjodoh, itu juga adalah keluarganya. Maka, aib itu perlu dijaga.

"Asalnya aku nak cakap dengan kau. Lupakan Myra. Tapi, aku rasa, kau perlu usaha untuk dapatkan Myra. Untuk Zayn." Kata Kimi.

Izy memandang Kimi. Berkerut.

"Aku rasa, Zayn anak kau. Muka dia, iras muka kau. Tak banyak. Sikit je. Tapi, memang ada muka kau tu." Kata Kimi.

Pertama kali dia bercakap dengan Zayn. Walaupun hanya panggilan video, tapi, dia nampak wajah Zayn yang mirip Izy. Terutama matanya.

"Maaf. Bukan Zayn yang matikan panggilan. Aku yang matikan. Masa tengah cakap dengan Zayn, ada orang jerit panggil dia. Aku dengar orang tu marah dia. Panggil dia anak haram. Zayn sebut paklong. Tu yang aku matikan. Aku tak sanggup dengar makian paklong dia." Kata Kimi.

Menitis air mata Izy. Dia boleh bayangkan keadaan Zayn. Dia sendiri Amsyah buat macam sampah. Apatah lagi Zayn.

Kimi senyum segaris. Hatinya dapat merasai sakitnya hati Izy saat ini.

"Aku tak tahu nak buat macam mana dah. Aku nak jumpa Myra dengan Zayn pun tak boleh. Setiap kali aku datang, pasti kena halau. Kena maki. Sampaikan kalau dapat nampak dari jauh pun, dah terasa syukur. Kalau dorang keluar, tu sebab abang ngah dia panggil. Atau masa along dia tak ada kat rumah." Cerita Izy.

"Kenapalah kisah kau dengan Myra ni rumit sangat. Sebab tu aku nak kata dekat kau, give up je. Cari je perempuan lain kalau kau nak sangat beristeri. Tapi, dengan apa yang jadi kat Zayn tadi, aku rasa, kau kena dapatkan Myra juga. Bawa keluar Zayn dari situ." Kata Kimi. Cuma merangsang semangat Izy.

"Aku tak tahu. Myra dah tunang pun." Kata Izy.

"Ha?" Terkejut Kimi.

"Dengan siapa? Bila?" Tanya Kimi.

"Dengan pilihan along dia." Jawab Izy.

"Myra setuju?"

Izy angkat bahu.

"Myra cakap apa?"

Izy angkat bahu.

"Kau tak tanya dia?"

Izy geleng.

Kimi turut geleng.

"Tanyalah dia." Nasihat Kimi.

"Nak tanya macam mana? Jumpa pun tak. Nombor telefon dia pun aku tak ada." Balas Izy.

Kimi tepuk dahi.

"Oi. Orang kalau mula mengorat, nombor telefon minta dulu tau. Apalah kau ni. Habis tu, selama Myra duduk rumah mak dia ni, kau tak pernah bercakap pun dengan Myra?" Tanya Kimi.

"Adalah bercakap. Bertanya khabar masa tengah video call dengan Zayn. Macam tu je la." Jawab Izy.

Kimi geleng. Tak tahu apa lagi mahu dikatakan. Sakit hati dengan perangai Izy. Dia boleh saja minta nombor Myra daripada Zayn. Takkan benda mudah begitu pun, dia kena bagitahu.

Myra pun sama. Langsung tiada usaha untuk hubungan mereka berkembang. Tapi, dia tak salahkan Myra sangat. Mungkin Myra memang tak mahu terima lamaran Izy. Lagipun, Izy kata, Myra belum putuskan apa-apa.

Tapi sekarang, sudah menjadi tunangan orang. Dosa mengganggu tunangan orang. Nak kata apa lagi? Izy kena terima. Jodohnya bukan dengan Myra.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now