"Kau serius ke?" Tanya Kimi.
Izy angkat bahu. Dia sendiri tak tahu betul atau tak tindakannya. Dia sendiri tak tahu apa punca dia tekad.
"Kau tak nak temankan ke?" Tanya Izy.
"Kena ke?"
"Tak paksa."
Kimi berfikir sejenak.
"Kejap. Biar aku bersiap." Putus Kimi.
Mereka kemudian bergerak ke majlis penikahan Myra dan Bakhtiar. Mereka hadir atas jemputan dari Aidid. Sebagai kawan Aidid.
"Izy." Panggil Rafa saat dia keluar dari kereta. Kebetulan, Rafa turut baru tiba bersama keluarganya.
"Tak sangka kau datang juga." Kata Rafa.
"Ibu anak aku nikah. Mestilah aku kena datang." Balas Izy.
"Kau okey?" Tanya Rafa lagi.
Izy hanya senyum nipis. Tak tahu nak jawab soalan Rafa. Dia rasa dia okey. Lagipun, dia dan Myra tak pernah bercinta. Tak pernah merancang untuk bernikah. Lamarannya pun, ditolak. Jadi, dia tak pernah mengharapkan apa-apa.
Tapi, pedihnya itu ada.
Izy berjalan beririgan dengan Rafa sekeluarga, dan Kimi menuju ke khemah. Mereka berjalan ke satu arah dimana keluarga Myra berada.
"Kau jemput dia datang buat apa?" Tanya Amsyah kepada Aidid.
"Kau jangan nak buat perangai. Kau malukan dia, aku malukan kau. Aku bawa lari adik. Walaupun lepas adik dah nikah." Ugut Aidid.
Amsyah bengang. Dia hanya memandang langkah Izy yang sedang duduk dikhemah tetamu selepas mereka bersalaman. Jika diikutkan kata hatinya, pasti dia akan tumbuk muka Izy. Tapi, disabarkan. Kerana Bakhtiar beritahu, rombongan mereka hampir tiba. Dia tak mahu seandainya ada ahli keluarga Bakhtiar yang dah sampai dan melihat aksinya.
"Ibu, kejap. Aidid pergi jumpa Rafa." Kata Aidid.
Puan Salma angguk.
Aidid mendekati Rafa yang sedang duduk dimeja berhampiran. Dia berbisik ditelinga Rafa. Sesuatu yang membuatkan mata Rafa terbeliak.
"Seriously?" Tanya Rafa. Sedikit kuat kerana terkejut.
Aidid angguk.
Semua mata yang lain memandang ke arah mereka berdua. Tapi mereka tidak dihiraukan. Mereka masih meneruskan perbincangan mereka. Topik yang menjadi perbualan mereka lebih penting dari pandangan itu.
"Ayah!" Zayn yang baru keluar dari rumah, berlari mendapatkan Izy. Dia memeluk Izy.
"Ayah je? Mommy?" Tanya Farida. Mengusik Zayn.
Zayn senyum malu dan bersandar ke tubuh Izy. Dia kemudian mendekati Farida dan bersalaman dengan Farida, Rafa dan abang serta kakaknya. Kemudian dia bersandar ditubuh Izy semula.
"Tak nampak pakcik Kimi ke?" Tegur Kimi yang duduk disebelah Izy. Dia mencuit sedikit telinga Zayn.
Zayn memandang Kimi. Dia senyum. Menghulurkan salam kepada Kimi dan dia tunduk salam dan cium.
Kehadiran Zayn membuatkan tumpuan yang lain tidak lagi kepada Aidid dan Rafa. Tumpuan semuanya diberikan kepada Zayn. Budak comel yang keletah dan ramah.
"Zayn dah makan ke?" Tanya Rania.
"Belum. Ibu pun belum makan. Ibu make up. Cantik." Jawab Zayn.
"Iya? Akak tak pernah tengok ibu Zayn make up." Balas Rania.
"Jomlah tengok ibu." Ajak Zayn.
"Jom." Rania segera bangun.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.