SK 40

1.1K 72 12
                                    

Myra memandang lelaki yang masih tidur disebelahnya. Wajah itu ditatap dengan penuh sayang. Rasa cintanya kini tertumpu hanya untuk dia.

"Dah subuh ke?" Tanya dia yang baru saja membuka matanya.

Myra geleng. Masih menatap wajah itu. Suaminya menarik dia rapat. Dikemaskan pelukan sambil matanya kembali pejam.

"Saya tak ready lagi." Kata Myra.

"Tak pe." Balas suaminya.

"Tapi, wood² awak keras je ni." Balas Myra.

"Biar je. Dia memang macam tu bila dengan awak." Kata suaminya dan terus menyambung tidur.

Myra senyum.

Dia kembali tidur. Didalam pelukan suaminya. Bila saja azan subuh berkumandang, mukanya sejuk. Dibuka mata, si suami sedang memandangnya dengan senyuman.

"Seronok ya tidur dalam pelukan saya? Sampai tak sedar?" Tanya suaminya.

Myra senyum. Dia menghulurkan tangannya. Minta diangkat untuk bangun. Hulurannya disambut dan dia bangun. Duduk seketika. Dia mengambil air kosong yang berada ditepi katil dan diminum. Kemudian, barulah dia bangun dan membersihkan dirinya.

"Pergi panggil Zayn. Kita jemaah." Arah si suami.

Baru saja Myra mahu membuka pintu bilik, Zayn sudah berada didepan pintu bilik dan bersedia untuk solat. Zayn menghadiahkannya dengan senyuman.

Mereka bertiga solat berjemaah. Usai itu, mereka mengaji. Surah yassin menjadi pilihan mereka setiap pagi.

Selesai itu, Myra terus ke dapur. Menyediakan sarapan untuk si suami yang akan ke tempat kerja sebentar lagi.

"Awak. Jom, makan." Panggil Myra.

Dia turut masuk ke bilik ibunya untuk mengajak makan. Pintu bilik Amsyah juga diketuk.

"Kerja hari ni?" Tanya Puan Salma.

"Selalu, Sabtu tak kerja. Tapi, hari ni kena kerja pula." Kata menantunya itu.

Puan Salma angguk.

Dia suka dengan menantu pilihannya. Teringat dihari pernikahan Myra. Pelbagai kejadian terjadi. Mula dengan Myra pengsan. Kemudian, Bakhtiar menangguhkan akad.

"Tak boleh macam ni. Abang Bakh tak kisah kalau Myra tak cintakan abang tapi, abang tak boleh terima kalau hati Myra masih ada lelaki lain." Kata Bakhtiar.

"Apa lagi ni, Bakh?" Puan Sri Waein yang dari tadi hanya memerhati mula bersuara. Hatinya sudah makin sakit.

"Mi..."

"Nak nikah ke tak nak ni? Myra pengsan, tak boleh nak kata apa. Dah pengsan. Bakh tu. Kejap tangguh. Ni macam ni pula. Jangan nak macam-macam, Bakh. Kita tunggu dah lama. Jangan nak drama sangat." Potong Puan Sri Waein.

"Mi. Bakh memang cintakan Myra tapi kebahagiaan dia lebih penting. Kalau ikut hati, Bakh nak dia jadi milik Bakh. Isteri Bakh. Tapi, hati dia ada lelaki lain. Bakh nak Myra pilih. Bakh atau lelaki dalam hati dia. Please mi. Ini antara Bakh hidup bahagia atau sensara?" Kata Bakh.

Puan Sri Waein menarik nafas panjang dan dilepaskan kuat. Tanda protest. Tapi, dia tetap duduk semula. Membiarkan apa saja yang Bakhtiar mahu lakukan.

"Pilih Myra." Arah Bakh.

Myra geleng.

"Kita teruskan saja." Kata Myra.

"Tak. Abang nak Myra pilih." Tegas Bakhtiar.

Myra memandang Izy, Hadi, Rafa dan Aidid yang baru menjelma dipintu rumah. Rafa, Hadi dan Aidid masuk ke dalam mendekati pelamin dimana Myra duduk. Manakala Izy, terus keluar. Berlalu ke khemah. Dia rasa tak sedap hati dan mengajak Kimi untuk pulang. Dia tak mahu menjadi punca majlis Myra cacat.

Setiaku Korbankan.Where stories live. Discover now