SK 4

1.8K 95 4
                                    

"Pakcik. Pakcik. Bangun. Bangun. Jom pergi ambil ibu." Zayn menggoncang badan Izy yang masih sedang tidur.

"Eh. Hari ni Isnin. Kan?" Tanya Izy sebaik membuka matanya.

Zayn angguk.

"Pukul berapa sekarang?"

"6.15 a.m."

"Alamak. Lambatlah aku nak pergi kerja." Izy terus bangun dan segera masuk ke dalam tandas untuk mandi.

"Eh. Macam mana kau nanti? Takkan nak tinggal seorang. Ibu kau kata dia discharge bila?" Tanya Izy sebaik saja keluar dari tandas.

"Ibu kata tunggu result darah dia. Kalau ngam, baru boleh balik. Tapi doctor kata, boleh balik hari ni." Jawab Zayn.

"Maknanya belum tentu balik. Kan?" Tanya Izy.

"Baliklah. Pakcik ni." Marah Zayn.

Dia mahu ibunya sihat. Mahu ibunya kembali ke rumah dan bersamanya seperti selalu. Selama ibunya di hospital, dia langsung tak dibenarkan menjengah kerana virus covid.

"Aku nak kena pergi kerja ni. Kau ikut aku je la." Cadang Izy.

"Zayn boleh tinggal seorang. Tunggu ibu." Kata Zayn.

"Kau pernah tinggal seorang ke?" Tanya Izy.

Zayn geleng.

"Dah. Kau ikut aku. Apa-apa hal kau kat rumah ni nanti, buat aku susah hati. Ibu kau pun, entah pukul berapa baliknya. Dah. Pergi siap sekarang. Ikut aku pergi kerja." Arah Izy. Tegas.

Zayn hanya menurut. Dia masuk ke dalam biliknya dan menyalin pakaian yang lebih kemas. Ibunya gelar, baju jalan.

"Cakap kat ibu kau. Aku pinjam kereta. Motor aku belum ambil lagi hari tu." Pesan Izy.

Usai memakai pakaiannya, Zayn menaip mesej kepada ibunya. Dia meminta izin dari ibunya untuk mengikut Izy ke tempat kerja dan menyampaikan pesanan Izy kepada ibunya melalui WhatsApp. Segera dia dapat balasan dari ibunya.

"Ibu kata. Pakailah."

"Awal ya ibu kau bangun."

"Ibu selalu pukul 5 dah bangun."

"5 petang?"

"Pagi lah."

Izy hanya senyum. Dia hanya mengusik Zayn. Dia tahu. Zayn pasti akan mempertahankan ibunya. Apa saja komen negatif tentang ibunya, pasti akan disangkal oleh Zayn.

"Dah siap?" Tanya Izy.

Zayn angguk.

"Jom."

"Pakcik tak solat dulu ke?"

"Balik keje nanti aku qada la. Tak sempat ni. Aku takut aku lambat." Jawab Izy dan segera mengemas beg nya.

"Ye lah. Kalau kena buang kerja, lagi susah. Allah Maha Pengampun." Kata Zayn.

Izy memandang Zayn. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan mengambil wuduk. Dia solat. Cuba untuk khusyuk.

Selepas itu, mereka segera keluar dari rumah. Izy perlu cepat. Jam sudah menunjukkan jam 6.50 pagi. Dia perlu sampai ke pejabat sebelum jam 8 pagi.

Walaupun pejabatnya dengan rumah Myra dekat, tetapi, dengan menaiki kereta, dia tak pasti jika dia boleh sampai tepat pada waktunya. Dia pun tak pasti, bagaimana kesesakan untuk keluar dari kawasan rumah ini ke jalan besar. Jadi, dia perlu cepat.

"Tinggal dalam kreta kejap. Kunci pintu kereta ni. Aku pergi masuk office kejap. Nak ambil kunci lori." Pesan Izy.

Zayn angguk.

Izy keluar dan masuk ke dalam pejabatnya. Dia berjumpa dengan kerani untuk mengambil kunci lori dan dokumen perjalanan kerjanya hari ini. Setelah itu, dia pergi ke lorinya dan membawa masuk ke dalam gudang untuk mengambil barangan untuk dihantar. Usai itu, dia memandu lori ke tempat dia meletakkan kereta Myra dan turun dari lori.

