"Pergi mana pula kali ni?" Tanya Amsyah.
"Kuala kubu." Jawab Puan Salma.
"Asyik berjalan je. Tak reti duduk rumah ke?" Kata Amsyah.
"Adik kan suka duduk hotel. Izy ikutkan je." Balas Puan Salma sambil menyusun pakaian yang telah diletakkan diatas katil ke dalam beg.
"Banyak pula duit. Ke pakai duit ibu? Tu yang ajak ibu sekali." Tuduh Amsyah.
Puan Salma gelengkan kepala. Malas mahu melayan buruk sangka Amsyah.
"Ye la tu. Along bagi duit kat ibu, bukan suruh bagi dekat dorang." Marah Amsyah.
"Bila pula ibu bagi? Dorang pakai duit dorang. Lagipun, bukan dorang duduk hotel mahal pun. Hotel murah saja. Tapi, hotel yang elok." Balas Puan Salma.
Amsyah mencebik.
"Gaji kecil tapi berlagak macam banyak sangat duit." Kata Amsyah.
"Biarlah, long. Dorang nak buat apa pun. Hidup dorang. Pandai-pandailah dorang uruskan. Kita ni, doakan dorang bahagia." Nasihat Puan Salma.
"Along tak kisah kalau tak menyusahkan ibu. Ini musim pendamik ni. Bawa ibu ke sana ke mari. Nak suruh jaga anak dorang la tu." Balas Amsyah.
"Ibu yang nak ikut. Dorang pun tak suruh ibu jaga Zayn. Adik jaga anak dia sendiri. Tidur je, Zayn tidur sebilik dengan ibu. Itu pun, lepas adik dah siap tidurkan Zayn, baru adik balik bilik dia." Terang Puan Salma.
"Bodeklah tu. Pastu, minta duit ibu. Bayar hotel. Makan. Semua. Kan?" Balas Amsyah.
"Sesen pun duit ibu tak keluar. Dorang tak minta pun. Along. Sudah-sudahlah tu. Dah jodoh adik dengan Izy. Izy tu pun, baik orangnya. Sabar dengan adik. Langsung tak berkasar dengan adik. Cukup makan pakai dia sediakan." Balas Puan Salma pula.
"Setakat cukup. Kalau Bakh, lebih dari cukup. Bukan hotel murah, hotel mahal-mahal dia boleh bawa. Just name it." Kata Amsyah.
"Along. Setiap orang itu, ada kelebihan dia. Rezeki masing-masing. Jodoh yang telah ditetapkan. Kenapa yang asyik nak mengungkit? Sudah-sudahlah along. Terima Izy tu sebagai adik ipar. Sebahagian dari ahli keluarga kita." Pinta Puan Salma.
"Sampai bila-bila, along takkan terima dia. Sebab dia, nama kita sekeluarga busuk. Sebab dia, kita hilang adik." Tegas Amsyah.
"Along lupa? Ha? Along lupa apa punca adik pergi? Kalau tak sebab mulut Linda, adik tak keluar rumah ni." Suara Puan Salma dah mula meninggi.
Hatinya sakit. Amsyah tak habis-habis dengan dendamnya terhadap Izy. Tak terima Izy bermakna tak terima keputusan yang dia lakukan. Tak terima ketentuan yang Allah dah tetapkan.
"Itu apa yang kita rasa. Rupanya apa? Sebab adik mengandung." Balas Amsyah. Mula rasa tak senang dengan perkara yang diungkit oleh Puan Salma.
Puan Salma geleng.
"Adik dah lama makan hati dengan Linda. Sejak kamu kahwin, Linda selalu kata dia bebanan. Along tak bagitahu ke kat isteri along tu. Kenapa adik tak kerja? Bukan along ke yang tak bagi? Bukan kita ke yang tak bagi? Along janji, along bagi apa je adik nak. Asalkan adik duduk rumah, jaga ibu dengan abah? Tapi, berapa banyak yang adik minta kat along? Sebab apa? Sebab minta dekat abang lagi senang dari minta dekat along. Padahal, along yang janji nak jaga adik. Tapi, bila adik minta apa-apa, banyak pula soalan along." Kata Puan Salma.
"Mestilah nak tau. Kenapa dia nak benda tu semua. Takkan nak main beli je." Balas Amsyah.
"Abang belikan je. Tak banyak soal. Macam, along belikan semua benda yang Amru minta. Apa saja. Macam tu juga abang jaga adik. Sekurang-kurangnya, adik tak minta benda mengarut. Tak minta selalu. Sebab dia tahu, dia hanya meminta. Padahal, along yang janji dengan dia. Nak bagi apa saja yang dia nak." Balas Puan Salma.
"Along. Abang pujuk adik. Bagitahu kita dia mengandung. Hari yang dia nak bagitahu tu, hari yang Linda kata dia tak guna. Linda kata, adik tahu menjalang. Menghabiskan duit along." Puan Salma berhenti sejenak. Mencari nafas. Mengawal emosinya dari mempengaruhi kata-katanya.
