"Pergi kemas barang kau, dik." Kata Aidid sebaik saja masuk ke dalam rumah.
"Nak pergi mana?" Tanya Puan Salma yang berehat sebaik saja selesai makan sarapan.
"Pergi mana apa, ibu? Adik duduk dengan abang. Jangan nak ikut plan gila along tu." Jawab Aidid.
Hatinya masih marah bila dikhabarkan tentang hal Bakhtiar datang merisik Myra. Dan Amsyah setuju tanpa berbincang dengan mereka sekeluarga. Sudahlah begitu, tidak memberi ruang untuk Myra menolak atau bersetuju.
"Apa ni, abang? Apa masalahnya kalau adik duduk sini?" Balas Puan Salma.
"Kalau adik tinggal sini. Entah apa lagi along dengan ibu nak buat. Agaknya, sampai adik bunuh diri, mati depan korang baru nak menyesal agaknya. Ke tak menyesal lagi?" Balas Aidid. Marah.
"Abang ni. Tak habis-habis nak kata adik mati. Nak sangat ke adik mati?" Marah Puan Salma.
"Abang ke ibu dengan along? Tak boleh ke nak maafkan adik? Tak boleh ke nak terima dengan berlapang dada? Benda dah jadi. Sudahlah. Yang penting, adik dah insaf. Apa yang nak paksa adik ikut semua benda yang korang nak? Tak bagi dia keluar. Tak bagi dia berkawan. Semua tak boleh. Semua nak ikut cakap ibu dengan along saja. Dari dulu sampai sekarang. Perangai tak berubah. Ingat adik ni apa? Tak ada perasaan ke?" Balas Aidid. Suaranya penuh dengan rasa kesal. Penuh dengan rasa marah.
"Pernah ke korang tanya apa adik nak? Pernah ke korang dengar apa yang adik rasa? Pernah?" Tanya Aidid bila mendengar pintu bilik dibuka. Kemungkinan Amsyah keluar. Atau mungkin Linda atau anak mereka.
"Nak apa? Apa yang aku buat salah? Kau juga yang kata, dia perlukan teman. Perlukan suami. Aku carikan suami untuk dia. Apa lagi masalah kau?" Tanya Amsyah sebaik mendekati ahli keluarga yang lain.
"Adik setuju ke dengan pilihan kau?" Tanya Aidid.
"Aku wali dia. Dia kena ikut cakap aku." Jawab Amsyah.
"Kita ni wali saja tau. Persetujuan adik, tetap kena diambil kira. Ini soal hidup dia. Dia yang nak hidup dengan pasangan dia. Bukan kita. Kenapa nak paksa dia? Apa-apa jadi nanti, dia yang nak kena tanggung. Kau ada tanya dia? Dia dah bersedia ke?" Balas Aidid.
"Tak payah risau. Aku kenal Bakhtiar. Dia cintakan adik dari dulu lagi. Dan dia sanggup terima adik walaupun dia dh kotor." Balas Amsyah pula.
Aidid ketawa.
"Kotor? Bagus. Kita ni abang dia tau. Sepatutnya, kita protect dia. Jaga maruah dia. Bukan kita hina dia." Kata Aidid bersama senyuman sinis. Sinis juga nada suaranya.
"Habis tu? Kau nak kata apa? Adik suci? Adik solehah? Hah? Dah memang dia dah kotor. Kau nak kata apa lagi?" Marah Amsyah.
"Kita pun belum tentu suci. Kita ni cuma Allah sembunyikan aib kita. Jangan bongkak. Jangan hina orang lain. Tutup aib orang untuk Allah tutup aib kita." Balas Aidid. Lebih tenang.
"Nak tutup aib apa lagi? Terang-terang orang tau. Adik terlanjur. Ada anak haram." Balas Amsyah pula.
"Zayn bukan anak haram. Dia anak tak sah taraf." Myra tegas membetulkan kata-kata Amsyah.
"Apa bezanya? Dia tetap kotor! Haram!" Jerit Amsyah. Marah.
Aidid tumbuk muka Amsyah. Marah benar hatinya bila Zayn dihina.
"Abang!" Jerit Puan Salma.
Aidid mengangkat tangannya menyuruh ibunya diam. Dia masih marah. Kepada ibunya dan juga Amsyah.
"Zayn tu. Anak saudara kau tau. Cucu ibu. Anak adik. Kau suka ke tak. Zayn tu tetap tanggungjawab kau. Tanggungjawab aku." Kata Aidid. Marah.
Amsyah memegang bibirnya yang sudah berdarah. Dilap darah tersebut. Dia kembali berdiri tegak. Tak berniat nak membalas tumbukan Aidid. Bukan saja tak mahu memanjangkan pergaduhan ini tapi juga kerana dia sedar, dia tak akan menang andai dia membalas. Aidid punya ilmu persilatan sedangkan dia tiada apa-apa ilmu mempertahankan diri.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.