"Anom? Anom, right?" Tanya seorang lelaki kepada Myra.
Lelaki itu memegang tangan Myra. Memberi isyarat bahawa dia bertanya kepada Myra bila dia tak dipedulikan.
"Apa pegang orang ni?" Marah Myra. Menepis tangan lelaki itu.
"Anom. It's really you." Kata lelaki itu dan cuba untuk memeluk Myra.
Myra bergerak ke belakang memberi isyarat bahawa dia tak mahu diperlakukan begitu. Lagipun, dia berada dikedai bawah rumahnya. Dimana semua orang memerhati dan sedang mencari cerita tentangnya.
"Anom!" Jerit lelaki itu bila Anom pergi berlalu meninggalkannya sewaktu dia sedang mengambil pesanan.
Dia memintas Myra dan berdiri betul-betul dihadapan Myra. Membuatkan Myra berhenti mengejut dan terpejam matanya kerana terkejut.
Lelaki itu ketawa halus.
"Sampai hati you ignore I. I know. I tak salah. It's really you. Walaupun kita jumpa bari sekali, tapi I ingat you. We share a lot of story together. Of course, I ingat budak gila yang suka hati panggil I sewel." Kata lelaki itu.
Myra lepaskan nafas berat. Dia cuba untuk buat lelaki itu fikir dia silap orang. Tapi, dia lupa. Lelaki itu punya memori yang kuat.
"Yes, Rafa. I ingat." Balas Myra. Sinis.
"Good. So, kenapa tiba-tiba you hilang? I know you nak bertaubat. Tapi, takkan kita tak boleh berkawan. I told you kan? We can still be friend. Forever. And here. You buat apa dekat sini. Jauh betul you berjalan. Dari Sungai Buloh ke Klang. Buat apa?" Tanya Rafa.
Myra diam.
"You tak nak cakap dengan I ke? Ke you nak I kiss you kat sini. Baru you nak buka mulut? Jangan ingat I tak berani." Ugut Rafa.
Myra memandang Rafa. Tirus. 😒.
"Tell me. What happen to you?" Tanya Rafa sekali lagi.
Myra mengeluh.
"Let's go somewhere." Ajak Myra.
Dia tak rasa dia boleh melarikan diri dari Rafa. Jadi, sekurang-kurangnya, dia boleh rahsiakan rumahnya. Mungkin boleh merahsiakan apa yang terjadi.
Myra mengajak Rafa menaiki keretanya yang terparkir berhampiran. Dia memandu ke kawasan riadah. Tempat awam tapi sunyi. Tiada siapa disini. Tak ada orang melakukan aktiviti riadah di waktu tengahari. Myra mencari pokok untuk berselindung dari matahari terik.
"So, what's happen?" Tanya Rafa.
"Are you that curios about me?"
Rafa angguk.
"Why?"
"You are my friend. My sexting partner."
Myra mengeluh.
"Ok. Sorry. Now. Tell me. What happened to you? Kenapa you tiba-tiba senyap?" Tanya Rafa. Mengulangi soalan yang sama.
Myra masih lagi mengambil pendekatan mendiamkan diri. Dia tak mahu membuka mulut mengenai keadaannya. Walaupun dia tahu, Rafa takkan berhenti bertanya selagi dia tidak menjawab.
Let me guess. But, please. Be honest." Kata Rafa.
Myra senyum segaris sambil mengangkat bahunya.
"Promise?"
Myra diam.
"Promise. You'll be honest." Rafa terus mendesak sehingga Myra angguk.
"Cun. So, you pregnant?"
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.