SK 17

1.1K 64 3
                                    

"Zayn tak ada." Kata Myra.

"Tak. Ini untuk awak. Favourite awak." Kata Izy.

Myra angkat kening.

Izy senyum.

Dia memandang wajah keibuan Myra. Cukup lembut selembut hatinya. Dan kerana kelembutan itulah, dia selalu dipergunakan.

"Kenapa yang tiba-tiba bagi saya pizza?" Tanya Myra.

"Tiba-tiba teringat kat bambam saya." Jawab Izy.

Myra angguk.

"Jadi?" Tanya Myra

"Tak ada apa-apa." Jawab Izy.

"Okey." Myra masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu rumahnya tapi ditahan oleh Izy.

Myra memandang Izy. Kening diangkat.

Izy geleng.

Sekali lagi Myra mahu menutup pintu rumahnya. Dan sekali lagi Izy menahan.

"Kenapa?" Tanya Myra.

Izy geleng.

Myra masuk ke dalam. Membiarkan pintu terbuka. Dia meletakkan bungkusan Pizza Hut ke atas meja. Dia membuka plastik dan dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian, dia membasuh tangannya.

Sedang dia mengelap tangannya, pinggangnya dirangkul dari belakang. Belakangnya dicium.

"Awak. Lepaskan saya. Boleh?" Tanya Myra. Lembut.

"Saya rindu awak." Kata Izy.

Myra senyum. Sinis.

"Aik? Dah sebulan kita jumpa. Awak buat tak kenal je. Tetiba awak kata awak rindu. Salah orang ya?" Tanya Myra. Tangannya diletakkan diatas tangan Izy dan cuba untuk membuka pelukan itu.

"Sebab awak buat tak kenal." Jawab Izy. Mengeratkan lagi pelukan itu.

"Sebab kisah kita dah tamat. Dah habis. Bila awak buat tak kenal, legalah saya." Kata Myra. Sudah mengalah dari membuka pelukan itu. Tiada guna pun.

"Saya tak pernah tamatkan. Tak pernah pun. Awak yang tiba-tiba hilang." Kata Izy.

"Awak. Lepaskan saya. Ya?" Pinta Myra.

"Kenapa? Sekarang dah tak boleh peluk ke?" Tanya Izy.

"Dah tak boleh. Kali ni, saya betul-betul dah insaf. No turning back." Kata Myra. Tegas.

"Tapi, saya rindukan awak. Rindu sangat kat awak." Luah Izy.

Myra senyum. Makin sinis.

"Ye. Awak rindu nak peluk saya. Nak gesel saya. Tapi, saya tak nak. Boleh kan awak lepaskan saya." Pujuk Myra.

Izy geleng.

"Please. Lepaskan saya." Pinta Myra lagi.

"Tak nak. Saya nak lepaskan rindu saya. Awak tal ada, saya sunyi." Balas Izy.

"Saya suruh awak cari lain. Kan? Dari hari pertama kita jumpa, saya dah suruh awak cari lain. Awak yang tak nak." Kata Myra.

"Sebab saya sayangkan awak." Balas Izy. Dia makin asyik melayan pelukan itu.

Senyuman Myra yang sinis, semakin sinis. Hatinya makin sedih. Dia cuba mengawal perasaannya itu supaya tiada air mata yang mengalir.

"Awak. Macam mana pula boleh sayang? Kan hubungan kita atas dasar nafsu saja. Awak puas. Saya puas. Habis. Tak ada apa-apa perasaan pun. Awak sendiri pun cakap. Lupa? Awak hanya mahu puaskan nafsu awak. It's a mutual consent. Sekarang ni, saya tak nak dah. Bolehkan awak lepaskan saya. Saya tak rela awak peluk saya." Kata Myra.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now