SK 11

1.3K 90 0
                                    

"Zayn, nak ayam lagi?" Tanya Fida. Isteri Rafa.

Zayn geleng.

"Abang, kakak. Nak ayam lagi?" Tanya Fida kepada anak-anaknya.

Rifqi dan Rania geleng.

"Daddy. Lepas ni, Zayn nak balik. Ya?" Pinta Zayn.

"Zayn tak suka duduk dengan mommy ke?" Tanya Fida.

"Zayn suka. Tapi, kesian kat ibu. Seorang. Zayn tak nak apa-apa jadi dekat ibu bila Zayn tak ada. Macam hari tu. Nasib baik sampai awal sikit. Kalau tak, tak tau apa jadi pada ibu." Cerita Zayn.

"Kenapa dengan ibu?" Tanya Fida. Lebih kepada suaminya.

"Orang kacau dia." Jawab Rafa.

"Aish. Tak ada kerja lain ke dorang tu?" Marah Fida.

"Lepas ni, kita pergi rumah Zayn. Tak payah Zayn datang sini. Sekali sekala, tak apa. Itu pun, make sure ibu ikut. Tau?" Putud Fida.

"Sayang. Anom tu tak suka kacau orang. Dia pun tak suka dikacau." Kata Rafa.

"Bukannya kita nak kacau dia. Dia pun, tak adanya kacau kita." Kata Fida.

"Itu kata sayang. Bukan Anom. Anom tu, cara dia fikir tak sama dengan kita." Balas Rafa.

Zayn angguk.

"Ya lah. Macam tu, kita jumpa dekat luar." Cadang Fida.

Zayn dan Rafa geleng kepala.

"Tu pun tak boleh?" Tanya Fida.

"Mommy jangan kecil hati dengan ibu. Ibu memang macam tu. Sekali sekala, tak apa. Ini, Zayn selalu ke sini pun, ibu dah risau susahkan mommy. Ganggu kakak dan abang." Kata Zayn.

"Mana ganggunya. Kan, kakak? Abang?" Balas Fida. Bertanya kepada anak-anaknya.

Rifqi dan Rania diam. Mereka bangun setelah makanan didalam pinggan mereka habis. Tidak melayan soalan mommy mereka.

Bukan tak suka dengan kehadiran Zayn tapi mereka tak biasa. Rasa tak selesa. Zayn tetap orang luar walaupun daddy mereka kata Zayn adalah adik mereka.

Rafa dan Fida saling berpandangan. Bahu keduanya diangkat. Bibir dicebikkan. Sedikit pun tak berkecil hati dengan tindakan anak-anak mereka. Pada mereka, anak-anak perlu masa untuk mesra. Kerana itu, Rafa selalu membawa Zayn datang ke rumahnya. Untuk merapatkan hubungan adik-beradik itu.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now