SK 15

1.3K 78 4
                                    

"Nak pergi mana?" Tanya Kimi, rakan serumah Izy.

"Pergi jumpa Zayn." Jawab Izy.

"Farhan dan Fahrin. Kau tak nak jumpa?" Tanya Kimi. Saja mengingatkan Izy tentang anak kandungnya.

Sejak dia kenal dengan Izy, Izy hidup seperti orang bujang. Yang belum berkahwin. Bila dia ada masa lapang, tak habis-habis dengan game. Sanggup ke sana sini untuk mencari pokemon.

"Bukan aku tak nak jumpa. Mak dorang yang tak pernah bagi." Balas Izy.

Kimi senyum segaris.

Kerana gaya hidup Izy, dia lupa yang sebenarnya Izy bermain game hanya untuk buat hidupnya terisi. Cuma ada satu ketika, dia nampak Izy berubah sedikit. Seperti hidupnya terisi dengan sesuatu. Tapi, tak lama. Selepas itu, hidup Izy kembali seperti sebelum ini. Malahan lebih teruk dari sebelum ini. Dan kini, hidupnya seperti kembali terisi dengan kehadiran Zayn.

Semua gara-gara bekas isteri dan bekas tunang Izy.

Bekas isteri yang tak izinkan dia berjumpa dengan anak-anaknya. Mujur isterinya berkahwin lain dengan seorang lelaki yang baik hati. Suami bekas isteri Izy yang selalu membawa anak-anak berjumpa dengan Izy. Sejal kecil.

Tapi, mana nak sama berjumpa sebulan sekali dengan berjumpa setiap hari. Izy dianggap seperti orang luar walaupun mereka tahu itulah bapa kandung mereka. Sedangkan Khairul, bapa tiri anak-anaknya, dihormati seperti bapa kandung mereka.

Pernah juga dia mencadangkan Izy untuk menuntut hak untuk berjumpa anak-anaknya di mahkmah. Tapi kata Izy.

"Dari duit tu habis ke mahkamah, baik duit tu aku bagi kat anak-anak aku. Boleh bagi dorang makan dan pelajaran."

Kimi terpaksa setuju. Dia juga fikirkan hal yang sama. Lagipun, Izy hanya mahu berjumpa anaknya. Dia sendiri tahu kemampuan dirinya. Dia tak mampu untuk mendidik anak-anaknya tanpa kehadiran seorang isteri. Bukan dari segi kewangan. Wang boleh dicari tetapi, masa dan tumpuan itu yang dia tak mampu nak berikan.

"Lepas jumpa Zayn, memang aku nak jumpa Khairul. Nak bagi duit nafkah anak-anak aku. Kalau budak-budak tu nak ikut, adalah dia bawa. Kalau tak, tak apalah." Kata Izy.

Khairul pun tak boleh memaksa. Anak-anak dah besar. Yang sulung berusia 13 tahun. Manakala adiknya 12 tahun. Anak lelaki. Lebih suka duduk dirumah dan bermain game.

Dia pun tak mengharapkan banyak. Asalkan anak-anaknya dididik dan dijaga dengan elok.

Izy keluar. Rasa tak sabar untuk berjumpa dengan Zayn. Sempat dia singgah memberi takoyaki ditepi jalan.

"Pakcik!" Zayn memeluknya.

"Nak bawa Zayn keluar ke?" Tanya Myra yang turut sama dipintu rumah.

"Boleh ke?" Tanya Izy. Memandang Myra.

"Boleh ke, ibu?" Tanya Zayn. Zayn memandang ibunya penuh harapan.

"Kalau Zayn nak. Tak ganggu pakcik. Bolehlah. Tapi, jangan meminta-minta." Pesan Myra.

"Saya tak sibuk hari ni. Tak ada apa pun nak buat." Kata Izy. Teruja.

Myra angkat kening.

"Boleh ke Zayn nak jalan-jalan dengan pakcik?" Tanya Zayn kepada Izy.

