"Adik tu tadi kenapa?" Tanya Amsyah.
Sewaktu dia balik tadi, dia terserempak dengan Myra yang hendak balik ke rumahnya. Dia lihat wajah adiknya tidak senyum. Seperti bermasalah.
"Adalah halnya dengan Izy. Hal suami isteri." Balas Puan Salma.
"Kenapa? Dah bergaduh? Padan muka." Kata Amsyah sambil tersenyum menang.
"Kamu ni lah." Tegur Puan Salma.
Dia menjeling wajah anak sulungnya yang sedang menyuap makanan. Kecil besar saja dia lihat Amsyah. Rasa marah dan geram.
"Ibu lah. Along dah pilih calon yang baik untuk adik. Dah lah Bakh tu memang cintakan adik. Kaya. Handsome. Menantu ibu tu, apa yang ada. Rumah pun sewa. Kalau Bakh, tentu-tentu duduk rumah sendiri. Tak payah tumpang makan kat sini. Cukup makan, pakai. Berlebihan lagi. Mewah." Balas Amsyah.
"Pilih suami, bukan sekadar material. Hati budi. Akhlak. Agama." Balas Puan Salma pula.
Amsyah mencebik.
"Bakh tu tak baik ke? Lagi baik dari budak tu. Perosak anak dara orang. Dah rosakkan, tak nak bertanggungjawab. Anak dah besar, baru nak insaf. Baru nak bertanggungjawab. Itu pun, apa pun tak ada. Umur dah tua, apa pun tak ada. Ada motor je. Tu pun, dah nazak." Kata Amsyah.
Puan Salma geleng.
"Bukan dia tak nak bertanggungjawab dulu. Adik yang tak bagitahu dia." Kata Aidid yang baru saja sampai. Dia masuk ke dalam dan terus bersalaman dengan ibunya yang sedang makan.
Amsyah cebik. Dia langsung tak percaya. Takkanlah Myra tak bagitahu. Mesti adiknya sudah memberitahu tapi Izy menolak dari bertanggungjawab.
"Cerita nak cover budak hanat tu. Sama je adik dengan kau. Asyik nak back up budak tu." Balas Amsyah.
"Suka hati kau lah, long. Adik dah selamat dah nikah dengan Izy. Kita doakan jodoh mereka panjang dan bahagia." Kata Aidid. Malas mahu bertelagah dengan abangnya itu. Tak akan pernah menang.
"Kau kenapa datang sini? Macam adik juga? Nak tumpang makan?" Tanya Amsyah.
"Adik tumpang makan apanya? Dia datang tengok ibu." Pertahan Puan Salma.
"Hari-hari datang tu. Tak minta duit, tumpang makanlah tu. Laki dia tu, kerja driver. Gaji berapa je? Adik pun, bukan bekerja pun. Nak bayar sewa rumah. Bayar bil apa. Habis. Nasib baik rumah dekat. Kalau tak, tak makan lah adik tu." Kata Amsyah. Sinis.
"Kau merepek apa, long? Kau ingat komisyen driver kecil sangat ke? Kalau driver lori trailer, gaji kau je. Sesilap lebih." Balas Aidid.
Amsyah cebik.
"Tanyalah bini kau. Dia kerja dengan company transport." Kata Aidid.
"Tapi, dia bawa lori kecil. Tak banyak pun." Kata Linda.
Amsyah ketawa halus. Menyindir.
Aidid geleng kepala. Sama saja suami isteri ni. Sama-sama suka memandang orang tak ada mata.
"Abang tidur sini, ke?" Tanya Puan Salma.
"Tak. Abang datang kejap je. Rindu ibu. Kejap lagi, abang balik semula ke Melaka." Jawab Aidid.
"Tidurlah sini. Baru sampai. Tak hilang lagi penat. Esok, boleh bawa ibu pergi rumah adik." Pujuk Puan Salma.
"Eh, ibu. Esok kan saya nak pergi kenduri kahwin kawan saya. Kalau ibu pergi rumah adik, siapa nak jaga Amru." Kata Linda.
"Anak kau. Pandai kau lah jaga. Kau ingat ibu ni baby sitter anak kau ke?" Balas Aidid.
"Jangan nak kurang ajar, Aidid. Kau cakap dengan isteri aku. Hormat sikit." Sedikit tinggi suara Amsyah menegur silap laku Aidid.
