SK 9

1.4K 92 5
                                    

"Ibu!" Zayn terus memeluk ibunya sebaik saja sampai dirumahnya.

"Aish. Awak tu entah dari mana-mana. Peluk ibu. Kan ibu dh kena mandi juga. Awak ni lah." Marah Myra.

Zayn hanya ketawa.

"Pergi mandi dulu. Ish la awak ni." Arah Myra.

"Zayn sayang ibu."

"Daddy awak gulai apa ni? Tiba-tiba balik peluk ibu?" Tanya Myra.

"Tak ada apa. Rahsia lelaki." Kata Zayn dan terus masuk ke tandas.

Myra geleng kepala. Dia ke bilik Zayn dan mengambil tuala untuk Zayn. Sempat juga dia menyambar tuala untuknya juga.

Tok! Tok! Tok!

Myra segera ke pintu. Pasti Rafa ada sesuatu  tertinggal untuk Zayn.

"Anything you?" Tanya Myra sebaik pintu dibuka.

Namun, matanya terbeliak seketika. Tapi kemudian, dia kembali seperti biasa. Bukan Rafa dipintu rumahnya.

"Zayn ada?" Tanya lelaki itu.

"Zayn mandi." Jawab Myra.

"Ooo... Nah. Bagi dia." Kata lelaki itu dan  menghulurkan sebungkus plastik kepada Myra.

"Ibu! Tuala." Jerit Zayn.

Myra segera ke tandas tanpa menyambut huluran Izy tadi. Dia menyerahkan tuala itu kepada Zayn.

Zayn ambil dan mengelap badannya. Usai itu, dia mahu ke biliknya. Tapi, bila melihat pintu rumah terbuka, dia memandang ke luar dan ternampak Izy.

"Pakcik!"

Zayn berlari mendekati Izy. Memeluk Izy. Menghulur salam. Menyalami dan mencium tangan Izy. Penuh hormat.

"Nah. Pakcik bawa apam balik." Kata Izy.

"Terima kasih, Pakcik." Ucap Zayn dan mengambil plastik ditangan Izy.

"Zayn meminta-minta ke?" Tanya Myra yang menurut Zayn ke pintu.

Zayn geleng.

"Tak adalah. Saya teringat kat dia. Tu saya datang. Saja bawa buah tangan untuk dia. Saja je." Kata Izy. Menjawab bagi pihak Zayn.

Myra angguk.

"Baiklah. Saya pergi dulu." Kata Izy.

Myra angguk.

Zayn sekali lagi menyalam dan mencium tangan Izy. Izy memeluk Zayn dan mencium dahi Zayn. Myra hanya memandang.

"Zayn, pergi mandi semula. Basuh tuala tu. Nanti ibu ambil tuala baru." Kata Myra.

"Zayn suka pakcik. Pakcik baik." Kata Zayn.

"Zayn nak ibu kahwin dengan pakcik ke?" Tanya Myra.

"Kalau ibu nak."

"Pakcik nak ke?"

"Ya lah. Kalau pakcik dan ibu nak."

Myra geleng kepala.

"Zayn. Jangan letak harapan pada sesiapa pun. Awak tahu keadaan ibu. Ibu ni perempuan tercemar. Tiada lelaki yang nak. Kecuali untuk memuaskan nafsu dia saja. Dan susah nak jumpa lelaki yang boleh terima ibu dan awak." Kata Myra.

"Tapi, ibu..."

"Zayn. Dengar cakap ibu. Ibu mungkin tak mampu beri kesempurnaan yang awak nak. Tapi, ibu cuba sedaya upaya ibu buat awak tak rasa kurang kasih sayang. Kita ada kita je. Ibu jaga Zayn. Zayn jaga ibu." Kata Myra lagi.

"Kalau pakcik nak?"

"Zayn." Myra memberi amaran.

Zayn tunduk. Dia tahu, dia perlu patuhi permintaan ibunya itu.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now