SK 36

902 59 5
                                    

"Zayn, meh sini." Panggil Myra.

"Kenapa ibu?" Tanya Zayn yang mendekati Myra yang baru selesai memakai tudung.

Myra mengambil telefon bimbit Zayn dan menaip sesuatu. Tangannya memberi isyarat supaya Zayn diam.

"Ibu keluar dengan uncle Bakhtiar. Zayn jaga atok, ya?" Kata Myra menunjukkan skrin telefon bimbit kepada Zayn.

Zayn angguk. Faham.

"Jangan nakal-nakal. Ikut cakap atok. Faham?" Pesan Myra lagi.

Tangannya masih lincah menaip dan meninggalkan pesan untuk Zayn. Pesanan untuk menjayakan rancangannya.

Pertama kali dia dapat keluar dari rumah ini. Itu pun dengan tunangnya. Untuk lebih mengenali.

"Adik. Bakh dah sampai." Jerit Amsyah dari luar.

"Ingat pesan ibu. Tau?" Kata Myra.

Dia mencium ubun Zayn. Memeluk Zayn. Kemudian, dia keluar. Terus masuk ke dalam kereta Bakhtiar yang terparkir dihadapan rumahnya.

Bakhtiar senyum menyambut Myra. Tangan dihulurkan kepada Myra. Untuk bersalaman. Tetapi Myra hanya memandang.

"Tak nak salam ke?" Tanya Bakhtiar.

"Belum nikah lagi kan?" Jawab Myra.

"Myra belum nikah pun dah ada anak. Takkan abang nak minta salam pun tak boleh. Kita dah tunang. Kan?" Balas Bakhtiar.

Myra diam dan hanya memandang ke depan. Tak menghiraukan Bakhtiar lagi.

Bakhtiar geleng kepala. Dia memasukkan gear dan memandu.

"Perangai masih tak berubah. Myra, kita ada sebulan je lagi sebelum dinikahkan. Apa salah bagi abang peluang. Untuk kenal Myra." Kata Bakhtiar.

Myra masih diam.

Inilah dia tak berkenan. Asalkan nak berkenalan, dah tunang, dah jadi macam lesen pula. Boleh pegang sana sini. Walaupun pegang tangan, ianya tetap haram.

"Abang minta maaf. Bukan niat nak mengungkit kisah silam Myra. Cuma kecil hati saja. Lelaki tu, Myra izinkan pegang Myra. Abang ni. Tunang Myra. Myra tak bagi. Bukan apa pun. Salam saja. Practice sebelum kita nikah. Nanti dah nikah, benda dah jadi habit. Sejuk hati abang bila abang pergi kerja Myra salam abang. Balik kerja pun." Sambung Bakhtiar.

Myra mengangkat keningnya. Tapi wajahnya masih dihadapan. Dia ingin membalas kata-kata Bakhtiar itu. Namun, dia pendam. Tak mahu berbalah. Lagipun, Bakhtiar sedang memandu. Bahaya.

Lagipun, dia kena belajar untuk banyak bersabar dengan Bakhtiar. Bakal suaminya. Dia juga kena bersedia untuk diungkit tentang kisah silamnya. Walaupun sudah terbiasa dihina tapi tak sama bila hinaan itu diterima dari keluarga sendiri. Apatah lagi suami. Jadi, dia perlu untuk bersedia.

"Abang cakap dengan Myra ni. Dengar tak?" Tanya Bakhtiar.

Myra angguk.

Bakhtiar mengeluh.

Dia tahu, Myra memang begitu. Lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Hanya mengikut dari melawan. Cuma, dia mahu tahu apa yang difikirkan Myra. Bukan hanya ikut tanpa bantahan.

Bakhtiar memberhentikan kereta disebuah butik pengantin milik ibunya. Walaupun dia inginkan sebuah perkahwinan yang ringkas, tapi, takkan berlaku. Itu pasti.

Myra bersedia mahu keluar. Tapi ditahan oleh Bakhtiar.

"Myra setuju ke tak dengan perkahwinan kita ni?" Tanya Bakhtiar. Lembut.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now