"Jom. Tapi, pakcik naik motor je hari ni. Tak bawa extra helmet pun." Kata Izy.

"Tak apa. Kita pergi taman dekat sini saja." Balas Zayn.

Izy angguk.

"Awak?" Izy bertanya kepada Myra.

"Tak apa. Saya tunggu dirumah saja." Tolak Myra.

Izy angguk. Sedikit rasa kecewa dengan penolakan Myra. Rasa teruja mahu ke taman permainan dengan Myra dan Zayn pudar. Namun, dia masih juga senyum. Dapat keluar dengan Zayn. Nika tidak, hanya dapat jumpa sebentar dengan Zayn didepan pintu rumah saja.

Izy dan Zayn berjalan beriringan meninggalkan Myra sendirian. Mereka duduk dikerusi di taman permainan berhampiran.

"Zayn tak nak pergi main?" Tanya Izy.

Zayn geleng. Tangannya masih memegang tangan Izy. Duduk disebelah Izy. Rapat.

Dia memandang Izy.

"Pakcik nak tak kahwin dengan ibu?" Tanya Zayn.

Izy senyum.

"Apalah soalan tu. Takkanlah ibu awak nak dengan pakcik. Daddy awak lagi kaya, lagi handsome, lagi educated. Baru sesuai dengan ibu awak." Jawab Izy.

"Daddy tu bestfriend ibu lah. Daddy dah ada family. Daddy sayang sangat dekat mommy. Takkan daddy nak kahwin dengan ibu. Lagipun, daddy dah ada anak. Ada kakak dengan abang." Balas Zayn.

"Pakcik pun dah ada anak. Dua orang. Dua-dua lelaki. Lagipun, pakcik dah tua. Kerja pun pemandu lori saja. Tak mampu nak jaga awak dengan ibu." Kata Izy. Menolak cadangan Zayn itu.

Bukan dia sengaja menolak tapi dia tahu Myra tak akan setuju. Myra tak mungkin mahu bersuamikan dia. Dia sangat pasti tentang itu.

"Zayn, pakcik bukan tak nak. Tapi, isu kahwin ni, besar. Bila awak dah besar nanti, awak akan nampak. Cinta, sayang, tak mampu nak beri kehidupan. Kahwin ni, tanggungjawab. Bukan saja beri makan, pakai. Pendidikan, kesihatan. Semuanya kita kena fikirkan. Betul. Rezeki dari Allah. Tapi, kita ni lelaki. Sebelum kahwin, fikir dulu. Mampukah kita?" Sambung Izy.

Zayn pandang Izy.

Izy menggosok kepala Zayn.

"Bila sampai masanya, ingat apa yang pakcik cakap ni. Okey?" Kata Izy dan memeluk Zayn.

"Kenapa tiba-tiba Zayn suruh pakcik kahwin dengan ibu awak ni? Kenapa bukan daddy?" Tanya Izy.

"Sebab Zayn suka pakcik. Zayn sayang pakcik." Jawab Zayn. Jujur.

"Ibu awak cakap apa?" Tanya Izy.

"Ibu kata. Dia dah tua. Lagipun, dia dah tercemar. Ada Zayn. Tak ada lelaki nak terima dia sebagai isteri. Dan terima Zayn sebagai anak." Jawab Zayn. Sedih.

"Cakap kat ibu. Bila seorang lelaki dah suka dan dia sudah bersedia untuk berumahtangga, dia akan terima semua baik dan buruk perempuan itu." Kata Izy.

Zayn angguk.

"Pakcik jangan benci Zayn. Tau?" Kata Zayn.

"Kenapa pula?" Berkerut dahi Izy denvan permintaan Zayn itu.

"Sebab Zayn minta pakcik kahwin dengan ibu." Balas Zayn.

Izy gosok kepala Zayn sekali lagi.

"Pakcik sayang Zayn."

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now