Dengan perlahan, Zayn membuka pintu bilik Myra. Dia melihat ibunya yang sedang mengerekot diatas sejadah. Dari gaya ibunya, dia tahu, ibunya tidak mampu mengawal perasaannya.
"Ibu rindu atok?" Tanya Zayn. Dia baring mengereng menghadap Myra.
Myra angguk.
"Zayn pun sama." Balas Zayn.
"Zayn rasa, ibu patut balik sana?" Tanya Myra pula.
Zayn angkat bahu. Dia tak tahu. Tapi dia tahu satu perkara. Ibunya selalu mengingati datuk dan neneknya. Dalam doa ibunya selepas solat, semua doa untuk datuk dan neneknya serta pakcik-pakciknya. Tiada doa untuk mereka berdua.
"Ibu rindu dorang." Kata Myra. Suara tangisan Myra makin jelas.
"Kalau ibu tak sedia lagi, kita pergi lawat dorang ya. Macam selalu." Kata Zayn sambil memeluk Myra.
Lama setelah dia tenang. Barulah Myra angguk dan setuju. Barulah mereka bangun dan bersiap untuk ke rumah orang tua Myra.
"Kita nak bawa apa hari ni?" Tanya Myra. Dia langsung tak menyiapkan apa-apa buah tangan untuk keluarganya.
"Zayn ada lukis gambar Zayn dengan ibu semalam. Dah siap." Kata Zayn
"Zayn nak bagi lukisan itu kat atok?" Tanya Myra.
Zayn angguk. Sememangnya dia melukis untuk diberikan kepada atok dan neneknya bila mereka datang melawat.
"Atok mesti rindu kat kita juga. Kan, ibu?" Kata Zayn.
Myra hanya angguk.
Myra menempah perkhidmatan grab. Dia tak mahu membawa keretanya. Dia tak nak keluarganya sedar kehadirannya.
Sesampai sahaja dirumah orang tua Myra, Myra meminta pemandu grab itu berhenti tidak jauh dari rumah itu. Dia melihat keadaan sekeliling. Masih sama. Dia mengintai sekiranya ada kelibat ibunya diluar. Tiada.
"Pergilah Zayn." Kata Myra sambil menahan air matanya dari mengalir.
Zayn keluar. Menggulung kertas lukisan dan diletakkan dipagar rumah itu. Dia kemudian membunyikan loceng rumah dan terus berlari masuk ke dalam kereta semula.
Tak lama kemudian, seorang perempuan keluar bersama seorang kanak-kanak kecil. Sebaya Zayn.
Makin laju air mata Myra mengalir. Melihat kakak iparnya dan anak buahnya. Kelihatan ibunya dipintu rumah.
Zayn memeluk ibunya.
"Dah encik. Boleh jalan." Kata Myra sebaik saja kakak iparnya masuk semula ke dalam bersama lukisan yang diberikan oleh Zayn.
Terubat rindunya kepada keluarganya. Walaupun tak semua yang dapat dia lihat. Cukuplah. Dapat melihat wajah ibunya dari jauh. Sudah memadai. Seandainya ibunya tak keluar. Dapat melihat rumah itu saja sudah cukup. Sudah rasa dia dekat dengan keluarganya.
Keluarga yang amat disayanginya. Yang terlalu dirinduinya. Merekalah racun. Mereka jugalah penawarnya.
"Zayn kena sayang atok, tokwan, paklong, maklong dan pakngah selalu tau. Sepupu-sepupu awak. Jadikan mereka keutamaan Zayn lepas ibu dah tak ada nanti. Ingat pesan ibu ni. Macam mana pun, itulah keluarga kita. Darah daging kita. Selalu dulukan mereka. Lebih dari kepentingan kita. Ya?" Pesan Myra dan mengucup dahi Zayn yang masih memeluknya.
Zayn angguk. Dia sudah selalu mendengar nasihat itu. Setiap kali. Ianya sudah terpahat didalam benaknya sejak dulu lagi.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.