SK46

1K 59 6
                                    

"Boleh ke macam tu?" Tanya Myra. Dia memandang Izy yang sedang duduk dikepala katil.

"Kenapa pula tak boleh?" Tanya Izy pula. Membalas pandangan Myra yang berada di meja solek.

Myra diam.

"Ok. Macam ni. Awak buat 2 pilihan. Pasang aircond kat bilik kita atau kita pergi tidur kat hotel setiap hujung minggu." Kata Izy.

Myra ketawa.

"Pilihan diberikan kepada orang yang salah. Saya suka duduk hotel. Awak tak tahu ke?" Balas Myra.

Dia menyambung tawanya. Dia berjalan naik ke atas katil. Sempat tangannya mencapai suis lampu dan ditutupnya. Mereka kini hanya bercahayakan lampu jalan.

Izy senyum. Dia hanya melihat Myra ketawa riang. Tak tahu apa yang gembira sangat. Yang pasti, dia suka tengok Myra tika ini.

"Dedua je la." Putus Izy.

"Tak membazir ke?" Tanya Myra.

"Tak apalah. Untuk baby saya ni." Balas Izy sambil mencubit geram pipi gebu Myra.

"Ishhh..." Marah Myra sambil menepuk tangan Izy yang mencubit pipinya itu.

Izy ketawa.

"Baby." Panggil Izy bila ketawanya kembali reda.

"Ish awak ni. Janganlah panggil saya baby. Kalau Zayn dengar, malulah. Saya dah cukup malu dah nak bahasakan diri saya adik bila dengan ibu dan abang-abang saya depan Zayn. Ini awak panggil saya baby. Malulah." Kata Myra.

Izy ketawa lagi.

"Awak ni. Tak romantik la."

"Simpan je la romantik awak tu. Anak dah besar dah pun. Nak romantik apa nya?" Balas Myra.

"Romantik dengan pasangan, bila-bila. Sampai akhir jodoh. Akhir nyawa. Jangan sebab dah ada anak, anak dah besar, dah tak nak romantik. Hilang seri rumahtangga." Nasihat Izy.

"Ye la. Tapi, tak nak la panggil baby. Malu." Balas Myra.

"Tapi, saya suka panggil awak baby. Awak pun perangai macam baby je. Bila dengan Zayn, garang macam singa. Bila dengan orang lain, lembut macam sutera. Tapi dengan saya. Allah. Manjanya. Cair hati saya." Kata Izy.

"Macam tu, saya kena panggil awak cinta la. Sebab saya cintakan awak." Usik Myra.

"Macam tu, saya kena panggil awak cinta la. Sebab saya cintakan awak." Sangaja Izy meniru ayat Myra.

Mereka ketawa.

"Baby, kalau kita duduk hotel ajak ibu. Bagi ibu duduk sebilik dengan Zayn. Supaya Zayn tak seorang dalam bilik. Sebab kita tak nak Zayn tengok kita main. Tu kira mempergunakan ibu, ke?" Tanya Izy bila tawanya reda.

"Entah." Myra baring berbantalkan peha Izy.

Izy mengusap rambut Myra. Sebelah lagi tangannya sudah bersimpul dengan jemari Myra. Dan Myra meletakkannya didada.

"Niat saya nak ibu relax. Tapi, saya takut abang-abang awak fikir kita nak mempergunakan ibu pula." Kata Izy.

"Niat awak tu dah baik. Pedulikan apa orang nak kata." Balas Myra.

"Tak boleh macam tu. Orang tu, abang-abang awak. Bukan orang luar. Saya tak nak nanti sebab ni, awak gaduh dengan abang-abang awak. Terutama along. Along tu, ibu nak datang sini pun, sampai bergaduh. Tu sebab saya cari rumah area sini. Jauh dengan tempat kerja saya pun tak pe. Asalkan awak dekat nak datang rumah ibu setiap hari." Kata Izy.

Myra mengereng badannya menghadap Izy. Dia cium perut Izy. Sebelah tangannya pula memegang dagu Izy.

"Patutlah saya sayang suami saya ni. Sayang sangat-sangat." Kata Myra.

Izy senyum.

"Saya sayang awak lebih lagi. Tau." Luah Izy.

"Ye ke?" Dan Myra menarik kepala Izy. Diciumnya bibir Izy.

"Senak, baby." Izy tarik badannya ke atas semula.

Myra ketawa.

"Saya kena pergi gym la. Buang buncit ni. Baby saya suka buat macam tu. Tak tahan. Senak rasa perut." Kata Izy menepuk perutnya yang sedikit buncit.

"Alaa... Tapi, saya suka perut awak." Kata Myra menolak tangan Izy dan mengusap perut Izy.

"Awak kan suka posisi duduk atas saya. Kita sama-sama kena buang buncit ni. Baru boleh buat posisi tu." Kata Izy.

"Macam ni?" Myra bangun. Dia melutut diantara kaki Izy merapatkan tubuhnya ke tubuh Izy.

Izy ketawa.

"Jangan goda saya macam ni, awak. Saya tak kuat nak tahan kalau awak macam ni." Kata Izy.

"Saya memang tengah goda awak pun." Balas Myra.

Myra terus melekapkan bibir Izy ke bibirnya. Dan dibalas oleh Izy.

Tak lama. Izy menolak Myra. Dia tak mahu terus digoda. Nafsunya tak mampu mahu menahan jika dia diteruskan.

Myra kembali memagut bibir Izy. Tangan Izy dibawa ke buah dadanya. Untuk memberitahu Izy keadaan dirinya.

Izy merasai puting dada Myra yang sudah terbojol. Dia tahu, Myra sudah stabil. Dan Myra bersedia untuk malayari malam mereka dengan nikmat.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now