"Tak baik tuduh macam tu. It was an accident." Kata Aidid.
"Adik bukan tuduh. Adik cuma..." Myra diam. Tak tahu bagaimana mahu membela dirinya.
"Dah. Jangan nak mengarut." Kata Aidid.
"Tapi, cara dia cakap tu. Buat adik syak, dia yang rancang accident tu." Kata Myra masih cuba menyakinkan Aidid.
"Adik. Sudah. Kita tak ada bukti. Tu semua assumption je. No solid evidence." Marah Aidid. Tapi masih dalam nada yang lembut.
"Kak Wati pun ok. Alhamdulillah. Tak ada cacat cela. Cuma terkejut je. Lepas tu, injured sikit. Tu je." Sambung Aidid.
"Ya lah." Kata Myra. Memandang Izy. Cuba meminta sokongan dari Izy. Atau mungkin simpati.
Izy hanya buat tak tahu. Dia tahu keupayaan Rosma dalam melakukan kerja jahat. Rosma pernah memintanya untuk merogol kawannya sendiri hanya kerana kawannya itu mendapat perhatian pensyarahnya. Cuma, dia tak bodoh nak buat semua. Dia memang gatal. Memang suka aktiviti seks tapi dia tak suka memaksa. Kerana penolakannya itu, Rosma telah mengupah lelaki lain untuk melakukan rancangan jahatnya itu.
Kerana itu, dia sangat berhati-hati apabila Rosma datang kepadanya dulu. Dia tak mahu menimbulkan memarahan Rosma. Dia takut semua ini akan terjadi. Tapi, tak sangka Myra mula bertindak. Membuatkan Rosma marah dan akhirnya, perkara ini yang terjadi.
Sebab itu juga bila Azim mengatakan yang Rosma sedang merancang sesuatu yang jahat kepadanya, dia tak terkejut. Dia tahu, Rosma pasti akan melakukan sesuatu setelah diprovoke oleh Myra.
"Demage have been done, baby. Sekarang ni, kita hadap je." Kata Izy.
"So, korang nak buat macam mana ni? Takkan nak abaikan je apa yang dia cakap?" Tanya Rafa yang turut ada dalam talian.
Aplikasi zoom. Semua serba canggih. Tak perlu keluar untuk bersua muka. Segalanya hanya memerlukan talian internet dan aplikasi.
"Kalaulah kita ada bukti. Senang. Boleh buat report." Kata Rafa lagi bila semua diam. Tiada reaksi.
Masih diam.
"Tak ada bukti satu hal. Kita tak ada kuasa. Kalau pun ada bukti. Kita buat laporan polis, dorang nak layan ke?" Tanya Izy.
"Kita bukan golongan kayangan. Kes ni pun, bukan profile tinggi. Silap-silap, dorang ingat kita buat report sebab nak ada bahan bukti kalau pergi ke mahkamah." Kata Izy bila yang lain tiada reaksi.
"Senang-senang je dia menang." Balas Myra.
"Ni bukan pasal siapa menang. Siapa kalah. Demage control." Kata Rafa.
Myra ketawa.
"You tak habis-habis dengan demage control you. Dari dulu." Kata Myra dan menyambung tawanya.
Izy menarik hidung Myra. Myra memukul tangan Izy. Minta dilepaskan.
"Orang tengah serious ni. Dia boleh melawak." Kata Izy. Melepaskan kepitannya.
"Zalim. Rakam tak? Boleh buat report. Kes dera." Kata Myra. Kemudian, dia kembali ketawa.
"Anak korang ni nanti, jenis happy go lucky ni. Asyik gelak je si Myra ni." Kata Aidid.
"Aamin." Myra mengaminkan kata-kata Aidid.
"Ini loyar buruk. Geram je." Adu Izy.
Aidid dan Rafa ketawa. Sama naik dengan Myra. Izy naik benggang.
"Tu baru perangai dia yang betul." Kata Aidid.
"Selalu tak pun." Balas Izy.
"Sebab nanti awak kata saya buat perangai budak. Kenalah jaga perangai bila dengan awak." Balas Myra menyambung tawanya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.