"Kenapa? Awak? Kenapa sampai jumpa Abang Long? Kenapa tak cakap dengan saya?" Tanya Izy.
Myra buat muka tak tahu. Masih sibuk menyisir rambutnya. Menyapu serum. Perlahan.
"Awak..."
Myra bangun dan terus menutup lampu bilik. Dia baring diatas katil. Membelakangkan Izy yang sedang duduk disebelahnya. Dipejamkan matanya.
Izy baring sedikit. Merapati tubuh Myra. Bahu Myra disentuh. Dia meletakkan dagunya ke bahu Myra.
"Kenapa ni, awak?" Tanya Izy. Lembut.
Tangan Myra diambil. Diciumnya tangan itu. Dengan penuh rasa kasih dan sayang. Dia menyelesakan baringnya. Makin rapat dengan tubuh Myra. Meletakkan kepala Myra didadanya.
Myra membalikkan tubuhnya dan terus saja dia menangis didada Izy. Kedua tangannya memegang wajahnya. Teresak-esak dia menangis. Melepaskan beban difikirannya tika ini.
Izy senyum. Dia dapat rasakan getaran tangan Myra sewaktu dia memegang tangan itu. Dia tahu, isterinya itu sedang menahan perasaan. Dan bila-bila masa boleh meletup. Kerana itu, dia meletak kepala Myra didadanya.
"24 hari awak diam. Sedangkan dalam Islam, diharamkan tak bertegur sapa sesama sendiri lebih dari tiga hari. Allah tutup pintu keampunan kepada orang-orang yang tak bertegur sapa melebihi 3 hari sehinggalah mereka berdamai. Inikan pula kita suami isteri. Sudahlah kita ni dosa terlalu besar. Banyak. Belum tentu terampun. Takkan saya nak biar kita terlepas dari keampunan Allah." Myra memulakan luahannya dengan tazkirah tanpa sedar.
"Saya bercakap dengan awak, awak senyum saja. Itu pun, langsung tak ikhlas. Saya tanya awak. Awak diam. Saya goda awak, awak tak respond. Apa lagi saya nak buat? Dah sehabis daya saya buat untuk kembalikan awak kepada saya. Tapi, awak tetap dengan Rosma. Awak hidup dalam dunia Rosma. Dah tu? Awak nak saya cakap dengan awak macam mana? Kita tak ada komunikasi. Hilang dengan perangai awak tu." Sambung Myra sambil menahan tangisnya.
"Saya biarkan awak. Saya rasa, awak perlukan masa. Tapi, 2 minggu saya tunggu. Awak masih macam tu. Awak buat saya macam tak wujud. Saya tunggul ke? Saya ni, cuma bantal peluk awak ke? Untuk awak peluk bila nak tidur. Pastu? Biarkan saya. Saya ni ada nyawa. Ada hati dan perasaan. Awak tau tak, saya rasa malu sangat bila awak tak respond masa saya goda awak. Saya rasa, sayalah isteri paling worst sebab tak dapat goda suami sendiri. Saya kalah dengan dunia bayangan suami saya." Luah Myra. Makin laju airmatanya.
Sakit hatinya Izy menolaknya masih terasa. Seolah-olah, dia yang terhegeh-hegeh mahu bersama Izy. Sepertinya, dia gersang. Sedangkan dia lakukan itu untuk menarik Izy kepadanya.
"Sampai satu tahap. Saya rasa, tak apalah. Biar saya pinang Rosma untuk awak. Tapi, saya tak boleh. Saya tak suka berkongsi. Saya tak mampu untuk bayangkan pun awak dengan perempuan lain." Sambung Myra.
Izy hanya diam.
"Sebab tu, saya jumpa abang long. Saya cuma nak tahu hubungan awak dengan Rosma. Setakat mana penerimaan keluarga awak pada Rosma. Untuk saya rasa, saya ada sokongan keluarga awak untuk saya terus bersabar tunggu awak keluar dari dunia awak dan Rosma." Terang Myra.
"Saya minta maaf. Saya tak terniat nak buat awak kena marah dengan abang long. Saya minta maaf, saya pergi jumpa abang long. Saya minta maaf sangat-sangat." Kata Myra.
Dia menolak Izy. Dia bangun dari baringnya. Dia mahu keluar. Jauh dari Izy. Sudah tiada gunanya dia terus menerus dimarahi kerana Rosma. Sedangkan dia isteri. Sepatutnya, dia didulukan. Bukan orang lain.
"Saya selalu kalahkan dengan Rosma? Dulu pun, saya dah kalah dengan Rosma. Saya tinggalkan awak sebab awak masih cintakan Rosma. Saya tak nak awak terima saya sedangkan hati awak dengan Rosma. Jadi, saya pergi. Bawa kandungan saya. Pergi jauh dari awak. Lagipun masa tu saya sedar, bukan saya kat hati awak. Jadi saya pergi. Sekarang, saya ingatkan awak betul-betul dah buang Rosma dan terima saya. Tapi, nampaknya saya salah. Saya masih belum ada dalam hati awak. Betulkan apa saya rasa selama ni. Awak cuma mahukan Zayn. Bukan saya." Kata Myra. Dia bangun dari katil.