"Jom. Mujur kerja tak banyak hari ni. Dalam pukul 3, siap lah kerja. Bagitahu ibu kau. Dalam pukul 4, baru boleh ambil." Kata Izy sambil mematikan enjin kereta. Dia menunggu Zayn keluar dan mengunci kereta itu.

Dia mengangkat Zayn naik ke atas lori. Kemudian, dia menyuruh Zayn memakai tali pinggang keledar. Dia turut sama memakai tali pinggang keledar.

"Kalau ada roadblocks, kau menyorok kat belakang tau." Pesan Izy.

Dia tahu, salah membawa kanak-kanak naik kenderaan berat. Dan ianya bahaya. Terutama Zayn yang masih kecil. Tapi,keadaan mendesak. Lebih baik Zayn didepannya berbanding tinggalkan Zayn sendirian.

"Pakcik ni, aku-kau dengan Zayn. Cuba lah sopan sikit. Panggil nama Zayn ke. Atau macam ibu. Awak-ibu. Pakcik gunalah awak-pakcik. Barulah boleh nak hormat pakcik." Tegur Zayn.

Izy diam. Menerima teguran Zayn. Lagipun, dia tahu dia salah. Sebenarnya, dia tak tahu bagaimana mahu membahasakan diri dengan seorang kanak-kanak. Sedangkan dia dengan anak-anak saudaranya pun beraku-kau saja. Jadi, dia rasa, perlu lakukan perkara yang sama.

Dari satu kedai ke satu kedai, Izy menghantar barangan. Setiap kali dia turun dari lori, dia akan pastikan Zayn turun sama dan ikut langkahnya. Sedikit rimas kerana dia minta Zayn untuk memegangnya sentiasa. Tapi, dia perlu pastikan keselamatan Zayn.

Dia juga sabar menjawab setiap pertanyaan Zayn. Zayn terlalu banyak persoalan tentang apa yang dia lihat. Dan dia akan bertanya hingga dia puas hati dengan jawapan yang diberi.

"Dah. Jom balik. Pergi ambil ibu kau." Kata Izy sebaik saja dia memarkirkan lori ditempatnya.

"Lupa lah. Ibu dah balik dah. Naik grab. Ibu kata, nanti dah sampai bagitahu. Dia siap. Boleh hantar pakcik kat motor pakcik. Kot kena repair ke apa ke. Ibu tanggung." Kata Zayn.

Izy angguk.

Tangannya menaip sesuatu ditelefon bimbitnya. Meminta kawan serumahnya datang ke kawasan rumab Myra untuk mengambilnya. Dia tak mahu menyusahkan Myra. Memandangkan Myra baru keluar hospital.

Sampai saja diperkarangan rumah Myra, Izy memarkirkan kereta dan mematikan enjin. Dia menyerahkan kunci kereta kepada Zayn selepas mengeluarkan beg pakaiannya.

"Suruh ibu awak rehat. Pakcik minta kawan pakcik ambil. Cakap dengan ibu, jangan risau tentang motor tu. Dan pakcik minta maaf terlanggar dia." Kata Izy.

Zayn angguk.

"Terima kasih pakcik jaga Zayn." Kata Zayn dan menyalami tangan Izy dan menciumnya.

"Sama-sama. Jaga diri. Jaga ibu. Jadi anak baik." Pesan Izy mengusap rambut Zayn.

Zayn angguk.

"Nak pakcik hantar sampai atas tak?" Tanya Izy.

Zayn geleng.

"Dah. Pergi. Sayang ibu awak. Macam awak kata. Kalau ibu tak ada, siapalah awak. Ingat kata-kata awak tu sampai mati. Tau?" Pesan Izy.

Zayn angguk.

"Sayang pula pakcik kat awak ni." Hampir saja air matanya mengalir. Dia memeluk Zayn.

Rasa sayang kepada Zayn muncul tanpa sedar. 3 hari 2 malam mereka bersama. Tak berpisah pun. Tidur pun bersama. Zayn tidur disebelahnya sambil memeluknya.

"Dah. Pergi naik." Kata Izy.

"Nanti, bila pakcik senang, datang je lah. Tengok Zayn." Kata Zayn.

Izy angguk dan menghantar Zayn yang sudah berjalan naik ke rumah dengan matanya.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now