"Kalau tak putus, kitorang dah nak nikah dah. Bulan ni. 28hb. Tapi, dia buat saya macam ni. Dia kata saya gatal. Pujuk dia sampai dia setuju nak nikah dengan saya. Sampai hati dia, wak. Kata saya gatal."
Kisah yang Izy ceritakan selepas mereka melakukan perbuatan terkutuk dulu masih segar dalam ingatan Myra. Masih terngiang suara Izy menangis. Masih dia ingat bagaimana dia memujuk Izy supaya bersabar. Masa tu, hubungan mereka masih baru. Dia tak kenal Izy lagi. Dia tak tahu bagaimana harus memujuk Izy.
Myra menarik nafas panjang dan dilepaskannya kasar.
"Apa nak buat ni?" Tanya Myra kepada dirinya sendiri.
"Myra, try to put yourself in Izy shoes. What you expect me to do?" Kata Myra sendirian.
"Ibu kenapa?" Tanya Zayn yang baru masuk ke ruang tamu. Dia keluar untuk mengambil air didapur.
Myra geleng.
"Zayn, esok dah start sekolah. Kan? Orientation semalam, best ke?" Tanya Myra.
"Kan ibu dah tanya semalam. Kenapa tanya lagi?" Tanya Zayn. Berkerut dahinya.
"Ye ke?"
Zayn angguk.
"Tak pe lah. Zayn siap-siap apa yang patut. Ibu macam tak sihat lah. Ibu rest dulu la." Kata Myra.
Dia masuk ke dalam biliknya. Membuka penghawa dingin. Dan dia hanya duduk diatas katil. Masih memikirkan soalan yang sama sejak lebih seminggu yang lalu.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Rafa tertera di skrin. Dia menjawab malas.
"Zayn sekolah esok. Jangan nak mengada ambil dia. Kecuali you nak jadi supir. But, let me and Izy buat kerja tu in his first day at school." Kata Myra tanpa tenaga sebaik panggilan bersambung.
"Betullah Zayn kata you tak sihat. Kenapa ni?" Tanya Rafa.
"What will you do, if your wife' ex muncul?" Tanya Myra.
"Sorry beb. I'm her first love." Jawab Rafa bersama ketawa yang jelas.
"Untunglah. I hope, I'm the only person in his heart too." Balas Myra.
"Something happen? Kenapa? Izy main kayu 3 ke?" Tanya Rafa. Risau.
"Not yet. Maybe." Jawab Myra.
"Maybe? You gila ke? You dah kahwin lah. Apa yang maybe nya? Tak ada maybe. You kena pertahankan perkahwinan you ni." Nasihat Rafa.
"Buat apa nak pertahankan kalau hati dia kembali kepada ex dia. And, it happen. His ex is abang's girl." Balas Myra.
"What?!"
"Ya."
"Izy cakap apa?"
"Tak ada pape."
"You tengah period. Kan? Hormon tu. Jangan overthinking." Nasihat Rafa.
"What if it happen?"
"It not happen yet."
"What if?"
"Suruh abang kahwin dengan girl dia tu. Settle."
"Nope. Makin kerap jumpa. Makin dekat. Makin cepat feeling tu berbunga kembali."
Rafa mengeluh. Ada kebenaran pada kata-kata Myra itu.
"Then? You nak buat apa?" Tanya Rafa.
"I don't know." Balas Myra.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.