"Ni. Ibu nak tanya. Berapa banyak duit along dah habis untuk adik? Berapa banyak along dah keluarkan duit untuk keluarga kita? Along hulur kat ibu dengan abah, RM200 seorang. Tu je. Barang dalam rumah ni, sebulan sekali je along beli. Lauk semua, pakai duit abah dan ibu. Kalau barang tak cukup. Pakai duit abah dan ibu. Ada kami pernah ungkit? Tak pernah. Sebab duit, tak bawa pergi mana-mana. Tapi isteri along kata apa? Adik menyusahkan. Bebanan. Tu tak sama macam kata kat abah dan ibu ke?" Sambung Puan Salma.
"Didik isteri along tu. Jangan rasa duit adalah segalanya. Kalau setakat RM1000 yang along keluarkan setiap bulan untuk keluarga ni, ibu tak hadap. Bukan ibu nak kata besar. Tapi, abah dengan ibu keluarkan nak bagi kita semua makan, lagi banyak. Kalau pun along tak beli barang dalam rumah ni. Tak hulur duit kat ibu dan abah. Kami tetap mampu nak sara hidup kita." Sambung Puan Salma lagi.
Dia hanya memerhati perilaku Amsyah. Sejak berkenalan dengan Linda, Amsyah banyak berubah. Dan sejak mereka berkahwin, perangai Amsyah makin teruk. Tapi, dia hanya diamkan saja.
Bila Myra mengadu, dia hanya minta anak bongsunya itu bersabar. Terima Linda seadanya. Tapi hari ni, dia lepaskan segalanya.
"Along. Muhasabah diri. Cari diri along balik. Along yang ibu kenal, yang ibu didik dari kecil, bukan macam ni. Along makin hilang sifat berperikemanusiaan. Along dah makin jauh dari rasa syukur. Mana rasa redha along? Along, duit bukan kunci kebahagiaan. Duit hanya medium untuk mengecapi bahagia." Suara Puan Salma makin rendah. Memujuk anak sulungnya itu.
"Adik dengan Izy, itu cara mereka nak rasa bahagia. Mereka bahagia dengan apa yang ada. Betul. Izy tak mampu nak bagi kemewahan untuk adik. Tapi, adik tak minta mewah. Adik minta bahagia. Along patut tengok adik. Bahagia. Ibu suka tengok adik sekarang. Sentiasa tersenyum. Sentiasa bersemangat. Ceria saja. Ibu rasa, itu yang along nak. Kan?" Kata Puan Salma sambil menepuk bahu Amsyah.
"Baru kahwin. Biasalah ibu. Bahagia. Masih honeymoon orang kata. Tunggulah bila dah ada masalah." Balas Amsyah.
"Sebaik dorang nikah, dah ada masalah yang paling besar dalam rumahtangga dorang. Along tak tahu, kan? Sampai sekarang, masalah tu masih ada. Ada along ambil tahu?" Tanya Puan Salma.
Amsyah memandang ibunya. Bertanya tentang perkara yang dia tak tahu.
"Jadilah along yang lebih baik. Along yang dulu. Yang rapat dengan adik. Yang peduli tentang adik. Walaupun, adik lagi rapat dengan abang, tapi, adik selalu kan bercerita dengan along? Pernah perasan tak? Sejak bila adik berhenti bercerita dengan along? Sejak bila along jadi seorang pemendam? Along dah tak share cerita dengan sesiapa. Along yang konon-konon tabah ni." Lembut saja suara Puan Salma memujuk Amsyah.
"Along...." Amsyah hilang kata.
"Kenal dengan Izy. Ibu tak pilih Izy. Arwah abah yang pilih Izy. Bila ibu kenal dengan Izy lepas dorang nikah, ibu tahu kenapa abah pilih Izy. Along pun kena buka hati along terima Izy. Terima Zayn. Terutama Zayn. Itu darah daging kita. Tanggungjawab along. Zayn memang anak Izy. Tapi, kalau apa-apa jadi kat adik, Zayn tanggungjawab kita. Bukan Izy. Hukum kata, Izy bapa tiri Zayn walaupun Izy bapa kandung Zayn. Along tahu tu. Kan?" Tanya Puan Salma.
Amsyah angguk.
"Dahlah. Pergi tidur. Ibu pun nak tidur. Esok lepas subuh, Izy nak datang ambil ibu. Kami nak pergi mandi air terjun. Tidur sana. Izy selalu pesan, ajak along. Kalau along nak ikut, jomlah." Kata Puan Salma.
Amsyah geleng.
"Tak apalah kalau along nak ikut. Tapi, kalau along ubah fikiran, siap-siap je. Esok lepas subuh kita gerak." Kata Puan Salma.
Dia meletakkan begnya ke tepi katil. Kemudian, dia duduk dikatilnya. Membaca doa dan dia terus baring. Tak menghiraukan Amsyah yang masih duduk diatas katilnya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.