"Ibu siap-siap makan. Kita tidur rumah adik malam ni. Rumah dia ada 3 bilik. Ada satu bilik kosong. Bolehlah ibu tidur dalam bilik tu." Cadang Aidid.
"Ibu. Tolonglah. Jaga Amru." Rengek Linda.
Puan Salma memandang menantunya itu. Kesian.
"Bawa je lah anak kau tu. Dah lah hari kau kerja, ibu yang jaga. Hari minggu, biarlah ibu rehat." Kata Aidid.
"Tolonglah ibu. Takkan nak bawa Amru. Covid ni. Bahaya." Pujuk Linda lagi.
"Kalau takut, tak payahlah pergi. Senang." Balas Aidid.
"Ibu.... Tolonglah." Pujuk Linda.
"Dahlah, yang. Kalau ibu tak nak tolong. Sudah. Jangan nak merayu lagi. Minta tolong jaga sekejap pun, tak boleh." Kata Amsyah.
"Tapi..."
"Tak payah." Tegas Amsyah.
Puan Salma memandang Aidid. Kemudian dia memandang Linda. Pandangannya jatuh kepada cucunya. Sebelum kembali kepada Aidid semula.
"Jangan, ibu. Cepat makan. Siap. Kita tidur rumah adik malam ni." Tegas Aidid.
"Tapi,"
"Tak ada tapi. Kalau tak, abang tak balik dah sini. Abang sakit mata dengan perangai dorang ni. Buat ibu macam HAMBA!" Marah Aidid. Tapi masih dengan nada yang perlahan. Sedar, dia sedang bercakap dengan ibunya. Walaupun kata-katanya ditujukan kepada Amsyah.
"Bila masa aku buat ibu macam hamba?" Marah Amsyah. Sentap dengan ayat Aidid itu.
"Tak hamba ke? Ibu yang masak. Ibu yang jaga anak kau. Kain baju kau. Ibu yang sidai. Ibu yang angkat. Lipat. Anak kau. Ibu yang jaga." Balas Aidid. Sama naik.
"Ibu yang nak buat. Ada aku suruh? Ada ke, ibu? Ada along suruh ibu buat semua tu?" Tanya Amsyah kepada Puan Salma.
"Memang kau tak suruh. Tapi, kau tau ibu tak boleh tengok sepah. Kenapa tak buat semua sebelum pergi kerja? Kenapa tak hantar anak kau ke baby sitter? Ha? Kenapa?" Balas Aidid.
"Kalau aku hantar anak aku ke nursery, nanti ibu sorang-sorang. Apa-apa jadi kat ibu, siapa pun tak ada. Sekurang-kurangnya, Amru ada. Boleh teman ibu. Tak adalah ibu sunyi." Balas Amsyah pula.
"Alasan. Dari abah ada. Dari kecil anak kau abah dan ibu yang jaga. Abah suruh kau hantar baby sitter. Bagi ibu rehat. Dah penat jaga kita. Kau buat tak tau je. Sekarang, kau guna alasan tu. Kalau Zayn, aku percaya dia jaga ibu. Kalau anak kau? Buat ibu sakit jiwa. Dahlah degil. Keras kepala. Lasak. Tak masa diam." Sinis saja Aidid membalas.
"Jangan nak banding anak aku dengan Zayn. Zayn tu dah besar." Kata Amsyah.
"Besar apa? Beza berapa bulan je dari anak kau. Tapi anak yang kau hina sangat tu, lagi bagus dari anak kau. Kau tak tau, kan? Zayn tu, jawi pun pandai baca. Lancar. Dah start belajar English tahap darjah 3. Sebab adik tak mampu nak hantar dia pergi tadika. Jadi, adik ajar dia. Advance dari sepatutnya." Kata Aidid.
Amsyah mencebik. Linda juga.
"Membaca pun tak reti. Konon." Kata Linda.
Aidid ketawa.
"Lain kali, tak tau. Ambil tau. Bukan main ikut sedap apa kau nampak je. Rapatkan diri dengan anak saudara kau tu. Jangan hina anak orang. Mentang-mentang dia lahir luar nikah. Kau kutuk dia. Kau hina dia. Kau caci dia. Aku ni, sabar, sabar juga. Jangan sampai aku hilang sabar. Aku bawa ibu lari. Baru korang tau. Susah senang hidup korang kalau ibu tak ada." Kata Aidid dan terus masuk ke bilik ibunya.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.