"Aidid call abang, dia kata kau kacau Izy. Betul ke?" Tanya Zakri sebaik saja Rosma masuk ke dalam rumah.
Dia meletakkan telefon yang dipegangnya tadi ke atas meja. Wajah Rosma dipandang. Isyarat mata diberikan supaya Rosma duduk.
"Takkanlàh aku nak kacau Izy. Aku pergi minta maaf je pun." Jawab Rosma. Dengan malas, dia duduk dikerusi rotan ibunya. Kaki dinaikkan. Mengetap kusyen yang melapik kerusi rotan itu.
"Kalau setakat kau pergi minta maaf, Aidid tak akan call aku suruh tengokkan kau. Nasihatkan kau. Aku malulah kau buat perangai macam ni." Kata Zikri. Suaranya sedikit tinggi.
"Kau ingat aku nak jilat balik ke ludah aku? Kau ingat, aku tak ada maruah? Takkan aku nak dengan driver lori tu. Bukan bagus mana pun. Buat malu aku je. Suami aku driver lori." Suara Rosma juga turut sama meninggi.
"Myra tu lain lah. Tak kerja. Tak ada standard. Tak ada class. Memang layak pun Izy tu dengan Myra. Sama-sama low class. Eee... Tak nak la aku dengan Izy tu. Hidup sekadar cukup makan." Ejek Rosma. Siap dibuat aksi geli.
"Dah tu? Kau buat apa?" Tanya Zikri.
"Mana ada aku buat pape. Aku pergi jumpa dia je. Salah ke? Tak boleh?" Jawab Rosma.
"Kau nak jumpa dia lagi buat apa? Kalau kau tak nak, sudah. Tak payah nak kacau rumahtangga orang. Kau tak malu ke? Ha?" Marah Zikri. Dia bangun dan menundukkan badan dia separas dengan wajah Rosma. Dia mahu Rosma nampak betapa marah dirinya tika itu.
"Biarlah aku nak kacau rumahtangga dia pun. Baru puas hati aku. Sebab dia, Aidid tak nak kat aku. Aidid buang aku. Padahal, Aidid dah jatuh cinta kat aku." Balas Rosma.
"Kau je perasan. Orang tu tak pernah suka kau! Dia cakap awal lagi dulu. Eh. Kau tau tak, aku malu? Kau suruh aku jumpa orang tua dia. Kau kata, ibu dia tak sihat. Jadi, tak boleh datang pinang kau. Aku tengok ibu dia, sihat je. Kuat lagi." Kata Zikri. Menunjal kepala Rosma.
"Sakitlah, bodoh!" Marah Rosma menepis jari Zikri yang menunjal kepalanya itu.
"Tau pun sakit. Habis tu, kau nak rosakkan rumahtangga orang, kau fikir, orang tak sakit? Kau fikir kau punya sakit je?" Kata Zikir. Masih menunjul kepala Rosma.
Rosma memegang jari Zikri.
"Eh. Aku ni adik kau tau. Darah daging kau. Sepatutnya, kau bela aku. Nasib aku. Sakit aku. Bukan dorang tu. Patut, kau penjarakan Izy tu dulu lama sikit. 40tahun. Seumur hidup pun bagus. Tak adalah menyusahkan hidup aku. Ada abang polis pun, tak guna. Takat duduk lokap sehari dua." Kata Rosma mencebikkan mukanya.
Zikri menarik tangannya. Dia kembali duduk. Makin panas hatinya dengan adiknya itu. Mujur difikirkan adiknya itu perempuan. Jika tidak, memang ditumbuk Rosma tadi lagi.
"Kau ingat aku tak ada kerja lain? Kau ingat, aku tak tahu. Kau yang selalu ajak dia pergi hotel. Kau yang bayar semua duit hotel tu. Lepas tu, bila kantoi. Kau kata dia paksa kau. Dia rogol kau. Eh. Bukti forensik cukup kata kau dengan dia berzina. In fact, kesan luka kat kemaluan kau tu jelas. Kau yang tunggang dia. Kau ingat, benda tu semua tak boleh dibuktikan ke? Sebab result tu, aku malu tau. Nasib baik, aku sendiri yang ambil result tu. Aku tarik balik report. Kalau tak, mana nak letak muka aku ni?" Kata Zikri.
"Itu semua cerita lama lah. Orang dah move on. Nak ungkit kenapa?" Marah Rosma.
"Dah tu? Kau tadi bukan mengungkit? Ha? Tu belum lagi kau petik nama aku. Kata aku siasat latar belakang Izy. Kau tuduh Izy menipu sebab record tulis dia bujang padahal dia kata dia duda. Kau ingat aku tak tahu kau belagak mangsa keadaan? Sebab kau, kawan-kawan dia pulaukan dia. Kawan-kawan kau, kutuk dia? Ha? Semua tu aku tau. Aku diamkan saja. Sebab kau adik aku. Aku tak nak buka aib kau. Tapi, kau ni dah melampau sangat." Zikri menekan hampir disetiap hujung ayatnya. Dia mahu Rosma sedar. Dia mahu Rosma tahu. Dia tahu semua benda yang terjadi.
"Sudahlah. Kalau kau anggap aku adik kau. Kau tolong aku dapatkan Aidid. Kalau aku tak boleh dapat, aku make sure adik dia pun tak akan bahagia. Dia sayang sangatkan adik dia. Biar. Biar dia merana tengok adik dia terseksa." Kata Rosma dan terus masuk ke dalam biliknya.
Zikri hanya geleng kepala. Tak tahu nak kata apa lagi. Mungkin salah didikannya. Mungkin dia terlebih beri kasih sayang kepada Rosma. Satu-satunya adik dia.
"Nak salahkan didikan mak bapa, aku yang besarkan dia sejak arwah mak abah meninggal. Salah aku lah ni." Zikri menggaru kepala.
"Apa nak buat ni? Takkan nak ikut je kepala dia." Tanya Zikri kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.