Myra memandang syiling biliknya. Siling yang sengaja ditampal dengan potongan bintang. Jangan ditanya kenapa. Dia hanya lakukan mengikut gerak hatinya.
Satu keluhan dilepaskan.
Puas sudah dia mencari. Bila masa didalam hidupnya, ada terfikir yang dia akan terpesong. Yang dia akan serahkan dirinya kepada lelaki bukan suami. Tiada. Kerana, ianya memang tak pernah langsung terlintas dimindanya. Apatah lagi untuk dia mengharapkan ianya terjadi.
Tak pernah sekali.
Sekiranya ada rancangan bodohnya. Ia hanyalah sebuah perkahwinan kontrak hanya untuk mendapatkan anak. Selepas dia dapat anak, suaminya perlu menceraikannya.
Tak ada pun dalam fikirannya yang dia akan melahirkan anak tak sah taraf. Tak pernah dia terfikir yang dia boleh jadi begini. Ini tiada dalam perancangan hidupnya. Tapi, dia redha. Dia akui kekhilafan diri.
Perkenalan dengan Izy melalui sebuah aplikasi mencari pasangan. Perbualan santai. Berkisarkan kisah lalu Izy. Tiada tarikan langsung. Hatinya, langsung tak tertarik dengan Izy. Tapi, tak tahu kenapa dalam banyak lelaki yang mengajaknya keluar, dia memilih Izy.
Pertemuan pertama sudah memberikannya pengalaman pertama. Pertama kali dipegang lelaki ajnabi. Pertama kali dia memegang alat sulit seorang lelaki. Ianya semua pertama kali.
Pertama kali juga dia menipu ibunya. Dengan pelbagai helah dan alasan. Bila saja permintaannya ingin keluar berjumpa Izy ditahan, dia mula memberontak. Marah-marah. Sanggup juga dia menengking kakak iparnya. Hanya kerana Izy.
Izy buat Myra rasa seronok dibelai oleh seorang lelaki. Bukan berkenaan seks tapi dia suka bau Izy. Dia suka bila berada didalam pelukan Izy. Dia suka bila tangan Izy bermain-main di telinganya.
Dia rasa disayangi dan dimanjakan. Perasaan yang pertama kali dia rasakan. Perasaan itu lain. Bukan sekadar suka yang dia selalu rasakan terhadap seorang lelaki. Tapi perasaan ni lebih dalam.
Dia tahu dia bodoh. Dia sedar tindakannya itu salah. Tapi, untuk dia terus merasakan perasaan itu, dia harus berikan apa yang diingini Izy. Maka, dia relakan penzinaan itu terjadi.
Myra mengeluh.
Zina? Dia tak punya nafsu untuk itu. Dia cuma dia ingin tahu. Bila dia sudah tahu, dia nak berhenti. Tapi, Izy tak pernah biarkan dia pergi. Izy tetap juga memujuknya. Izy tak merayu tapi Izy gunakan pelbagai cara untuk buat Myra setuju.
Izy menggunakan kelemahan Myra. Myra yang tak suka melihat lelaki merayu kepada perempuan. Myra yang tak suka lelaki menangis kerana perempuan. Dan Myra yang sangat mudah kasihan dengan manusia.
Myra tak bodoh untuk tidak menyedari segala helah yang digunakan Izy. Tapi, demi untuk memenuhi perasaannya itu, dia relakan. Dari hanya pegang, dia benarkan Izy gesel. Mujur dia masih lagi boleh melawan permintaan Izy untuk memecahkan daranya.
Sekali lagi Myra mengeluh.
Dia tak tahu adakah itu cinta. Atau mungkin itu adalah keinginan nafsunya yang dia sendiri tak sedar. Apa yang dia tahu, dia tak rasa kenikmatan dalam hubungan intim itu. Dari mula Izy memegangnya hingga Izy ejakulasi. Apa yang dia rasa hanyalah sakit. Langsung tak sama dengan apa yang orang selalu momokkan.
Entah kenapa. Myra masih setia melayan Izy. Walaupun hatinya makin hari makin tawar dengan sikap Izy kerana Izy buat dia rasa terlalu murah. Hanya akan dihubungi bila dia inginkan tubuh Myra.
Tapi, tetap saja bila Izy mengajak bertemu, Myra pasti akan cari alasan untuk dia keluar dari rumah. Sedangkan keluarga Myra sangat mengawal pergerakannya. Terlalu menjaga pergaulan Myra.
Mungkin inilah balasan diatas penipuan yang dia lakukan kepada ibunya. Tulah ibunya. Masin juga mulut ibunya yang selalu risau tentang diri Myra. Setiap kali, Myra keluar, pasti ibunya akan risau seandainya Myra keluar dengan lelaki dan terlanjur.
Kata-kata ibu itu adalah doa. Walaupun itu bukanlah doa ibunya, tapi, ianya terjadi. Kerana Allah itu menguji menusia melalui kerisauan. Apa yang kita risaukan, itulah yang akan Allah uji. Kerana Allah mahu kita serahkan semuanya kepadanya tanpa rasa gundah gulana.
Myra mengeluh untuk kesekian kalinya.
"Astagfirullahalazim. Myra, banyaknya mengeluh." Kata Myra kepada dirinya sendiri.
Dia meraup mukanya. Doa dipnanjatkan agar hatinya tenang dan tabah menghadapi kehidupan yang telah ditakdirkan untuknya. Doanya juga, Allah tetapkan hatinya untuk terus istiqomah dalam perjalanannya menjadi seorang muslimah yang solehah.
Aamin.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.