Izy dengan pantasnya menarik kasar Myra sehingga Myra terbaring semula diatas katil. Ditindih tubuh Myra. Dia memandang tepat ke anak mata Myra yang membengkak kerana menangis.
Dia berdoa agar Myra akan memberi tindakbalas. Risau sekiranya Myra berada dalam keadaan hiposeksual. Maka, usahanya pasti akan menuju ke jalan buntu.
Bahagian leher Myra disentuh. Ada satu bahagian dilehernya yang akan membuatkan Myra mudah teransang. Itu pun sekiranya dia berada dalam keadaan stabil.
Sebaik disentuh, dia dapat respond dari tubuh Myra. Terus saja bibir Myra dicantumkan dengan bibirnya.
Myra terasa mahu menolak Izy tika ini. Tapi, dia tak mahu Izy rasa terhina seperti mana yang pernah dia rasa beberapa hari lepas. Maka, dia hanya layankan permintaan Izy. Juga keinginannya. Lalu, dihangatkan ciuman itu.
Tapi, aksi Izy hanya sekadar disitu. Dia berhenti dan baring disebelah Myra. Menarik nafas seketika. Dia rasa ketidakselesaan Myra. Penolakan Myra dalam diam.
"Awak sentiasa ada dalam hati saya. Kalau tak, takkan lepas awak, langsung tak ada perempuan lain? Tak ada perempuan lain dah lepas awak. Ada, tapi tak sampai mampu buat konek saya naik keras. Bila ingat kat awak masa dengan perempuan lain, dia turun. Rasa macam saya khianati awak. Awak bayangkan, ya? Saya dah biasa sentiasa ada perempuan untuk saya puaskan nafsu saya. Tiba-tiba, tak ada. Seksa tau. Semua sebab awak. Ingat kat awak je, batang saya naik. Bila depan perempuan lain, dia turun." Kata Izy. Memulakan sesi pembelaan untuk dirinya.
"Saya bukan sengaja tolak awak setiap kali awak goda saya. Tapi, saya nampak dia. Saya tak nak. Saya tak nak dia. Saya nak awak. Bila saya dapat cium bau awak, baru saya sedar. Yang sedang goda saya adalah awak. Terus saya naik stim tapi dah terlambat. Awak dah menangis. Jadi, saya pendam keinginan saya." Cerita Izy.
Myra hanya diam. Masih menghadam cerita Izy. Rasa tak percaya. Sampai begitu sekali Izy dalam dunia bayangannya. Namun, dia bersyukur kerana dia tak perlu dengar nama lain sewaktu sedang bersama melakukan hubungan kelamin dengan Izy. Pastinya ia lebih menyakitkan.
"Saya minta maaf." Mohon Izy.
Dia mengereng. Memandang Myra yang masih terlentang. Masih terkebil-kebil.
"Saya pernah cakap dengan awak. Kan? Dia selalu goda saya. Dia yang ajar saya pergi hotel untuk main. Sumpah. Lepas ex isteri saya, saya tak ada perempuan lain. Dia perempuan kedua dalam hidup saya. Tapi, lepas dia, ramai perempuan yang saya tidur sama. Hanya untuk puaskan nafsu kami. Tapi, saya tak jolok. Dorang yang naik atas saya. Masukkan konek saya dalam pantat dorang. Saya layankan je." Sambung Izy.
"Boleh tak guna bahasa molek sikit. Dari dulu suka guna bahasa kasar. Cuba guna batang ke, zakar ke. Ini konek. Kasar tau tak?" Tegur Myra. Dia memandang ke arah Izy.
Izy senyum. Satu petanda baik, bila Myra bersuara. Maknanya Myra tak merajuk.
"Pantat tu, rasa nak sepak je awak. Sebutlah pussy, vagina. Kalaupun nak kasar, cipap. Pantat. Pantat. Ingat sedap ke nak dengar? Konon apa? Sebut gitu, baru rasa seronok stim?" Sambung Myra.
"Maaf."
"Em."
"Awak."
Izy meletakkan jari telunjuknya diatas tangan Myra. Dilukis bulat-bulat gaya lelaki gatal.
"Em."
*Saya tunggu awak pujuk saya."
"Saya buat salah apa?"
"Tak ada."
"Dah tu?"
"Saja."
"Tak payah nak mengada."
"Saya kan tengah down ni. Pujuklah saya."
"Bukan salah saya."
"Awak kan isteri saya."
"So?"
"Pujuklah saya."
Myra mencebik.
Izy ketawa. Halus.
YOU ARE READING
Setiaku Korbankan.
RandomHanya engkau yang bertakhta dihati. Namun, bukan aku dihatimu. Aku pergi. Demi berbaki maruah. Untuk aku terus hidup. Bukan dipijak tidak berhati.